Saturday, October 26, 2013
Hassan Kaabah, bekas Exco meninggal dunia
PERKHABARAN
Bekas Eco Kelantan Hassan Mohamad, 69 (foto) atau lebih dikenali dengan Hassan Kaabah telah kembali ke Rahmatulah pagi ini. Beliau meninggal dipercayai kerana sakit tua dan angin ahmar. Allahyarham seorang guru dan tokoh Pas Machang merupakan Adun Kemuning (Temangan) selama tiga penggal 1995 - 1999, 1999 - 2004 dan 2004 - 2008.
Allahyarham juga merupakan bekas Yang Dipertua Pas kawasan Macang.
Ekoran kemenangan itu beliau dilantik menganggotai barisan Exco kerajaan Kelantan memegang portfolio, Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum Negeri Kelantan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hasnah Hj Salleh dan lima orang anak. Dr Mohd Fadzli yang kini merupakan seorang anggota Exco Kelantan adalah anak sulung Allahyarham.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Zohor tengah hari ini. Al fatihah. [wm.kl.8:11 am 10/26/13]
Labels:
Hassan Kaabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
HANG BIAR BETUL. INI FITNAH. MANA ADA ANAK BEKAS EXCO JADI EXCO. INI NEPOTISME...
Post a Comment