CERITA TERSEMBUNYI
Gambar ini menunjukkan Perdana Menterinya, Najib Razak. |
Kadang-kadang yang terselindung itu
menakut dan menyeramkan. Hakikat ini sudah lumrah.
Dan kita pula hanya tahu apa yang tersurat dan disurati sahaja, sedangkan yang tersirat apa lagi yang sengaja disembunyikan atas nama rahsia masih banyak.
Kadar
pengetahuan dan radar pemandangan kita juga amat terhad. Walhal yang tersirat
itu lebih indah ataupun menggerunkan.
Begitulah juga dengan kisah dan ceritera yang tersirat atau
berlaku disebalik penurunan Mahiaddin Yassin sebagai perdana menteri yang
dibuat secara terpaksa tempoh hari.
Yang tersurat dan diketahui kenapa beliau terpaksa
meninggalkan kerusi “emas” itu, kerana beliau sudah hilang sokongan apabila 15
orang ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepadanya. Pada masa sama beliau pengecut pula untuk membawa usul undi percaya kepadanya di Parlimen.
Tindakan menarik sokongan itu diketuai oleh ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan diyakini ia mendapat sokongan padu oleh ahli Parlimen Pekan yang juga bekas presiden Umno Najib Razak. Yang tersirat diyakini kejadian itu diaturkan demikian rupa. Maknawi yang tersirat ramai yang tidak tahu.
Motif Tersendiri.
Yang tersirat disebalik penarikan sokongan 15 MP Umno itu,
adalah kisah yang tersirat. Ia ada motif tersendiri disebalik langkah itu
dengan memberi alasan tersuratnya ada tujuh sebab kenapa Umno (kemudian hanya
15 MP sahaja) yang tarik sokongan.
Alasan utama penarikan sokongan itu kononnya kegagalan
Mahiaddin sebagai perdana menteri menangani Covid, memulihkan eknonomi, tidak patuh titah Yang
di-Pertuan Agong agar parlimen dibuka untuk persidangan seberapa segera.
Alasan lain diberikan Mahiaddin, kerana gagal atau enggan memenuhi tuntutan Umno, salah satunya agar diberikan moratarium secara automatik kepada peminjam bank seperti PKP 1:0 dan pengeluaran wang KWSP menerusi I-Citra secara langsum RM10,000.
Yang tersirat disebalik tindakan dan aksi itu ia adalah strategi Umno mahukan jawatan PM itu kosong. Kekosongan jawatan PM itulah yang diidam-idam dan diutamakan. Dalam hal ini, ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob (Mail Beranoko) hanya dijadikan toys, atau alat ataupun umpan semata-mata. Yang tersirat adalah nawaitu Zahid dan Najib, inginkan jawatan itu.
Ternyata taktik Umno tarik sokongan itu menyebabkan Mahiaddin terkesan dengan ancaman itu. Lantas beliau mencari helah dan ikhtiar (yang sudah dipasang Umno juga), dengan melantik Mail Beranoko sebagai TPM. Dipercayai persetujuan Mahiaddin melantik Mail Beranoko itu, ia juga idea dan perancangan Umno yang halus.
Mahiaddin mengira dengan pelantikan Mail Beranoko
kedudukannya selamat. Tanpa beliau sedari diam-diam beliau sebenarnya diberikan
jaminan kosong oleh Mail Beranoko, apabila tidak semua 26 ahli Parlimen Umno yang diumumkan Mail Beranoko menyokongnya. Mail Beranoko berjaya memperdayakan
Mahiaddin apabila melantiknya sebagai TPM.
Bagi Mail Beranoko dan Umno, pelantikannya memberi
separuh kuasa kepada Umno dalam kerajaan PN yang bercita-cita untuk menguasai semula kerajaan.
Sebab dan taktik itulah yang tersurat. Zahid dan Najib
setuju dengan pelantikan songsang Mail Beranoko itu. Dikatakan songsang dan
ganjil kerana Mail Beranoko bukan presiden parti, tetapi hanya selaku Naib
Presiden sahaja. Tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada sesuatu.
Mail Beranoko yang berasakan mujur dengan perkembangan itu persis orang mengantuk disorong bantal menerima pelantikan itu tanpa bantah dan senyum melebar hingga ke telinga. Baginya yang belum ada rekod cemerlang dalam kerjaya politik dapat mencatat sejarah buat dirinya dengan pelantikan itu. Apa tidaknya jawatan tertinggi yang menjadi cita-cita semua orang politik yang tidak gila.
Untuk menggambarkan semua agenda berjalan lancar, beliau
memberi tahu, soal pelantikannya, beliau sudah bincang dengan presiden dan
“Bossku” Najib Razak terlebih dahulu. Ertinya kedua orang itu merestuinya menerima jawatan itu,
sedangkan dalam masa sama kerajaan itu dibentuk tanpa persetujuan Umno
peringkat bawahan. Keputusan Umno menerusi PAU tidak mahu bersekongkol dengan
Bersatu. Bukankah menjadi TPM kepada Mahiaddin itu sebagai bersengkokol?
