Kuching Lalu Makan Dan Nampak Sihat?
PAGI tadi saya bergerak lebih jauh dari bandaraya Kuching memasuki beberapa daerah atau perkampungan di luar bandar. Melalui beberapa kawasan Dun, bermula dari Santok sampai ke Sameriang bersempadanan dengan Pantai Damai. Sempat juga singgah dan merakam gambar rumah baru TYT Sarawak di Matang.
Pemandangan di luar bandar pinggir Kucching nampaknya poster banyak mengatasi poster Pakatan Rakyat. Nisabha 10 poster BN 2 poster Pakatan Rakyat. Dari segi perang poster ternyata poster BN tersusun dan menunjukkan kewangan yang banyak. Berbagai bilboark gergasi juga sudah mulai dipasang oleh BN dan DAP, tetapi belum ada billboard PKR dan Pas.
Mood atau selara rakyat Sarawak ternyata berubah. Ia menunjukkan ada sinar kepada PR untuk menambah kerusi. Dalam perkiraan saya dengan gambaran yang ada kini PKR sedang memunggah beberapa kerusi daripada apa yang saya jangkakan sebelum ini. Kalau sebelum ini PR boleh menang di 10 atau 15 kerusi mungkin angkanya sudah meningkat ke 20.
Saya yakin kalau momentum hari ini kekal hingga ke hari mengundi Pakatan akan dapat menafikan majoriti dua pertiga di Dun Sarawak. Tetapi ada pemerhati lebih berani mengatakan tidak mustahil juga kalau BN rebah.
"Saya memberi ingatan kepada Pakatan Rakyat supaya tidak untuk tidak memikirkan soal pembentukan kerajaan," kata pemerhati yang mengatakan perbezaan dari segala semangat dan mood rakyat pada pilihan raya ini berbeza.
Ketika singgah di pasar Santok - pasar yang menjadi tumpuan ramai, beberapa pengujungi ditemui menyatakan perasaan sama. Pilihan raya kali ini ada perubahan. Punca utamanya ialah kepada Taib Mahmud. Isunya pengambilan tanah untuk kengkayakan diri dan kornisnya.
Seorang pemandu teksi ketika ditanya, menjawab perkara yang sama. Begitu juga dengan seorang bekas pegawai kerajaan pencen, walaupun masih simpati kepada BN tetapi kebencian kepada Taib sudah melampau.
"Dia ambil tanya rakyat ata snama pembangunan. Dibayar pampasan tetapi sedikit," begitu kata pegawai kerajaan yang pencecen itu. "Kalau saya, saya mahu Taib dikalahkan tetapi bukan BN.." ujarnya.
Kebencian kepada Taib merebak kepada wakil rakyat lain juga. Di Putra Jaya, rakyat sudah berani membohong calon BN, Daud yang juga menteri muda Sarawak nyaris kena pukul ketika memasuki ke satu kawasan untuk berkempen. Si Daud ini mempunyai rumah ala-ala istana yang terletak di Putra Jaya. Setiap rakyat miskin yang melalui jalan itu dan tersilau ke arah rumahnya akan merasa pedih di mata dan pedih dihati.
Di Pantai Damai ketika singgah minum air kepala saya sempat bercakap dengan beberapa orang rakyat di sana. Rata-rata mereka miskin dan hidup sebagai nelayan tradisi. Seorang daripadanya menceritakan mengenai rakyat mula protes kepada BN dengan menulis dan memasang spanduk yang BN bohong. Satu majlis anjuran Rela untuk bertemu dengan rakyat lenggang, sambutan kepada majlis BN juga di kawasan ini kurang.
Suasana ini semua tidak ada sebelum ini. Rakyat sudah benci, tetapi mereka tidak berani berbuat begitu. Tetapi kali ini rakyat sudah berani. Itulah gambaran diberikan rakyat.
Manakala sewaktu singgah di pos PKR yang dikawal oleh ahli PKR Kelantan di bawah seliaan Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir, dari taklimat rengkas dari petugas berkenaan, dalam pemerhatiannya pilihan raya umum Sarawak kali ini ada sedikit perubahan. Dalam tinjauan dan analisis sikap ada kesungguh dari cakap-cakap rakyat untuk tidak suka kepada BN. "Mereka yang kami jumpa nampaknya bersemangat dan mereka lebih memberi maklumat dan input daripada kami terutamanya kebencian mereka kepada Ketua Menteri," jelas Prof Shahrum yang bertugas disitu.
Malam ini saya akan menghadiri satu ceramah PKR oleh Naib Presiden, Nurul Izzah.
Malam esok dijangka menjadi kayu ukur sebenar sambutan orang Melayu khasnya kepada PKR dan Pas apabila dua tokoh utama mereka Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim dijangka akan berceramah di beberapa tempat di Sadong Jaya, Muara Tuan, Demak Pantai dan lain-lain. Saya suka membuat ukuran dan analisa dari ceramah mereka ini. Ualasan mendalam dkan dimuatkan dalam Siasah minggu depan. [kuching 5:41 pm 09/04/11]
No comments:
Post a Comment