Wednesday, July 3, 2013

Penghargaan Kepada Nik Aziz Boleh Jadi Tititk Mula Perdamaian Nasional

SUSUPAN PAGI                                                                               

Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa semasa membahas usul menjunjungi kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di parlimen semalam telah mencadangkan kepada kerajaan agar merakam penghargaan dan memberi penghormatan kepada bekas MB Kelantan Tokguru Nik Abdul Aziz atas kejayaanya mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun dengan jayanya tanpa ada rasuah.

Nik Aziz: Wajar dihargai.
Cadangan dan saranan itu sesuatu yang tepat dan amat praktikal sekali. Penghormatan itu sesuai sebagai menunjukkan kerajaan yang ada hari ini mempunyai kesedaran dan keperihatinan untuk melihat sesuatu yang baik walaupun ianya datang dari pihak pembangkang. Seperti mana kata Mujahid kerajaan tidak sepatutnya memilih atau melihat kepada parti, sebaliknya berdiri atas kebenaran secara profesionalisme.

Bentuk perhargaan kata Mujahid terserah kepada pertimbangan dan idea kerajaan, mungkin ia boleh dilasksanakan dengan menubuhkan sebuah institusi pemikiran Tokguru, di mana pemikiran, pendekatan atau pun stail beliau berpolitik boleh diambil dan ditiru.

Bagi saya mungkin sebuah memorial boleh diadakan atau pun mewujudkan sebuah kerusi bernama kerusi Nik Aziz di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Jelas kehebatan yang ada kepada Tokguru Nik Aziz dengan melihat kepada tempoh perkhdimatannya yang belum pernah berlaku sebelum ini seorang ulamak menjadi ketua eksekutif disesebuah negeri selama itu.

Selama 23 tahun atau lima penggal parti (Pas) yang dibawah pimpinannya berjaya membentuk kerajaan Kelantan. Pencapaian Nik Aziz adalah dianggap luar biasa, sebagai seorang politician yang bermodalkan kepada ilmu dan saksiah diri semata-mata.

Seperti kata Mujahid beliau juga seorang yang tidak tahu mengambil kesempatan untuk dirinya dengan kuasa dan peluang yang ada. Nik Aziz seorang yang ikhlas, jujur dan tulus kepada rakyat dan bertanggungjawab kepada jawatan yang dipegang. Selama menjadi MB beliau tidak pernah mengubah cara hidupnya sebaliknya kekal seperti sebelum ini. Penolakannya untuk tinggal di rumah rasmi kerajaan, mengembalikan sebahagian wang gaji kepada kerajaan dan lain-lain pengamalannya menjadi satu simbol bahawa Nik Aziz tidak pernah berbangga dengan jawatan tetapi menerimanya sebagai satu amanat yang berat.

Kecemerlangan ataus jasa besar beliau juga ialah berjaya memertabatkan golongan ulamak sebagai pemimpin. Apa yang berlaku ke atas dirinya membuktikan ulamak atau golongan agama yang sering disindir dan dipersendakan sebagai lemah atau tidak mampu mentadbir negeri dan berpolitik adalah meleset. Kejayaan dan pencapaian ditunjuki oleh bekas MB Kelantan itu membuktikan ulamak boleh bahkan sememangnya wajar menduduki jawatan itu kerana ia boleh mengurangkan kontroversi politik dan membawa semangat ukhwah sejagat.

Percakapan mengenai kehebatan Nik Aziz sebagai seorang MB dari rahim ulamak, bukan saja terbatas di negera ini saja tetapi di seluruh dunia. "Di mana-mana saja kita pergi orang akan memperkatakan mengenai kehebatan atau peribadi Tokguru Nik Aziz," begitu kira-kira ujar Mujahid.

Sekiranya cadangan Mujahid itu dapat direalisasikan ia juga akan menunjukkan transformasi politik atau pun dalam kosa kata lain 'perdamaian nasional' yang hendak dilaksanakan Najib akan menjadi kenyataan. Apabila kerajaan mengikhtiraf jasa-jasa dan ketokohan Mursyidul Am Pas itu dalam satu bentuk rakaman tersendiri, disinilah mungkin ia akan menjadi titik mula bagi membangunkan rangka perdamaian nasional seperti mana diimpikan Najib.

Justeru cadangan Mujahid itu perlu diterima dengan jujur dan penuh insaf berdasarkan kepada hakikat yang ada. Ia bukan sesuatu yang hendak mengada-ngada atau melebihi Nik Aziz tetapi apa dicapainya adalah satu sejarah dan kebangaan buat umat dan negara ini.

Semua pihak baik kerajaan atau pembangkang perlu mengalu-alu dan menyokong saranan Mujahid tersebut. Dengan wujudnya satu bentuk penghargaan kepada Nik Aziz akan bertambahlah satu lagi bilah sejarah di negara ini. [wm.kl.7:51 am 03/07/13]

1 comment:

Syah said...

Salam tuan..harap tuan boleh posting mengenai fenomena syiah yg semakin membarah di Malaysia. Kita perlukan penjelasan ttg perkara ini.

Asslmlkm