Apabila pengarang mingguan Katolik, The Herald, Father Lawrence Andrew mengatakan gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah, ramai pihak yang marah dan geram dengan kenyataan itu. Penegasan itu menunjukkan akhbar berkenaan tidak prihatin mengenai sentimen orang Islam Selangor mengenai hal itu.
Luahan kegeraman ini termasuklah oleh Umno Selangor yang menyuarakan menerusi Setiausahanya, Johan Abdul Aziz yang menganggap kenyataan Andrew itu biadab kerana tidak menghromati titah Sultan Selangor.
Sebelum ini Sultan Selangor dengan kuasa yang ada kepadanya terhadap seluruh jajahan takluk Selangor memberi amaran atau melarang agar kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang Kristian di negeri itu.
Larangan Sultan itu dilihat sebagai tidak mempedulikan kepada perlembagaan negara serta hubungan Selangor dalam persekutuan Malaysia dan merasakan Sultan berkuasa sepenuh-penuhnya ke atas hal ehwal agama. Atas realiti itu kalau pun Andrew tidak menghormati kata-kata sultan.
Kenyetaan Andrew itu kata Johan ia juga bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada orang Islam) 1988, yang diluluskan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor.
Dakwa Johan enakmen itu terpakai kepada semua orang bukan Islam dan harus berhati-hati.

Sebagai menunjukkan kepedulian tinggi Umno kepada perkembangan agama Islam, Johan memberi kata dua kepada Jais (jabatan Agama Islam Selangor) agar bertindak sekiranya pihak Kristian tidak mempedulikan nasihat Sultan itu.
Kata Johan Umno jika tidak Umno akan mengenakan tindakan lanjut kepada Kristian. Apakah bentuk tindakan itu? Kalau setakat melaungkan amaran, rasanya tidak payahlah buat buang air liur sahaja. Sebelum ini sudah berguni amaran demi amaran dikeluarkan tetapi habuk pun tidak ada. Pihak tertentu tidak menghiraukan kerana mereka lihat amaran sebegitu hanya permainan politik semata.
Sebagai orang Islam yang menerima pakai enakmen itu menjadi hak Johan atau sesiapa jua untuk mempertahankan enakemen BN itu dan menyelar tindakan Andrew. Tetapi Johan juga disamping asyik memberi peringatan dan nasihat, beliau juga perlu faham akan hak dan kebenaran mengikut Perlembagaan yang dibenarkan sehingga membolehkan Andrew berani membuat kenyatan itu. Andrew bukan berkata-kata atas emosi tetapi tentulah atas fahaman akademik dan undang-undang.
Begitu juga dengan sultan Selangor itu seharus memahami akan peruntukan dalam Perlembagaan yang dijadikan alasan atau benteng mempertahankan tindakannya oleh Andrew dalam mempertahankan kepentingan agamanya.
Kata Andrew, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri. Berdasarkan peruntukan itu maka beliau membuat ketegasan itu tanpa merasa takut kepada amaran Sultan. Mungkin beliau mengambil faham, pengurusan itu tanpa mengira di mana-mana sahaja ia boleh dilakukan di seluruh tanah Persekutuan?
Jelas beliau, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain. Kenyataan Andrew itu benar-benar berani dan yakin dengan pendangan prinsip undang-undang.
Apakah ada cadangan berhubung perkara ini dalam perhimpunan agung Umno lalu? Apakah dengan kemasukan para ulamak 'mujtahid' di dalam Umno menerusi lantikan ahli MT, tidak boleh memikirkan hal ini? Kehadiran mereka dalam Umno harus mewujudkan sesuatu yang signifiken baru ia membawa erti dan bermanfaat. Kalau perlantikan mereka hanya menjadi reket untuk smash kenyataan pembangkang tidak guna setengah sen pun.

