ULASAN
Tahniah atas kejayaan besar BN di Nenggiri. |
Kemenangan Azmawi itu besar dan mengejutkan banyak pihak, bukan saja Pas yang konfiden mereka dapat pertahankan kerusi Nenggiri, tetapi dipihak BN juga menduga mereka menang besar dan merampas balik kerusi Nenggiri.
Azmawi mendapat 9,091 undi manakala Rizwadi mendapat 5,739. Pertambahan undi BN sebanyak 3,384 manakala kekurangan dipihak Pas sebanyak 778. Dengan mudah boleh disimpulkan 778 undi Umno yang sebelum ini yang lari kepada PN dalam pilihan raya lalu telah kembali semula kepada BN.
Penambahan undi BN sebanyak, 3,384 itu datang daripada Orang Asli dan undi atas pagar serta anak muda yang sebelum ini termakan dengan dakyah kempen PN yang memburukkan Zahid Hamidi yang konon mengkhianati Umno dan berpakat dengan DAP untuk gadai negara. Ia juga sumbang peratus keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding 2023, 73% berrbanding 61%.
Berbagai ulasan.
Sudah banyak ulasan yang dibuat oleh para pengulas amatur dan profesional berhubung pilihan raya tersebut dari persepktif masing-masing. Dalam hal ini tentunya pihak PN dan Pas akan membuat post mortem sendiri mengenal pasti punca kekalahan yang memalukan itu.
Sebenarnya tidak perlu kepada bedah siasat mencari punca kekalahan itu kerana ia sudah dapat dikesan sejak awal-awal lagi. Saya sudah nyatakan satu persatu sebelum ini, mungkin kalau Pas alert ia tidak jadi seburuk itu keputusannya.
Bagaimana pun sebagai formaliti Pas dan PN tetap akan membuat post mortem untuk direkodkan dalam fail parti. Bagi saya post mortem selepas tidak ada gunannya lagi melainkan sebagai catatan sejarah. Disini saya ingin bantu memberi beberapa dapatan dan hujah di atas kekalahan Pas itu. Bantu membuat post mortem untuk disimpan secara probono.
Sebenarnya saya sudah bayangkan dalam beberapa ulasan saya yang dilepaskan dalam blog ini dan juga platform medsos lain. Tetapi nampaknya Pas tidak ambil berat dan yakin dengan strategi mereka. Pas seperti mengambil mudah dengan penuh keyakinan pirake Nenggiri berpihak kepada mereka sambil menganggap usaha menegur mereka seperti mahu mengajar itik pandai berenang.
Senarai kesalahan Pas.
Disini saya senaraikan satu persatu kelemahan, kesilapan dan apa-apa yang Pas tidak perlu lakukan, tetapi berlaku dalam pilihan raya itu. Ada beberapa perkara yang Pas tidak amalkan dalam setiap pilihan rayanya sebelum ini, tetapi dilakukan kali ini. Pas membuang tabiat kali ini. Kenapa, mungkin Pas sudah tidak ada master mind yang kompeten kali ini.
1. Pas terlalu percaya kepada keupayaan mualaf politiknya, Annuar Musa sehingga melantik Annuar menjadi pengarah pilihan raya. Pelantikan ini secara tidak langsung meletakkan Pas hilang keyakinan diri sendiri. Pas merendahkan kebolehan dan kepakaran tokoh asal mereka. Padahal dalam kejayaan Pas di Kelantan selama ini tanpa Annuar Musa pun.
Pelantikan mualaf jadi pengarah itu menyebabkan operasi pilihan raya Pas berbeza dengan sebelum ini, menyebabkan orang ramai rasa canggung dengan cara kempen dan pendekatan diperkenalkan Annuar Musa di Nenggiri ini. Sebagai contoh cara berpakaian dan cakap pengarah pilihan raya, yang mengenakan pakaian LV yang harganya ribuan ringgit. Kemewahan itu ditambah pula degan cara cakap dan kata "ikut akulah pitih aku". Pakaian dan cakap ini menggambarkan egoisnya pengarah pilihan raya Pas yang sangat kontras dengan hati budi pengundi Nenggiri.
Politik merendah diri sudah tidak ada dalam Pas, apabila ia berketuakan seorang yang pernah merasakan kemewahan dan sombong siang malam menjual kehebatannya, 28 tahun jadi menteri, 32 tahun jadi MKT Umno dan bla-bla. Sifat angkuh sombong bertentangan dengan perjuangan Pas yang istiqamah, humble dan tawaduk.
