PENDAPAT
Kerana saya bukan seorang ahli parlimen atau Dewan Undangan Negeri maka saya tidak begitu arif mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan parlimen di Malaysia serta perjalanan mesyuaratnya serta disiplin-disiplin lain yang boleh dikenakan ke atas para ahlinya.
Mungkin apa yang hendak saya perkatakan ini meleset dan tidak tepat. Manakala saya kira semua ahli dewan bersedia menerima konvenysen (amalan) yang dipakai selama ini. Pada pandangan saya ada beberapa peraturan atau disiplin diamalkan parlimen tidak munasabah atau pun sudah tidak relevan lagi, jauh sekali adil dan saksama. Kewujudannya juga tidak membawa apa-apa makna kerana ia tidak berfungsi dengan sewajarnya.
Dari sisi lain, lebih memalukan ia semacam tindakan kartun pula kerana peraturan atau kaedah demikian mensia-siakan masa dan semacam tindakan kurang cerdik.
Saya mengambil contoh mengenai kaedah untuk menghadapkan seseorang ahli parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebabasan Parlimen. Perhatian ini tentulah merujuk kepada apa yang baru berlaku sekejap tadi, mengenai usul dikemukakan oleh wakil Jelutung (Jeff Ooi) terhadap wakil Simpang Renggam (Ling Teck Meng) sebagai peraturan atau agenda akhir sidang pertama parlimen penggal ke-13 yang berakhir petang ini.
Selepas usul itu dikemukakan oleh pembawa usul, wakil yang hendak dikenakan tindakan akan menjawab. Kemudia ia diikuti dengan perbahasan oleh ahli parlimen lain, (wakil dari kerajaan dan wakil dari pembangkang). Ahli parlimen yang dikemukakan dalam usul itu ialah wakil dari kerajaan.
Selepas ianya dibahas oleh kedua-dua pihak, tiga dari pembangkang (Raub, Bukit Katil dan Shah Alam) dan tiga wakil kerajaan kemudian undian dijalankan. Ertinya dewan juga membuat keputusan. Dalam kasus hari ini undian secara belah bahagi dilakukan. Setelah dijalankan undian pihak pembawa usul (pembangkang) mendapat 60 undi manakala pihak yang menolak (diusulkan) mendapat 107 undi. Ini bermakna mengikut nisbah undi, usul berkenaan ditolak. Jadi wakil Simpang Renggam terselamat dari dihadap ke Jawatankuasa berkenaan.
Apa yang berlaku itu menghirankan. Logiknya apa lagi kalau kita perhatikan kepada praktis dan semangat politik di negara ini ahli-ahli parlimen tidak sangat melihat kepada isu atau fakta dalam hal-hal melibatkan keadaan seperti itu. Mereka lebih mengutamakan kepada puak dan sentimen daripada untuk menjaga kepentingan rakyat atau integriti dan kemuliaan dewan. Dalam kata lain ahli-ahli parlimen masih tidak dapat menanggalkan diri mereka dari ideologi kepartian, sentiman puak dan perbalahan (perlawanan) semasa pilihan raya. Untuk menjadi pro jauh lah.
Jadi oleh kerana pihak kerajaan merupakan majoriti di dalam parlimen, maka selamanya bila ada usul-usul sedemikian dibawa pihak pembangkang ianya akan ditolak sebaliknya usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan akan diterima.
Persoalan saya dengan amalan sebeginilah apakah kewujud keadilan dan kemuliaan dewan? Tidak ada guna bagi pihak pembangkang membawa usul kerana mereka tetap akan kalah. Maka elok peraturan ini tidak diguna oleh pembangkang kerana ia tidak mermberi apa-apa manfaat dan hanya membuang masa.
Saya berpandangan kalau peraturan itu terus hendak digunakan ia perlulah ada perubahan. Tanpa melakukan perubahan molek kalau peraturan atau kuasa untuk membawa ahli dewan ke Jawatankuas berkenaan dihapuskan saja. Atau perbahasan yang ada kalanya memakan masa berjam-jam tidak diperlukan kerana dimana akhirnya ia akan diadakan undi. Dengan semangat atau pun amalan yang ada kini bila ada saja usul untuk membawa mana-mana ahli dewan ke Jawatankuasa tersebut Speaker boleh terus mengemukakan pengundian tidak perlu perbahasan. [wm.kl.5:11 pm 18/07/13]
1 comment:
Saya amat setuju dengan pendapat tuan.
Berkaitan perkara yang sama, saya juga perasan pihak pembangkang mendapat 60 undi berbanding pihak kerajaan 107 undi. Kemana perginya undi ahli-ahli parlimen yang lain? Adakah mereka berkecuali atau mereka tidak hadir?
Kalau tidak hadir, apa sebabnya? Mereka dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat. Tidak patut kalau mereka tidak menjalankan amanah rakyat.
Post a Comment