Saya melihat isu ini akan berterusan dan menjadi polemik oleh kedua pihak (gereja dan orang Islam Selangor), khasnya dan amnya di antara Kristian dengan orang Islam seluruhnya. Ia tidak akan selesai dan tuntas selagi berlaku ketidak-selarian (selaras) dari bidang kuasa di antara Persekutuan dengan negeri-negeri.
Ketiga pihak, umat Islam Selangor, Sultan dan Umno ada alasan tersendiri dalam hal ini. Dan begitu juga dengan Andrew. Di sini apa yang dapat dilihat berlaku pertindihan kuasa atau peraturan dari sudut perlembagaan. Walaupun Sultan mempunyai kuasa mutlak mengenai agama Islam di Selangor tetapi baginda tidak boleh menafikan kebebasan beragama yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Selangor adalah salah sebuah negeri yang terikat dengan semangat Federalisme.
Dalam hal ini sesiapa tidak boleh bersikap buta terhadap undang-undang dan peraturan. Jalan penyelesaian ialah dengan menyelaraskan perkara ini, baru ia tidak akan jadi 'bertindih bertindan'. Misalnya Umno yang menjadi tunggak kepada kekuasaan negara ini boleh mengemukakan pindaan perlembagaan untuk menjelaskan dan memperluaskan bidang kuas berhubung agama Islam termasuk menghalang penggunaan kalimah Allah yang jadi kontroversi itu.
Hasrat ini boleh dibantu oleh Majlis Raja-Raja agar ia menjadi kenyataan. Majlis Raja-Raja boleh memberi cadangan kepada perdana menteri untuk melakukan pindaan demi menjaga, mengawal kesucian agama Islam yang dianggap telah tercemar dengan penggunaan kalimah Allah itu. Tidak ada guna tindakan hanya sekadar memberi kenyataan, amaran itu dan ini tetapi kuasa atau 'tali' utamanya tidak terbuang dalam perlembagaan.
Dalam hal ini sesiapa tidak boleh bersikap buta terhadap undang-undang dan peraturan. Jalan penyelesaian ialah dengan menyelaraskan perkara ini, baru ia tidak akan jadi 'bertindih bertindan'. Misalnya Umno yang menjadi tunggak kepada kekuasaan negara ini boleh mengemukakan pindaan perlembagaan untuk menjelaskan dan memperluaskan bidang kuas berhubung agama Islam termasuk menghalang penggunaan kalimah Allah yang jadi kontroversi itu.
Hasrat ini boleh dibantu oleh Majlis Raja-Raja agar ia menjadi kenyataan. Majlis Raja-Raja boleh memberi cadangan kepada perdana menteri untuk melakukan pindaan demi menjaga, mengawal kesucian agama Islam yang dianggap telah tercemar dengan penggunaan kalimah Allah itu. Tidak ada guna tindakan hanya sekadar memberi kenyataan, amaran itu dan ini tetapi kuasa atau 'tali' utamanya tidak terbuang dalam perlembagaan.
Apakah ada cadangan berhubung perkara ini dalam perhimpunan agung Umno lalu? Apakah dengan kemasukan para ulamak 'mujtahid' di dalam Umno menerusi lantikan ahli MT, tidak boleh memikirkan hal ini? Kehadiran mereka dalam Umno harus mewujudkan sesuatu yang signifiken baru ia membawa erti dan bermanfaat. Kalau perlantikan mereka hanya menjadi reket untuk smash kenyataan pembangkang tidak guna setengah sen pun.
Tidak ada guna kedua pihak, khususnya pihak orang Islam di Selangor membuat larangan dan memberi amaran kepada gereja Kristian sedangkan mereka ada 'tali' atau pun senjata menjadikan mereka berhak untuk mengembangkan agama mereka. Putuskan dulu tali harapan itu baru dapat menyelesaikan masalah yang menjadi bertele-tele kini.
Sekiranya ada mana-mana pihak gereja dikenakan tindakan, atau larangan penggunaan itu dalam premis mereka sudah pasti ia akan berakhir di mahkamah. Pihak Kristian akan membawa ke mahkamah untuk mendapat penentuan dan keadilan. Mahkamah pula dalam membuat keputusan mestilah berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan negara. Sistem 'dual mahkamah' Syariah dan Sivil tidak banyak memberi keuntungan kepada Islam.
Dalam zaman sistem raja berpelembagaan yang diamalkan kini, mana-mana Raja tidak ada kuasa mutlak dan kekebalan lagi kerana tindakan mereka boleh dibawah ke mahkamah. Pindaan Perlembagaan membabitkan imuniti Raja-raja dibuat Mahathir telah memecat kuasa raja. Kalau tidak percaya umat Islam Selangor atau Umno Selangor dengan berpandukan kepada titah Sultan itu boleh membuat percubaan dengan membawa perkara ini ke mahkamah tentang apa-apa larangan penggunaan kalimah Allah itu. Cubalah.