Kerana terlebih percaya dan mudah terpesona dengan bodek Annuar ini Pas jadi hilang kepercayaan diri dan akhirnya telah memakan diri sendiri. Apabila Pas beri kepercayaan kepada mualaf politik, apakah Pas sudah ketandusan tokoh untuk dilantik menjadi pengarah pilihan raya? Siapa bertanggungjawab dalam melantik Annuar Musa sebagai pengarah pilihan raya ini, dia juga perlu bertanggungjawab sama atas kekalahan itu.
2. Pemilihan calon PN awal-awal lagi silap dan menimbulkan perbalahan. Sepatutnya Pas menyerahkan soal calon kepada Bersatu bukan harus campur tangan oleh Pas kerana kerusi itu mengikut quotanya milik Bersatu. Apabila Pas menjual dan memajak bekas timbalan ketua pemuda Pas Gua Musang menjadi calon, Pas sudah mengambil tangungjawab "bodoh" dalam pilihan raya itu. Tindakan itu juga menjadikan Pas tidak menghormati keupayaan Bersatu dan terpaksa menjual anggotanya sebagai calon. Selebihnya Pas sengaja memikul biawak hidup.
Tindakan ini disebabkan ketamakhalobaan Pas. Kesan daripada ketamakan ini menyebabkan ahli dan penyokong Bersatu tidak selesa, dan merasakan mereka diperkecilkan Pas. Orang dibawah yang sudah bersiap sedia dengan calon mereka, Penggawa di Dabung, kecewa dan bertindak memprotes secara senyap.
3. Kesilapan melantik dan beri kuasa penuh kepada Annuar Musa menyebabkan, Annuar bebas mengolah ceramah, dia menjemput perkakas terbuang daripada Umno untuk ikut berkempen di Nenggiri seperti simuka brok Ibrahim Ali, si cerdik bodoh Isham Jalil, si bingung Shahidan Kassim, Noh Omar dan lain-lain. Mereka ini tidak memberi nilai tambah kepada Pas melainkan menjadi liabiliti teruk kepada Pas.
Misalnya cara si muka brok berceramah menghentam Anwar Ibrahim dengan ungkit isu liwat, memperlekeh Anwar sebagai PM, dan mendabik dada dia juga layak jadi PM, (porrahhh). menyebabkan anak-anak muda dan mereka yang matang berpolitik muak dan loya dengan telatahnya. Mereka tidak suka dengan politik babarian (atau babi hutan) Ibrahim Ali.
4. Pas masih kekal berkempen secara konvensional dengan mengadakan ceramah terbuka besar-besaran. Stail menyalakan lighting telefon ini sudah tidak relevan di era teknologi maklumat ini. Rakyat sekarang ini mahu sentuhan langsung daripada calon dan juga parti. Retorika dari pentas ceramah sudah out of date. Keadaan ini ditambah oleh sikap atau pendekatan Pas menerusi medsos yang sombong, kasar dan mengkafirkan orang lain. Pembentangan manifesto tujuh perkara juga dianggap retorik dan pembohongan tradisi politik. Rakyat tidak mahu manifesto, tetapi mahu realpolitik, seperti apa dilakukan calon BN. Azmawi membawa mesyen ATM Argobank.
5. Seperti dikatakan, Pas ketiadaan isu untuk dimainkan sepanjang dua minggu kempen. Sepanjang kempen Pas banyak attack peribadi yang tidak menggambarkan wawasan dan wibawa parti berkenaan. Menteri Besar Nassaruddin Chuapong sendiri tidak ubah pendekatannya, menggunakan copong untuk mengejek dan persendakan orang, bukannya bersikap profesional dan rasional sebagai MB untuk semua.
Beliau masih membaca ayat-ayat Quran yang konteksnya tidak menempati suasana semasa. Sebagai ketua eksekutif beliau tidak sesuai lagi memasak doktrin parti, tetapi perlu berbicara soal real politik. Sebaik-baiknya dalam kempen pilihan raya itu beliau tidak mengambil bahagian langsung, sebab Nassaruddin ini pantang lihat microphone mulutnya akan berair.
