Tuesday, July 16, 2013

Kaji Baikburuk Program "Dialog Harmoni" di TV Hijrah

REAKSI DAN ISU                                                                              

Malam tadi saya sempat menonton rakaman rancangan Dialog Harmoni yang disiarkan oleh TV Hijrah. Rancangan itu dihostkan oleh tiga orang ahli panel yang mewakili tiga agama; Islam, Kristian dan Hindu. Panel yang mewakili bagi pihak Kristian ialah Dr Living Lee, Hindu olah Dramalingam dan Islam oleh Shah Krikut a/l Kakikula.

Manakala pengacara atau pengerusinya pula Mohamad Fareed Ravi Abdullah seorang India yang memeluk Islam. Kebetulan (barang kali), tidak ada seorang pun panelis berbangsa Melayu? Kenapa?

Tajuk atau tema yang dikemukakan untuk dibahas atau dibicarakan berbunyi; Bersatu Walaupun Berbeza. Tajuk yang dikemukakan menarik, ia berbentuk universal ke arahan kedamaian. Tajuk itu dikira kena dalam konteks negara ini yang rakyatnya mempunyai pelbagai, bangsa, bahasa dan anutan agama.

Saya dapat memahami tujuan program sebegitu diadakan untuk memberi pencerahan secara umum terhadap peranan agama masing-masing dalam pembangunan dalam negara. Ia juga bertujuan merapatkan hubungan di antara penganut agama yang ada dan dalam pada itu cuba memberi kefahaman bahawa perbezaan beragama itu bukan masalah untuk bersatu membangun negara dan hidup secara harmoni.

Mendengar kepada kupasan dan ulasan diberikan oleh panalie bahawa semua agama itu mengajak kepada kebaikan dan perdamaian dan menentang persengketaan dan kemungkaran.

Dengan adanya program seperti itu ia memberi peluang untuk penganut agama lain memahami agama lain. Bukan saja bagi mereka yang berada didalam studio rakaman, yang sudah tentu dipilih, tetapi bagi penonton di luar juga dapat mengikutinya kandati di mana berada. Selagi siaran itu dapat diterima, semua dapat mengikutinya.

Menyedari keterbukaan program itu menimbulkan sedikit persoalan bagi saya. Apabila ia disiarkan secara terbuka menerusi siaran televisyen maka sifat rancangan itu juga terbuka, tidak lagi ada seleksi pengikut atau penontonnya. Sesiapa saja boleh mengikuti tanpa mengira peringat usia, tahap pendidikkan, tahak pemikiran dan seumapamanya.

Persoalannya apakah hasrat dan maksud tv berkenaan akan tercapai? Apakah sebuah kajian telah dibuat mengenai para penonton dan pendengarnya? Kalaulah benar seperti tanggapan saya tadi, tujuan saluran tv itu meyediakan program berkenaan agar ia ditonton oleh semua kaum di negara ini, apakah kajian sudah dibuat. Berapa ramaikah orang Hindu (India), Kristian (Cina dan lain-lain) mengikuti siaran berkenaan? Kalau mengikut logiknya tentu ada kajian dan analisa dibuat sebelum program itu ditayang.

Kalau siaran tv itu hanya dimonopoli oleh orang Melayu (Islam), ia sedikit membimbangkan saya. Lagipun matlamat untuk memberi penecerahan mengenai agama itu kepada semua pihak (kaum) tidak akan tercapai. Secara logiknya kalau mengikut perhatian saya, saluran tv berkenaan yang ada hubung kait dengan Jabatan Kejamuan Islam Malaysia (Jakim) ramai ditonton oleh orang Melayu.

Kenapa saya menzahirkan kebimbangkan? Berdasarkan kepada dialog dalam rancangan malam tadi panlies bersetuju dan menyimpul bahawa dari segi konsep ketuhanan dan tujuan agama itu disyarikatkan sama saja. Ia tidak berbezaan. Malahan petikan atau sedutan yang diambil dalam kitab-kitab agama masing-masing menunjukkan ia sama atau membawa pengertian dan maksud sama.