Kegagalan Mahiaddin.
Mahiaddin pula gagal membaca startegi ini meyebabkan beliau terperangkap. Pelantikan Mail Beranoko itu tidak menyelesaikan masalahnya. Ia tidak menjamin kedudukannya sebagai PM tidak tergugat. Apa yang berlaku sebaiknya pelantkan Mail Beranoko itu makin mengusutkusaikan keadaan. Setelah menyedari itu, untuk menyelamatkan dirinya Mahiaddin cuba membentuk naratif baru, dengan mengajak pembangkang bersamanya.
Yang tersirat, sebelum menerima ancaman Umno dan ia menjadi kenyataan, sudah ada pihak Mahiaddin cuba membuat naratif politik baru dengan pembangkang, PH. Wakil Mahiaddin dipercayai Hamzah Zainuddin sudah berjumpa dan berbincang dengan Anwar Ibrahim dalam rangka membentuk naratif baru. Malangnya perbincangan itu gagal apabila Anwar menolaknya? Hal ini sesuatu yang tersirat.
Atas kegagalan itu maka Mahiaddin buat strategi lain.
Beliau membuka kerjasama dengan lebih luas dan terbuka dengan pembangkang PH. Sebelum beliau membuat
pengumuman (tawaran) terbuka, terlebih dahulu Mahiaddin menerusi wakilnya
mengadakan perbincangan dengan pembangkang, DAP sebagai perintis. Beberapa orang pemimpin DAP
berjumpa dan berunding dengan Tengku Zafrul Aziz atas alasan untuk pemulihan ekonomi negara, tetapi
sebenarnya mewujudkan CSA (perjanjian sokongan) dengan DAP.
Difahamkan 10 orang ahli Parlimen DAP, diketuai Tonny Phua, Lim Guan Eng dan lain-lain bersetuju untuk
mengadakan CSA dengan Mahiaddin. Yang tersirat disebalik CSA ini untuk menyelamatkan
diri pemimpin DAP daripada tindakan mahkamah. Mereka bermaksud kalau menyokong kerajaan
Mahiaddin dengan CSA, mereka akan terlepas daripada dikenakan tindakan. Malangnya cadangan CSA itu ditlolak oleh Majlis Presiden PH.
Tangkai kuasa.
Penolakan itu menjadikan Mahiaddin kecewa dan dilanda kebimbangan akan hilang jawatan. Beliau juga sudah menghidu tangkai kuasa politiknya makin rapuh dan memburuk. Akhirnya tidak ada pilihan lain selepas semua usahanya gagal, dia mengambil keputusan meletakkan jawatan. Peletakan jawatan ini dibuat selepas tawaran pelan kerjasama politik meretasi ideologi ditolak secara total.
Peletakan jawatan PM oleh Mahiaddin secara tidak ikhlas dan sungguh mengecewakannya. Beliau dua kali kecewa, pertama gagal mengajak PH bersetuju untuk menyokongnya menerusi SCA, dan kedua apabila Mail Beranoko gagal membawa sokongan kepadanya daripada Umno sepenuhnya.
Teka teki dan hal-hal tersirat terus terdedah di sebalik
peletakan jawatan Mahiaddin dan pelantikan Mail Beranoko sebagai TPM kemudian
menlonjak ke jawatan PM. Sebenarnya Mahiaddin tidak rela hati sepenuhnya dengan
pelantikan Mail Beranoko, tetapi sokongan itu kerana beliau tidak ada pilihan
lain. Mahiaddin ada pilihan dari kalangan partinya sendiri seperti Azmin Ali atau Hamzah Zainuddin tetapi mereka tidak ada kekuatan.
Sandiwara Zahid Hamidi.
Sehari sebelum Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua-ketua
parti untuk mendapat kata putus dan persetujuan untuk melantik perdana menteri baru, Mahiaddin telah menghubungi
Anwar Ibrahim secara peribadi. Tujuannya untuk mengajak PH bergabung dengan
Bersatu bagi membentuk kerajaan baru. Tujuan Mahiaddin ini mahu
menghalang jajaran politik baru antara Umno dengan PH yang ura-urakan tetapi tidak menjadi itu.
Pelawaan Mahiaddin itu tidak disambut oleh Anwar, kerana Mahiaddin masih lagi mahu menjadi PM. Alasan Anwar menolak rancangan itu kerana ia tidak munasabah, setelah meletak jawatan, masakan hendak pegang PM sekali lagi. Seandainya jawatan PM ditawarkan kepada Anwar mungkin terwujud kerjasama politik antara Bersatu dengan PH, sekaligus memulangkan semula “mandat” rakyat yang dikhianati. Itu munasabah.
Penolakan Anwar itu menyebabkan Mahiaddin tidak ada
pilihan lain. Demi untuk mengelakkan jawatan PM terlepas kepada PH maka beliau
terpaksa menyokong Mail Beranoko.