6. Isu-isu agama, solat hajat dan munajat tidak mengubah keadaan, dan ini sebagai acara menjual agama dimana ia sudah expired. Tektik dan strategi dalam sesuatu peperangan itu tidak boleh streotaip harus berbeza dan ada kelainan, sebab pendengar juga berubah dan dari masa ke semasa mereka sudah masak.
Itulah antara perkara yang menyebabkan Pas kalah teruk. Selain itu ada perkara lain yang turut menyumbang ke arah kekalahan besar Pas itu, seperti pengembalian semula penyokong Umno daripada Bersatu kepada parti asal mereka. Begitu juga dengan Orang Asli yang telah menyedari janji-janji Pas untuk mengubah keadaan mereka didapati bohong, atau mampu melaksanakan kerana masalah ketiadaan wang menyebabkan mereka pusing dan mengenakan balik Pas secara diam.
Justeru dengan kekalahan itu Pas perlu mengambil beberapa tindakan segera. Pertama, ini penting menilai semula kehandalan dan kehebatan mualafnya, Annuar Musa. Harus mendalami apa motif beliau menyertai Pas itu. Ia tidak boleh dilihat suatu perlarian daripadanya tetapi kena fikir akan muslihatnya. Apakah dia benar-benar ikhlas dan insaf menyertai Pas sebagai menebus dosanya atau ia sebagai tektik untuk menghancurkan Pas daripada dalam?
Jangan mudah percaya dan rasa mustahil dengan tindakan ini. Anjing yang terbiasa makan tahi, kalau tidak makan dia akan hidu juga. Menonyer hidung. Harus ingat Annuar berdekad berusaha untuk menghancurkan Pas di Kelantan, tetapi tidak berjaya. Dendam kesumat politiknya kepada Pas tidak akan hilang. Maka satu cara untuk melunasi dendam itu dengan melakukan kerosakan dari dalam Pas dengan ia bermula di Nenggiri itu.
Saya difahamkan kemasukan Annuar ke dalam Pas tidak disenangi beberapa pemimpin Pas, namun mereka terpaksa mendiamkan diri untuk tidak disalah ertikan. Orang bertanggungjawab membawa dia masuk ialah Takiyuddin Hassan. Sejarah persahabatan mereka berdua perlu digali dan direnungi. Apakah ada muslihat tertentu Takiyuddin bersekongkol dengan Annuar kerana ingin menyaksikan kerajaan Pas di Kelantan musnah? Cerita ini akan disambung kemudian nanti.
Pilihan raya Nenggiri dan kekalahan kubra Pas itu perlu dihadami sebaik mungkin oleh Pas, terutamanya MB. Khususnya Nassaruddin perlu berbuat sesuatu sebelum terlambat. Beliau tidak boleh menganggap kekalahan Pas itu sebagai takdir semata-mata tanpa menyelidik apakah asababnya. Beliau harus mentadbir kekalahan itu untuk kebaikan dirinya. Saya bimbang kekalahan itu akan digunakan oleh musuh politiknya dalam Pas untuk perlahan-lahan memberi persepktif buruk kepadanya, lemah sebagai MB.
Saya menyatakan ini kerana dari beberapa sumber yang sampai ke telinga saya kurang sedap didengar, bahawa sudah ada gerakan untuk menyingkirnya dari kerusi panas MB itu. Justeru kekalahan di Nenggiri ini perlu ditangani sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia menjadi momentum untuk menyingkirnya. Jangan mudah menyangka tiada buaya di air tenang.
Akhirnya apa yang saya nak peringatkan di sini kepada segenap ahli dan penyokong Pas, tentang bidalan berbunyi; "Masakan tempua bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Jangan seludang menolak mayang". Kita sambung dilain masa. [wm.kl.12:28 pm 18/08/2024]
2 comments:
gaji baru kan diumumkan sebelum pilihanraya, salah satu strategi yg baik dari pihak kerajaan.
Sangat sangat bersetuju TOK TI :Kesilapan melantik dan beri kuasa penuh kepada Annuar Musa menyebabkan, Annuar bebas mengolah ceramah, dia menjemput perkakas terbuang daripada Umno untuk ikut berkempen di Nenggiri seperti simuka brok Ibrahim Ali, si cerdik bodoh Isham Jalil, si bingung Shahidan Kassim, Noh Omar dan lain-lain. Mereka ini tidak memberi nilai tambah kepada Pas melainkan menjadi liabiliti teruk kepada Pas.
Post a Comment