Dalam hal sebegini ia boleh mengelirukan pendengar yang cetek dan tidak fasih agama. Tidak disebut langsung akan berlaku perbezaan (benaran) di antara agama Islam, Kristian dan Hindu. Pengacara Fareed Ravi tidak pula cuba memberi bayangan akan wujud perbezaan di antara Kristian dan Hindu dengan Islam. Kegagalan dan kealpaan ini boleh memberi kesan tidak baik.

Berbalik kepasa tujuan tadi, kalau itu hakikatnya maka program itu tidak memberi banyak kelabaan dan kebaikan. Sebaliknya kalau tidak kena gaya ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penonton Melayu terutamanya yang cetek ilmu pengetahuan dan jauh pula dari asuhan agama. Kita perlu faham selalunya yang menonton rancangan seperti itu adalah orang-orang kampung, atau anak-anak remeja yang mana mereka agak jarang mendapat maklumat mengenai konsep agama-agama Hindu dan Kristian.

Apakah apabila mereka mendengar mengenai penjelasan konsep agama Kristian dan Hindu seperti mana dalam dialog malam tadi yang disepakati sama dengan konsep keTuhanan dalam Islam itu ia tidak menimbulkan kekeliruan. Mungkin ada penonton yang cetek ilmu akan menerima dengan mudah penjelasan panelis itu dengan beranggapan falsafah keTuahan itu sama saja.

Seperkara lagi kalau program itu diharap akan diikuti oleh penonton bukan Melayu, khasnya di kalangan anak-anak remaja ia tidak akan mencapai matlamatnya. Semua orang tahu sekuat mana kuasa saluran Tv Hijrah mampu menarik penonton. Justeru saya merasakan program itu tidak lebih daripada untuk menggambarkan akan kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini. Kalau benar ia bertujuan mahu memberi pencerahan agama, khasnya agama Islam kepada umum, program itu harus disiarkan di saluran lain lain yang lebih ramai penontonnya seperti TV3 atau TV 1 dan TV 2.

Setulusnya pencerahan mengenai agama seperti dilakukan dalam program Dialog Harmoni itu tidak perlu lagi kepada orang Melayu apa lagi menerusi kaedah terbuka itu. Kalau kita melihat dan membuat kajian kefahaman di kalangan bukan Islam, terhadap Islam sangat tinggi dan merekalah selalunya menimbulkan masalah. Contohnya ke belakangan ini yang dikatakan menghina dan mengeji Islam bukan remaja Melayu tetapi remaja Cina dan India.

Makanya mereka inilah yang perlu dijadikan sasaran untuk diberi pencerahan. Malanglah saluran tv seperti Hijrah itu bukan merupakan saluran kesukaan mereka, jadi macam mana mereka akan mendapat manfaat dari rancangan itu.

Adalah diharap semoga penerbit program itu Rosmawati Md Zain khasnya dan pembina Tv Hijrah seluruhnya mengkaji baik dan buruk kesan program berkenaan. Kajian susulan harus dilakukan kerana tidak ada guna kita menyediakan rancangan yang cantik dan menanarik tetapi memberi kesan negatif kepada pengembangan agama kita, Islam. [wm.kl.1:06 pm 16/07/13]

2 comments:

Fairus said...

itulah agaknya nak tiru program Dr Zaki Naik, tapi takut nak tiru sepenuhnya,kerana ada kepentingan politik, bimbang kalau ramai yang lebih cerah Islamnya maka akan bertukarlah suasana politik diMalaysia. Program macam Dr Zakir Naik itulah yang patutnya disiarkan kerana ia lebih jelas huraianya atau buat program macamtu atau jemput Dr Zakir Naik.

Kalau nak buat program macam Dr Zakir Naik, persoalan pula timbul adakah ahli ahli agama kat Malaysia ni boleh hurai macam Dr Zakir Naik. Kalau setakat ustaz dan ustazah selebriti takpayahla.

mus said...

Nampak seolah-olah TV Al-Hijrah membuka laluan kepada wakil agama Hindu & Kristian mempromosikan agama mereka kepada penonton Al-Hijrah, yang saya yakin hampir 100% adalah orang Islam.

Bukankah ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ?