KITA berbangga kalau negera memiliki jenama kita sendiri. Jenama sendiri itu merupakan identiti kita. Ia menjadi lambang kehebatan dan ketamadunan bangsa. Sesuatu bangsa yang disegani di dunia ialah bangsa yang dapat meletakkan rupa dirinya agar menjadi perhatian sejagat.
Sebab itu berbagai jenama atau ikon telah direka ataupun dipamirkan untuk memperkenalkan Malaysia. Usah kira sama ada projek itu membazir atau tidak, tetapi tujuannya untuk Malaysia. Sebelum ini kita dikenali dengan pelbagai keunikan dan kehebatan tersendiri - yang dibanggai oleh pemimpin kita.
Untuk menyemaikan semangat petriotik kita pernah mempamirkan bendera yang terbesar. Selepas itu kita megah dengan menara berkembar tertinggi di dunia. Kita juga ada pusat pentadbiran yang canggih dan serba lengkap. Kita ada lagi litar lumba kereta F1 di Sepang meskipun manfaat dari itu bukan kita yang perolehi.
Dicelah-celah itu juga kita memiliki pelbagai keunikan dan kepelikan lagi yang jarang ada kepada negara-negara membangun lain. Pencapaian itu semua adalah hasil inisiatif rakyat selepas mendapat ilham daripada kerajaan. Berbagai aktiviti dilakukan rakyat dicatat dalam buku rekod dunia.
Antara rekod-rekod yang tersambar oleh kepala saya seperti, perarakan beca terpanjang, menyusun duit syiling tertinggi, kueh bakul terbesar dan macam-macam lagi yang tidak tergamak dan sangat lucu untuk difikirkan. Mungkin tanpa kita sedari juga buku rekod dunia turut sama mencatat Malaysia mempunyai 'katak-katak' politik yang melompat ke sana ke sini untuk mengisi perut sanggup membaham segala macam unggas dan sisa makanan. Ini juga satu kelebihan dan kehebatan Malaysia.
Tampaknya kegilaan mencatat kehebatan negara dan sekaligus meletakkan negara setanding dengan dunia maju lain, satu lagi jenama baru diperkenalkan. Kali ini oleh kerajaan. Jenama atau brand dimaksudkan itu ialah mewujudkan akaun email sendiri yang dikenali dengan nama email 1 Malaysia.
Rupa-rupanya perkataan atau atau jenama 1Malaysia ini 'menjadi' sungguh. Di mana-mana saja ia dapat ditemui, di kedai makan, kedai pakaian, kedai gunting, kedai kasut dan selipar dan sebagainya. Semasa saya mengunjungi pasar minggu di Serikin, Sarawak baru-baru ini terjumpa juga perkataan 1Malaysia di situ. Kali ini ia ditaruh di atas longgokan sejenis ubi, macam ubi keledek. Jenama 1 Malaysia dipakai untuk sejenis ubi keledek. Hebat.
Perwujudan jenama email 1Malaysia satu lagi produk mengambil nama slogan politik Najib, kali ini dalam bidang IT. Sebanyak RM50 juta diuntukkan bagi mewujudkan email berkenaan. Para penggunaanya ialah rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Perdana Menteri, Najib Razak sendiri melancarkannya. Najib tentu bangga kerana ideanya diguna pakai.
Ramai yang mempertikaikan sejauh mana keperluan email 1 Malaysia. Ada yang mengatakan membazir dan tidak perlu memandangkan pengguna sudah ada beberapa email lain yang diberi percuma seperti Yahoo, Gmail dan sebagainya. Menerusi email percuma itu pengguna boleh memilih apa saja yang dia suka. Makanya perwujudan email 1Malaysia tidak begitu praktikal dan memberi nilai tambah banyak untuk negara.
Itu kata orang, tetapi mereka yang memwujudkan email berkenaan ada tujuannya sendiri. Bila mana ianya dikhasnya kepada warga negara berusia 18 tahun ke atas. Apa yang nampak di sini ialah email itu akan digunakan sebagai alat untuk memberi maklumat kepada para penggunanya.
Segala polisi dan dasar kerajaan akan dihantar kepada pengguna menerusi email berkenaan. Kemuncaknya ia akan menjadi saluran berkempen yang paling berkesan untuk UBN. Email bolehlah disifatkan sebagai kamar tidur seseorang yang memilikinya. Segala berita, maklumat, provokasi akan dihantar terus ke dalam email dan boleh diakses di atas katil maupun bilik air.
Walaupun orang lain juga boleh menerobos tetapi pihak pengenadalinya lebih mempunyai 'autoriti' dan peluang lebih luas untuk memasuki ke kamar email berkenaan. Dengan cara itu pemilik email akan dapat menghayati apa juga bahan yang dihantar dengan lebih lunak, tenang dan meninggalkan kesan.
Perwujudan email berkenaan bukan soal perlu atau tidak, tetapi pada saya ia satu idea bijak kerajaan untuk mengadakan satu lagi ruang bagi kerajaan (sebenarnya UBN) berintraksi dengan rakyat yang mana maksud di sebaliknya untuk dijadilan saluran kempen BN.
Tampaknya selangkah lagi UBN ke depan dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Makanya Pakatan Rakyat harus responsif kepada perkembangan ini kalau tidak mahu ketinggalan di belakang. Setakat mengkritik atau kewujudannya dengan menuduh sebagai tidak guna, membazir dan sebagainya ia tidak memberi apa-apa kesan dan kebaikan buat Pakatan Rakyat.
Apa yang baiknya mencari alternatif lain bagi mengatasi serangan baru menerusi email bernama 1Malaysia ini. [ttdi.kl12:00 t/hari 21/04/11]
3 comments:
persoalan lain nya..
adakah PR snggup nak bermain cara
bangsat sperti UBN ?
Assalamu alaikum tuan.
Tak mustahilkah Pakatanrakyat mampu memberi e-mail kepada saya dengan alamat azmansukerman@pakatanrakyat.my suatu hari nanti kalau boleh sebelum pilihanraya ke-13?
Untuk menamatkan riwayat politik BN ni tuan, pemimpin Pakatan Rakyat atau pertubuhan-pertubuhan tertentu perlu minta bantuan PBB atau Pertubuhan Hak Asasi Mnusia antarabangsa untuk memantau PRU ke-13 akan datang agar segala peraturan dan undang-undang tidak dimanipulasi oleh SPR untuk memenangkan BN. Bagi kami rakyat biasa ini, bukan lagi rahsia atau sulit yang pemimpin-pemimpin membeli undi rakyat setiap kali pilihan raya. Tidak perlulah buat aduan kepada PDRM, SPRM atau SPR sendir tentang perkara ini kerana semuanya baruah BN dan UMNO. Kalau pemimpin Pakatan Berani silaka, kami mengalu-alukan tindakan yang lebih berkesan, bukan setakat menyalak bukit.
Post a Comment