Saturday, September 9, 2023

Kenapa double standard dalam menilai Anwar?

SUSUPAN PAGI

PEMBEBASAN tanpa lepas (DNAA) Ahmad Zahidi Hamidi oleh mashkamah ke atas semua 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akal Budi menimbulkan kontroversi dan polemik. Ada yang tidak puas hati dan cuak. Keputusan mahkamah itu mencoreng sedikit arang ke muka perdana menteri. 

Persepi paling buruk disebalik pembebasan Zahid, dituduh kerana campur tangan perdana menteri, Anwar Ibrahim. Ada yang beranggapan Anwar berperanan disebalik pembebasan tersebut sebagai membalas budi Zahid menyokongnya sehingga boleh jadi perdana menteri. Alasan diberikan hakim ke atas pembebasan itu nampak sedikitpun tidak dipercayai.
Pihak pembangkang dan idnvidu pengamal undang-undang serta pemimpin beberapa Ngo juga cuak dengan kerajaan ekoran pembebasan Zahid itu atas sebab-sebab tertentu; mereka mula membuat bidasan dan memberi gambaran negatif berkaitan perkara itu kepada umum. Kempen memburukkan kerajaan dan Anwar sebagai perdana menteri dilakukan dengan menggunakan peristiwa itu.

Lebih teruk kumpulan politik budak-budak sampai mengancam untuk berarak (demonstrasi) di jalan sebagai memprotes pembebasan Zahid yang kononnya kerana ada campur tangan PM. Walaupun itu sekadar ugutan yang menyerlahkan kedangkalan politik budak-budak, tetapi itulah kesan yang timbul disebalik pembebasan Zahid itu menjelang hari mengundi di Pulai dan Simpang Jeram waktu ini. Sedikit sebanyak pembebasan itu menganggui ketenangan perdana menteri setidak-tidak Anwar terpaksa mengulas tentangnya.

Anwar Ibrahim telah menjelaskan hal itu, menafikan bahawa tiada campur tangan dalam kes pembebasan Zahid dan juga kes-kes lain. Keputusan itu adalah mutlak hak Peguam Negara dan mahkamah. Beliau sudah mengata dan menegaskan tidak campur tangan dalam tugasan PDRM, Hakim, Pendakwa dan SPRM. Beliau memberi kebebasan dan kepercayaan sepenuh di atas tanggungjawab institusi berkenaan.

Namun ia tidak senang dipercaya dan diyakin umum. Penjelasan Anwar itu sebaliknya dianggap sebagai sandiwara. Anwar dituduh sebagai mungkar dan bohong.

Kita boleh memahami kenapa sikap ini berlaku dan ia tidak boleh disalahkan kepada mereka yang skeptikal kepada PM dan kerajaan. Ini kerana mungkin kejadian sebelum ini dijadikan panduan. Mungkin ada kes-kes mahkamah khasnya yang berprofail tinggi dilepaskan dengan ada campur tangan perdana menteri atau pihak tertentu. Mungkin perdana menteri sebelum ini ada berbuat demikian. 

Lantaran itu mereka menganggap perdana menteri ke-10 ini juga sama dengan bekas-bekas perdana menteri sebelum ini, turut mengamalkan kerja-kerja buruk bekas PM itu. Tanggapan demikianlah menyebabkan Anwar tidak terlepas daripada dituduh mencampuri urusan mahkamah dalam kes membabitkan Zahid Hamidi ini. 

Berpanduan sejarah lampau itu menjadikan dengan mudah para pembenci Anwar menganggap kejadian itu juga berlaku kepada Anwar sebagai perdana menteri. Cara itu, sejujurnya adalah tidak adil dan melampau menyamakan prilaku atau sikap Anwar dengan bekas-bekas PM sebelum ini. Tidak dinafikan kalau bekas-bekas PM sebelum ini ada interfere dalam kes-kes pembebasan mana-mana tertuduh, tetapi ia tidak bagi Anwar. Adalah salah kalau mengira belalang sama sahaja walaupun di padang berlainan. 

