REAKSI
APABILA Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberi tahu wartawan di New York yang beliau akan jadi PM paling lama pun tiga tahun, ramailah yang resah gelisah, ada yang membuat tangkap layar laporan itu dan mengedar dalam grup WhastAap sebagai bahan provokasi.
Saya yang tidak suka menyertai mana-mana grup WhastAap juga turut sama menberima tangkap layar laporan berkenaan ada yang meminta saya memberi sedikit komen.
Kenapa resah dan gelisah dengan kenyataan Dr Mahathir itu? Tidak ada apa-apa pun yang pelik dan luar biasa dengan kenyataan itu. Ia bukan kenyataan baru jauh sekali bersifat seperti presiden Pam. Bahkan kalau kita cermati ia masih mengekalkan keputusan dan janji asal Dr Mahathir untuk berundur dalam tempoh yang sudah dijanjikan.
Begitu juga penggantinya bukan orang lain, ia adalah Anwar Ibrahim. Dr Mahathir tidak menyebut nama Mohamed Azmin Ali walaupun iau yang sangat didambaankan Azmin dan kuncu-kuncunya termasuk God Father utamanya Daim Zainuddin.
Dalam kenyataan itu Dr Mahathir tidak pun kata beliua akan jadi PM genap tiga tahun, apa yang beliau kata paling lama tiga tahun. Ertinya ia masih dalam edah dijanji dan dikonsensuskan dua tahun. Yang pasti, dan kena terima Dr Mahathir menjawat jawatan PM belum sampai dua tahun pun lagi. Baharu masuk ke bulan ke 16. Secara matemeriknya Dr Mahathir masih ada lapan (8) lagi untuk genap dua tahun.
Tetapi dari firasat saya, melihat kepada senario berserta berpandukan kepada mimpi-mimpi siang yang ditabir oleh thabit mimpi saya percaya Dr Mahathir akan berhenti sebelum Mei tahun 2020?
Jadi apa hendak dikisah dan diragukan. Yang menyebar laporan itu dan membuat tafsiran kononnya Dr Mahathir tiak akan serahkan jawatan itu kepada Anwar adalah musuh-musuh PH. Mereka yang tidak mahu kerajaan PH berada dalam keadaan stabil. Mereka berfikir, dengan menimbulkan perpecahan dan keraguan sesama PH, kerajaan akan tumbang sebelum cukup umur.
Musuh atau mereka membenci Anwar ini bukan sahaja di luar khasnya dalam Umno dan Pam tetapi dari dalam sendiri. Mereka yang berkepentingan dan oportunis adalah mereka yang kegelisahan jika Anwar mengambil alih jawatan PM. Kenapa?
Kestabilan kerajaan PH tidak bergantung kepada individu. Tanggapan itu silap. Kekukuhan kerajaan Ph tidak boleh digugat dengan menimbulkan keraguan, mencipta persepsi di kalangan pemimpiun dalam parti PH. Ia bergantung kepada rakyat. Rakyat akan menentukan. Sekiranya kerajaan PH dapat memenuhi kehendak mereka siapa pun jadi PM, kerajaan ini akan mendapat sokongan rakyat dan kekal.
Rakyat tidak sangat memilih individu tetapi kekompatan gabungan dan kemampuan mereka mentadbir negara. Demikian juga menentukan kelangsungan Perdana Menteri dan memilih perdana menteri bukan hak proregetif sesiapa, ia menjadi atau hak Majlis Presiden. Wasima Agong sekalipun tidak dapat menentukan siapa Perdana Menteri, baginda hanya memberi perkenan sahaja. Mereka yang mengatakan Agong menentukan PM adalah silap dan mereka yang penuh dengan ilusi.
Mengenai kenyataan Dr Mahathir tadi, ia tidak ada apa-apa yang baharu pun. Jauh sekali kalau Dr Mahathir ingin memungkiri janjinya. Banyak faktor kenapa beliau akan mengotakan apa yang dikatakan dan sukar untuk memungkir janji. Dr Mahathir seorang praktikal, beliau berfikir secara pratikal dan waras. Dengan keputusan yang diambil sesiapa pun tidak boleh menduga dan beliau tetap dengan sifat praktiknya.
Justeru kepada Anwar terutamanya, usahlah terganggu dengan tafsiran-tafsiran negatif mengenai Dr Mahathir yang boleh memberikan kesan buruk kepadanya. Bahkan Anwar sepatut merasa seronok kini kerana Dr Mahthir giat menukang rumah yang dirosakkan Najib Razak. Anwar harus rasa selesa dan beruntung kerana akan menaiki rumah yang disedang diperindah dan diperkemaskan kini. Anwar akan memasuki rumah yang sudah sempurna dari segi fizikalnya.
Apa yang Anwar kena lakukan menyusun perabot untuk memperindahkan rumah itu serta melantik pengawal yang sesuai dengan setiap sudut dan jerungnya agar rumah itu selamat dan gah.
Dan saya yakin Dr Mahathir tidak akan mengkhianati harapan besar yang digantungkan oleh rakyat meneruskan kerajaan PH. Saya sudah bilang, yang menjadi roh (kekuatan) kepada PH dalam Piraum lalu ialah Anwar sementara Dr Mahathir hanya batang tubuh sahaja. Gabungan fizikal dan spiritual itulah memungkinkan jatuhkan kerajaan kleptokrasi.
Jadi cukup-cukuplah mengusahakan penanaman badai kerana yang akan dituai nanti angin jua. Hentilah kerja menimbulkan keraguan dengan menekan Dr Mahathir dan dan meresahkan Anwar dalam soal melaksanakan konsensus PH. [wm.kl.12:13 pm 09/27/19]
Apa orang bilang Anwar tetap memayungi Mahathir. |

No comments:
Post a Comment