Wednesday, January 24, 2024

Mahathir kantoi lagi

NOTA MALAM  

PDRM dan SPRM menafikan dakwaan Mahathir Mohamad yang dibuat ketika mengadakan sidang akhbar dalam episod untuk membela anak-anaknya semalam, yang mendakwa polis dan SPRM melakukannya sebagai penjenayah semasa menyoal siasatanya dan memburukkan SPRM tidak melaksanakan tanggungjawab. 

Beliau disiasat selama satu jam ekoran laporan 16 polis berhubung kenyataanya mempertikaikan kesetiaan kaum India ke atas negara ini. Kenyataan Mahathir itu tidak disenang kaum India sehingga beberapa orang pemimpin bangsa itu mempertikaikannya.

Menurut PDRM kenyataan itu diambil di pejabatnya di Yayasan Perdana seperti mana dikehendak Mahathir bukan di Bukit Aman.

Dalam sidang media itu juga beliau membangkitkan isu fitnah kononnya Anwar Ibrahim memiliki kekayaan sebanyak RM3 billion dan mempunyai akaun simpanan berlainan tetapi ia tidak disiasat oleh SPRM. 

Dalam satu kenyataan dikeluarkan SPRM hari menjelaskan pihak suruhanjaya itu telah menyiasat dakwaan dibuat bekas penolong Bank Negara Abdul Murad Khalid Oktober 1999 itu dengan membuka enam kertas siasatan tetapi tidak menemui apa-apa bukti terhadap tuduhan itu.

Kata kenyataan itu siasatan dilakukan ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Penolong Bank Negara Abdul Murad Khlid telah membuat akuan berkanun pada Oktober 1999 mendakwa Anwar memiliki kekayaan sebanyak RM3 billion disamping mempunyai 120 akaun bersendirian dimana Murad mengakui dia yang uruskan akaun berkenaan.

Merujuk kepada dakwaan Murad itu Mahathir cuba menyalahkan dengan menempelak SPRM kenapa Anwar tidak disiasat.

Anwar sendiri semasa berbahas dalam satu sidang parlimen ketika menjadi ketua pembangkang mencabar ahli parlimen BN yang membangkit perkara itu untuk bangun berhadapan dengannya secara gentelmen. Malangnya seorang pun ahli parlimen BN tidak berani menyahut cabarannya hanya berani melalak di luar dewan saja.

Dengan penafian PDRM dan SPRM itu menyebabkan bekas PM dua kali itu kantoi dalam masa 48 jam untuk kesekian kalinya dalam usaha ke akhir hayatnya memburuk-buruk Anwar Ibrahim.

Sebagai rekod, akhirnya bekas penolong Gebenur Bank Negara itu mengakui sumpah berkanun (SD) yang dibuat itu adalah atas arahan SPRM ketika itu dimana perdana menteri Mahathir Mohamad yang giat membina naratif menipu rakyat untuk menghalalkan tindaknnya memecat dan membuang Anwar dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri, tanggal 3 September 1998. [wm. 8.12 pm 24/01/2024]


No comments: