BELASUNGKAWA
Catatan perjalanan untuk menjejak ahli sufi (suluki) serta melihat perkembangan pesantren di Jawa Timur khas Temboro ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada catatan belasungkawa buat rakan sekampung dan sepejuangan saya, Mat Darus Sulaiman yang baru kembali ke Rahmatulah selepas Maghrib tadi (7:20 pm). Beliau insan biasa saja tidak ada apa-apa nama (status) tetapi ia cukup istimewa buat saya.
Beliau seorang berjiwa seni dan pernah muncul menjadi seorang penulis dan penyair kecil di daerah kami di Gual Periok khasnya, dan turut sama memberi saham dalam mengharumkan nama Gual Periok bersama rakan-rakan lain seperti Norhisam Mustafa, Mukhtar Mustafa, M Jusof Taib, Taufik Roslee, Alena Mahraz apabila karya masing-masing diudara di radio atau tulisannya disiarkan di akhbar dan majalah.
Orang kampung tidak akan kenal siapa Mat Darus Sulaiman, tetapi akan tahu bila menyebut M Hayat. M Hayat adalah nama penanya yang membawa maksud "Merana Hidup". Kenapa merana hidup?
Nama M Hayat keudara boleh dikatakan setiap hari di corong radio kawasan Timur dan juga nasional melalui tulisannya, berupa skrip drama radio atau luahan hati di rancangan Melodi Romantika dari tahun 70-an hingga ke awal tahun 80-an.
Dia istimewa buat saya kerana Allahyarham adalah antara pendorong dan inspirasi buat saya untuk menceburi dalam erina penulisan kreatif; cerpen, sajak dan drama radio pada peringkat awal. Boleh dikatakan sebelum saya menuruni dan bergelumang dalam kancah penulis buku-bulu politik atau dunia kewartawanan seperti hari ini, dia adalah antara orang utama memberi dokongan dan menyatakan optimis dengan masa depan dalam dunia penulisan sebagai sebuah kerjaya.
Ketika itu (tahun 70-an) siapa terfikir penulis dapat hidup. Kerjaya dan dunia penulisan asing dalam kamus hidup orang kampung saya bahkan di mana-mana juga ketika itu. Abang saya sendiri yang merupakan cendekiawan dan menjadi orang pertama menapak kaki ke menara ganding juga tidak yakin.
Lantaran kejahilan itu bahkan saya dan dia sendiri tidak yakin akan suatu hari mempunyai kekasih yang kemudian menjadi isteri. Siapalah yang mahu pandang kepada dunia seorang penulis, berapa sangat pendapatannya? Dalam dunia dipenuhi dengan material, hidup tanpa wang tidak akan dihormati dan disanjung orang? Mungkin isteri saya juga dihina kerana bersuaminya penyair seperti saya?
Sebuah puisi hanya dibayar RM10 manakala cerpen RM20 dan skrip drama radio RM40 sahaja. Tidak mungkin dengan pendapatan sebanyak itu mampu untuk meminang anak dara orang. Satu ketika kami pernah becanda rasa yang kami mungkin tidak akan memiliki isteri kerana kemiskinan itu. Tidak mungkin ada ibubapa yang sanggup menerima hantaran untuk anak daranya dengan puisi?
Apa lagi beliau yang cacat penglihatan, di mana orang cacat seperti itu dianggap tidak lebih daripada mencari rezeki menerusi meminta sedekah. Allahyarham pernah menyuarakan kedukaan jiwanya kepada saya, katanya kalau dia dibesarkan dibandar dan di kalangan orang berada mungkin nasibnya berubah.
Namun begitu beliau tidak menyalahkan ibu yang mengandung, dan kampung halaman yang serba kurang dan berada di tengah masyarakat yang tidak peka kepada kebolehan dan keistimewan orang buta seperti beliau. Kejumudan berfikir itulah akhir menjadikan beliau mangsa sebagai orang cacat yang tidak diberikan pendidikan dan ilmu tatadiri sewajarnya.