Bagi mereka mengenal dan memahami cara Anwar berkerja, membuat keputusan dan bertindak dalam sesuatu perkara tidak akan tergamak untuk menganggap demikian. Mereka tentu mału kepada diri sendiri. Anwar seorang berprinsip, nilai keadilan dan kemanusiaannya tinggi kalaupun tidak luhur alias maksum. 

Beliau seorang yang berpegang kepada etika atau tatakeloka kerja tinggi yang didaulatkan. Yang mementingkan good governance.  Beliau sama sekali tidak akan cuba membohongi dirinya sendiri dan melanggar prinsip dirinya yang sangat dijagai. Itu Anwar yang nyata dan jelas yang diketahui oleh mereka yang rapat dan berkerja dengannya.

Anwar seorang yang menjaga maruah perkhidmatan dan bertanggungjawab dengan amanah rakyat. Beliau sama sekali tidak akan bersubahat dengan kemungkaran dan kebejatan yang dibencinya selama ini.

Dalam beberapa kejadian sebelum ini membuktikan Anwar sangat berpegang kepada prinsipnya dan tidak mudah cair dengan sebarang kebobrokan. Filem Anwar: The Untold Story menjeálaskannya. Sebab itu bagi mereka yang sangsi dengan kredibilti Anwar sila tolong tonton filem berkenaan, jangan mudah prejudis. 

Paling baharu ialah apabila beliau terkhilaf melantik anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Selepas ia ditegur dan dirasakan pincang beliau menggugurkan balik pelantikan itu. Kalau beliau seorang yang angkuh dengan dirinya dan beraja dengan kesombongannya beliau tidak perlu menggugurkan pelantikan anaknya kerana beliau berkuasa. Belaiu boleh mempertahankan pelantikan itu dengan menyebut apa yang bekas PM atau Menteri Besar lain lakukan.

Bukan itu saja beliau bukan seorang yang bekerja mengikut teladan bekas-bekas PM sebelum ini yang bermaha raja lela dengan kuasanya. Misalnya beliau tidak tergesa-gesa bertindak menukar mana-mana ketua jabatan atau pengerusi GLC atas dasar perbezaan politik walaupun pengekalan mereka boleh menggangu kelancaran kerjanya dan kerajaanya mencapai misi dan visinya. Kalau pun pmengerusi GLC atau ketua jabatan jelas mensebotaj kerajaan beliau masih memberi pelung kepada mereka untuk memperbaiki keadaan kerana tidak mahu bertindaak kejam dań demi perlaku adil. Nilai peri kamanusaiaannya sangat tinggi. Beliau tidak segera menukarnya dan sedia dimaki oleh penyokognya sendiri.

Beliau sering mengatakan dia tidak suka menganiaya orang lain secara wewenang kerana kesan daripada penganiyaan itu beliau cukup memahaminya betapa sakit dan azabnya penyekasaan. Pengalaman penyeksaan sepanjang sejarah dia bepolitik dipenjara hampir 10 tahun cukup mengesan dan mengajarnya erti kesusahan, penderitaan dan kesangsaraan. Penganiayaan diterimanya bukan alasan nutuk beliau bertindak membalas dendam terhadap orang lain termasuk seterunya. 

Kerana bersikap terbuka dan dengan sikap pemaaf itulah menyebabkan beliau mengalami kerugian. Perjuangannya (partinya) tidak untung. Berkali-kali partinya dikhianati dimana hampir-hampir Keadilan itu rebah jika tidak ditongkati oleh sang Setia.Iroinis dengan sifat maaf tahap dewan seperti mana disebut Shamsul Iskandar Md Akin itu masih banyak kawan-kawannya mempermainkan dirinya dan lari meninggalkan parti.

Untuk mengenal Anwar harus melihat di semua dimenasi dan paling penting ialah memahami apa yang ada dalam dhamirnya. Jua jangan nilai sewaktu beliau bergelak ketawa di pentas tetanie cubalah menghayati perasaanya saat beliau dipermain dan dihina.  [wm.kl. 10:35 am 09/09/2023]

No comments: