Monday, April 18, 2011

Catatan Tengah Malam

Taib Angkat Sumpah Tanpa Pakai Stoking?

SEBELUM meninggalkan Kuching tengah hari tadi, sebelah pagi saya makan nasi kerabu di kedai orang Kelantan di Satok. Yang bawa saya tentulah sahabat seperjuangan, Cikgu Din. Dia datang jemput saya dan kami terus ke Satok. Di Kedai itu terjumpa pula anak pahlawan Sarawak yang asalnya dari Kelantan.

Orang ini hebat dan dia mengetahui banyak cerita dalam kain politik Sarawak. Saya akan cerita kemudian. Bersama si pahlawan ini ada dua lagi temannya. Mereka juga hebat dan merupakan orang 'besar' Sarawak. "Ini orang besar Kuching, MSO," begitulah beritahu Cikgu Din memperkenalkan kepada saya.

Sambil makan kami bercerita, macam teristimewanya mengenai politik Sarawak. Menarik, saya cadangkan untuk bukukan sejarah siasah Sarawak yang rasanya belum diangkat ke muka umum. Nantilah kalau ada masa free dan sponser saya akan ke Kuching dan cuba mencatatnya. Banyak manfaatnya. Rakyat Sarawak dan orang luar perlu tahu mengenai sejarah ini.

Sambil makan sambil bercerita. Walaupun mereka ini orang niaga tetapi perasaan mereka sama juga dengan rakyat kebanyakan yang lain. Semuanya benci dan marahkan Taib Mahmud kerana terlalu lama sangat jadi ketua menteri dan banyak harta rakyat disonglap dan disamun dengan terhormat.

"You ada dengar cerita mengenai Taib masa dia angkat sumpah jadi CM malam semalam?" tanya si pahlawan itu membuka cerita. Saya dengan pandir, menjawab tidak tahu. "Apa dia?" tanya saya.

"Kerana tergesa-gesa dia pergi angkat sumpat di Astana TYT tanpa sempat pakai stoking?" katanya. "Tak pakai stoking?" ulang saya percaya dan tidak dan disambut ketawa oleh orang lain. "Biar betul?" tekan saya.

"Iya betul tak sempat pakai stoking?" ulangnya, tegas dan kemudian berderai dengan ketawa lucu reamai-ramai. Kalaulah Taib dengar marah dia. "You tenguklah jam berapa dia pergi angkat sumpah kelamrin?" belum habis dia menjawab saya memintas; "iya saya tahu jam 10:30 malam,"

"Kenapa tidak sempat tunggu besok. Kalau iya pun tunggu hari siang,?" katanya. Semua yang ada di meja termasuk cikgu Din sahabat saya Rushdan terheran-heran dengan maklumat itu.

Bukan itu saja semasa majlis angkat sumpah itu menurutnya, Abang Johari Hj Openg yang digembar gemburkan akan menjadi penggantinya tidak hadir? Kenapa? Nantilah saya akan ulas di lain waktu, ini hanya permulaan cerita pelik dan ganjil di Sarawak sebagai ole-ole dari saya untuk para penjenguk blog Merah Tinta. [wm.kl.12:02 18/04/11]

1 comment:

Mata Hati Nourmishael said...

Assalamualaikum..
Sedikit pandangan.
Kesimpulan dr PRU sarawak menunjukkan sokongan melayu kepada PR masih tidak ramai.jika mahu menakluk Putra Jaya DSAI semestinya melakukan sesuatu tindakan yg drastik.bukan hanya sekadar berceramah kesana kemari tetapi satu keputusan politik yg maha besar mesti diputuskan.dan pengorbanan itu penting untuk mencapai kejayaan di kemudian hari.


KULI.siapa peduli beliau sekarang.tapi ramai yg tidak nampak akan aura yg ada pada KULI.Beliau sebenarnya masih sinonim dgn politik tanahair.tetapi beliau sentiasa berada di pihak yg salah.
DSAI perlu bekerjasama dgn KULI.jika ini berlaku sy yakin dan pasti PR akan ke PutraJaya.
Opsss..bukan mudah.DSAI perlu berkorban..korban apa?jawapannya adalah korban jawatan PM.Jawatan itu semestinya diserah kepada KULI.yakinkan beliau untuk beliau bersama PR.dan yakinkan rakyat terutamanya melayu yg DSAI bukan gilakan kuasa.jika KULI PM dan DSAI TPM..ini merupakan gandingan yg terbaik dlm sejarah politik Malaysia..beri peluang kepada KULi untuk menjadi PM paling kurang sepenggal setengah...dan bila tiba masanya KULI pasti menyerahkan jawatan itu pada DSAI..inilah pengorbanan yg dimaksudkan...DSAI mesti lakukan ini kalau hendak ke putra jaya...gabungan dua aura pasti akan menenggelamkan kapal BN..sy pasti jika ini berlaku melayu akan pasti menyokong PR kerana keyakinan pada kepimpinan KULI dan buka melayu pasti lagi menyokong PR kerana DSAI masih lagi di arus politik PR..sekian..