Beliau yang hilang penglihatan sejak berusia empat atau lima tahun disebabkan demam panas tidak diberi apa-apa pendidikan. Dia hanya hidup sebagai kanak-kanak buta yang sering kali diperolok-olokkan oleh rakan-rakan lain. Di kampung orang buta dijadikan toys. Saya masih ingat, apabila Allahyarham berjalan bersendirian, laluan akan dihalang dengan ranting-ranting kayu dan tin-tin kosong. Apabila beliau tersepak atau terlanggar tin akan berbunyi, rakan-rakan akan riuh mengilai sambil bersorak-sorak. Ketika inilah Allahyarham menjadi laksana P Ramlee yang dipermainkan oleh Salleh Kamil dalam filem Si Bongkok.
Alhamdulilah, saya diberikan sedikit rasa kemanusian berlainan dari rakan lain. Sayalah yang menjadi tukang tarik (pimpin) untuk membawanya ke surau, ke sungai, ke telaga, ke pesta dikir barat dan di mana-mana sahaja. Bermula dari rasa simpati itulah persahabatan saya bermula dengan beliau sehingga ke akhir hayat. Agak ganjil ketika itu bila saya berkawan dan sering bersama beliau dimana-mana kerana perbezaan usia antara kami ketara, saya lebih muda sembilan tahun darinya.
Mungkin boleh disebut yang memberi galakan saya berkawan dengannya, membantu gerak gerinya ialah arwah datuk (Othman Yaakob) yang kebetulan menjadi guru Quran kepadanya. "Kita jangan hina dan permainkan orang buta. Hari ini kita pimpin dia di dunia besok dia akan pimpin kita di akhirat," begitulah kata-kata arwah datuk dalam memberi galakan kepada saya membantu Allahyarham.
Kandatipun dia cacat dan memahami keadaan keluarga yang tidak berada, tetapi dia tidak menyerah nasib kepada keadaan. Allahyarham ada kekuatan dan instinct sendiri. Dengan bergurukan pada alam, atas kesungguhanya dia pandai membaca dan mengeja. Dia pandai menghitung. Mengkagumkan juga dia pandai mengulas setiap isu yang berlaku bukan saja di sekitar kampung tetapi di luar juga. Inilah saya katakan kawan ini milik keistimewaan tersendiri.
Radio adalah guru dan sumber maklumat utama kepadanya. Radio tidak pernah lekang dari dirinya. Boleh dikatakan radio adalah guru utamanya selain daripada dua rakannya yang lain, tolong membantu bacakan buku-buku, novel atau akhbar kepadanya. Selain saya dua rakan lain ialah Loding Che Muda, sepupunya dan Hassan Idris (Lah) yang tiga bulan lepas telah kembali ke Ramatullah.
Dan dunia dan pengetuan Allahyarham agak melebar sedikit apabila pada tahun 1970 hingga 1973 (kalau tidak silap) beliau memasuki ke Taman Harapan (pusat latihan kemahiran untuk orang buta) di Temerloh Pahang dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pemergian ke Temerloh itu saya kira perjalanan pertama buat beliau meninggalkan kampung halaman. Kesempatan selama tiga tahun di Taman Harapan itu membuka ruang dan keyakinan lebih luas kepadanya.
Sebagai insan, Allahyarham juga mempunyai naluri dan cita-cita tersendiri seperti manusia sempurna. Dalam diam-diam dia bertekad untuk jadi seorang penulis. Kemunculan dan kejayaannya meletakkan namanya sebaris dengan nama-nama rakan lain dalam dunia penulisan inilah merupakan keistimewaan dan kehebatan yang ada kepadanya. Kebolehan inilah menjadikan rekod manis buat beliau, saya dan dan segenap orang kampung kami.
Sesiapa pun tidak percaya dengan kemampuannya boleh menghafal skrip drama radio atau cerpen di dalam kepalanya melebihi 5,000 patah perkataan. Selepas dihafal dia akan meminta rakannya, Hassan menulis skrip berkenaan kemudian menguruskan pengeposan. Saya sendiri juga menjadi tukang tulis kepada beberapa buah karya. Selepas ditulis disuruh baca dan beliau meneliti satu persatu ayat-ayatnya. Beliau ingat mana-mana perkataan atau ayat yang dilafazkan dan minta diperbetulkan jika silap.