Yang untungnya Mail Beranoko. Tetapi yang tersirat kurang
menyenangkan Mail Beranoko walaupun beliau sudah dipilih sebagai calon PM. Rupa-rupanya dicelah
itu Zahid mengimpikan jawatan itu untuknya. Tanpa memintanya secara nyata
beliau mahukan namanya dicalonkan sebagai PM. Bagaimana pun Mahiaddin
menolaknya begitu juga sebahagian daripada ahli Parlimen Umno yang bukan dari kluster mahkamah.
Lantaran itu Zahid berputih mata dan berkering gusi, demi untuk memastikan jawatan PM diperolehi Umno, maka Zahid akur menerima Mail Beranoko sebagai PM walaupun hati kecilnya menolak.
Nampak disini macam mana licit dan berkehendaknya Zahid Hamidi. Sebab itulah sebaik mengangkat sumpah menjadi PM, Mail Beranoko tidak bergegas ke kediaman Zahid tetapi "berunga" menghadap Mahiaddin di Bukit Damansara. Menjelaskan disini Mail Beranoko lebih tunduk dan berterima kasih kepada Mahiaddin berbanding dengan presiden partinya Zahid.
Bukti lain dalam penyusunan kabinet Mail Beranoko tidak memenuhi kehendak Zahid dengan mengenepikan orang-orang Zahid seperti Shamsul Anuar Nasarah, Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahmad Maslan.
Kelentong dan hipokrasi politik Zahid Hamidi terdedah sekali lagi. Apabila beliau tidak disokong untuk jadi PM, khalayak di luar sana menganggap beliau bersama 14 orang ahli Parlimen akan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Dengan mengira Anwar sudah mendapat 105 sokongan solid daripada pembangkang dan Bebas, Anwar sekurang-kurangnya mendapat 120 undi atau suara.
Orang-orang Keadilan khasnya dan PH amnya sudah mula bersorak gembira kerana menjangkakan Yang di-Pertuan Agong akan mengeluarkan surat watikah pelantikan PM kepada Anwar Ibrahim.
Sesuatu yang sangat tragis dan ini celaka besar berlaku sewaktu ketua-ketua parti keluar daripada Istana Negara selepas menghadap Agong berlaku sandiwara hebat pelakonya Zahid Hamidi. Sewaktu keluar dari pintu pagar Itsana Negara kenderaan ketua-ketua parti berjujutan.
Kenderaan yang membawa Anwar berada di hadapan dan diikuti kenderaan yang membawa presiden Umno, Zahid. Kenderaan membawa Zahid memberi signal lampu beberapa kali kepada kenderaan yang membawa presiden Keadilan, Anwar Ibrahim. Ia minta mendahuluinya.
Sebaik kenderaan membawa Zahid setentang dengan kenderaan membawa Anwar, kenderaan Zahid berhenti dan beliau menurunkan cermin sambil mengangkat tabik kepada Anwar, seraya berseru dengan tangan masih di dahi Zahid dilaporkan berkata; "you are my prime minister."
Tabik hormat daripada Zahid itu sungguh menyenangkan dan satu congratulations awal untuk Anwar daripada seorang dianggap adik, sahabat dan rakan seperjuangan. Menerima itu tentulah bergegar jiwa Anwar dan menganggap Zahid bersama 14 orang Umno memberi sokongan kepadanya.
Berpegang kepada tabik hormat dan congratulation itu, Anwar pulang dengan penuh kesyukuran. Mungkin sehingga malam Anwar tidak tidur mengenangkan apa yang berlaku pada hari-hari seterusnya dan kata-kata Zahid you are my prime minister menghiburnya.
Orang-orang dekat dengannya dan dapat mencuri pandang dengan peristiwa di pintu Istana Negara itu berasa bangga dan berterima kasih kepada Zahid. Bersumber "sunnah" Zahid Hamidi harapan telah diletakkan bahawa Anwar akan muncul sebagai perdana menteri.
Malangnya tidak sampai 48 jam selepas itu, semua harapan
menggunung tinggi dan congratulation sebesar bukit Qaf daripada Zahid itu hancur
lebur apabila Zahid bersama 14 ahli parlimen yang dianggap akan memberi
sokongan kepada Anwar tidak berbuat demikian. Zahid bukan ikhlas dengan Anwar tetapi terus mempermainkan bapak Reformis itu.
Zahid Hamidi tidak menyokong Anwar untuk jadi PM, sebaliknya terpaksa menyokong Mail Beranoko. Apakah Zahid sangat kedekut dan sengaja mahu mepermainkan Anwar untuk kesekian kalinya, atau kerana apa?
Apakah Zahid ada memohon untuk Anwar melepaskan kes-kes mahkamahnya sekiranya Anwar jadi PM, dan Anwar tidak sedia akur? Meminta sebuah kejahatan daripada Anwar, tidak akan tertunai selamanya. Kepada Zahid dan sesiapa sahaja, mintalah sebuah kejujuran dan keikhlasan daripada Anwar, hatta dibalas dengan pengkhianatan kemudiannya beliau akan menunaikannya.
Sekian catatan yang tersurat dan tersirat. [wm.kl.12: 13 pm 08/09/2021]
No comments:
Post a Comment