Hari ini apa juga masalah perlu diselesaikan dengan fakta bukannya dengan laung suara tinggi. [wm.kl.12:33 t/hari 29/12/13]
Enakmen diluluskan semasa Barisan nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di negeri ini menggunakan 35 perkataan Arab termasuk ALLAH, Nabi, Injil dan Insya-ALLAH.
“Enakmen ini terpakai kepada semua, mereka perlu faham dan berhati-hati buat kenyataan. Mereka bukan dia tidak tahu dan ini melampau,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Andrew berhubung gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.
Andrew berkata, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.

Menurutnya, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.
14 November lalu, Sultan Sharafuddin bertitah penggunaan kalimah ALLAH dalam bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta.
Johan berkata, Umno Selangor mendesak Jais bertindak tegas dalam perkara ini kerana kenyataan itu didakwa mencabar enakmen tersebut.
Menurutnya, pihaknya mendesak paderi tersebut menarik semula kenyataan itu serta memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu.
Katanya, sekiranya paderi tersebut gagal mematuhi desakan itu, Umno Selangor tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut.
“Kita desak paderi tarik balik kenyataan ini dan minta maaf terbuka dalam tempoh seminggu ini.
“Tindakan yang kita ambil bergantung pada paderi sendiri dan sekiranya senyap maka kita akan gerakkan 22 Umno bahagian di negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut.
“Kita tinggal di negeri ini berbilang kaum dan agama, jangan cetuskan sebarang perkara yang menggugat sensitiviti.
“Sultan Selangor j uga merupakan Ketua Agama Negeri Selangor, maka semua pihak perlu menghormati perkara itu,” katanya.

2 comments:
assalamu alaikum tuan. Rakyat Selangor tanpa mengira apa fahaman dan agama telah lama menyebut nama Allah secara rasmi dalam upacara rasmi negeri. Perkataan Allah itu ada dalam Lagu Kebangsaan Negeri Selangor. Jadi, Kena buang dulu perkataan Allah dalam lagu berkenaan. Kalau tidak orang Krisian akan sentiasa menggunakan perkataan itu. Jika dalam keadaan itu boleh maka tak salah kalau mereka nak guna untuk agama mereka.
Namun, apabila saya berbual-bual dengan rakan-rakan Kristian sebennarnya mereka tak berapa kisah tentang isu ini kerana bagi mereka "god" atau "Lord" telah sekian lama mereka gunakan. Tak guna bising isu ini kalau amalan Kristian mereka tidak diamalkan.
Di pihak kita pula, nak melaungkan kononnya kita membela kesucian Nama Allah sedang hakikatnya kita sendiri tahu bagaimana dan sajauhmana kita beramal dengan agaran dan tuntutan Islam. Masyarakat bukan Islam pun cukup tahu itu dan mereka akan tergelak dengan gelagat Islam ala UMNO ini.
Allah sudah janji yang Islam tetap berjaga walaupun tiada siapa yang mahu menjaganya. Di Malaysia kita disibukkan dengan akta mahu menjaga agama Islam (jaga sahaja amal tak mahu). Di Eropah, yahudi dijaga dengan akta anti-semisme. Sebarang penghinaan ke atas yahudi akan diambil tindakan. Bagaikan ada persamaan antara akta di Malaysia dan Eropah. Di zaman nabi saw, tiada undang2 khas melindung Islam. Islam tersebar melalui kelembutan dan contoh yang baik. Jika ada yang terang-terangan menghina nabi dan Islam, mereka tidak ditangkap. Sebaliknya diajak berdebat dan menerangkan tentang isu yang diangkat. Begitulah cara Islam tersebar. Apabila memaksa orang bukan Islam mematuhi Islam, maka Islam akan dilabel sebagai agama yang kasar. Bukankah tiada paksaan dalam Islam? Kasihan rasanya melihat golongan yang mempertahankan nama Allah dan enggan membuang sikap prasangka buruk terhadap agama lain. Mereka ini tidak pula mahu cuba berdakwah sebaliknya menakut-nakutkan golongan tertentu. Ironinya golongan yang sama mempertahankan nama Allah adalah golongan yang sama menegakkan sekularisme.
Post a Comment