Minatnya untuk menjadi seorang penulis berkobar-kobar selepas kembali dari Taman Harapan di Temerloh. Ketika ini saya hampir setiap hari dan malam bersamanya. Mungkin beratus buah novel atau buku bacaan umum yang saya bawa balik dari perpustakaan sekolah dan dibacakan untuknya sehinggakan saya terabai untuk menelaah kerja sekolah. Saya hanya berenggang dengan beliau apabila saya ke Indonesia untuk belajar dan bergabung balik sesudah itu. Kalau tidak kami dianggap sebagai belangkas.
Untuk jadi penulis Allahyarham tidak berpuas hati setakat karya-karyanya ditulis dan disalin oleh kawan. Beliau mahu berbuat sendiri dengan menyatakan minat untuk mempelajari menaip dengan menggunakan mesin taip biasa. Untuk mendapatkan mesin taip ketika itu bukan perkara mudah. Seingat saya hanya pejabat penggawa, sekolah dan penulis verteran Norhisam Musatafa dan M Jusuf Taib sahaja yang ada mesin taip.
Atas nekad dan kesungguhan dengan wang elaun semasa beliau di Taman Harapan Temerloh serta hasil jualan telor itik yang diusahakan peliharanya setelah selesai mengikut latihan di Taman Harapan, beliau mampu membeli sebuah mesin taip berjenama Hanimax. Sayalah yang membawanya ke Kota Bharu membelikan mesin taip berkenaan. Kisah atau kejadian semasa hendak membeli mesin taip ini juga menarik.
Sekali lagi orang akan merasa pelik dan diluar kelaziman. Selalunya mesin taip untuk orang buta bertulisan braile. Tetapi yang dibeli type writer biasa. Jadi saya terpaksa mengajarnya menaip dengan mereka sistem dan formula letakan jari di key board tersendiri. Menunjukan kedudukan abjab dan segala macam teknik dan kaedah-keadaan lain memasuk kertas, membuat perenggan dan sebagainya.
Dengan kerajinan dan kesungguhan, saya mengajar dan memberi tunjuk ajar kepadanya siang dan malam. Dalam masa tidak sampai sebulan dia menguasai menggunakan type writer biasa untuk menulis puisi, skrip drama radio ataupun cerpen dan menulis surat. Setelah dapat menguasai type writer banyak hasil-hasil karyanya tersiar di radio terutamanya skrip drama dan puisi.
Kecacatan beliau juga tidak menghalang untuknya bergerak aktif bersama rakan lain dalam persatuan penulis. Di Gual Periok kami menubuhkan Persatuan Penulis Gual Periok (PENGUPER) di mana beliau aktif di pentas pembacaan puisi. Selain itu Allahyarham juga ahli Persatuan Penulis Kelantan (PPK). Sering menghadiri bengkel penulisan berbagai gerne bagi memantapkan kerjayanya. Pernah juga beberapa kali menyertai himpunan Hari Sastera atau Hari Puisi Nasional.
Bagaimana pun aktiviti seni dan sastera ini tidak diteruskan selepas tahun 80-an khasnya selepas saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan kebetulan juga Allahyarham sudah berumah tangga. Namun perhubungan dan tali sobat kami tidak pernah 'raka' apa lagi putus. Sesekali apabila beliau bertandang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat persatuan orang-orang buta, saya akan menemuinya dan membawa ke rumah untuk makan bersama keluarga.
Sebenarnya banyak kisah suka dan duka serta lucu di antara saya bersama Allahyarham. Terlalu panjang untuk saya nukilkan di sini walaupun saya merasa penting untuk dirakam. Barang kali bukan semuanya dapat saya curahkan di sini. Salah satu yang menarik ialah kisah percintaan dan perkahwinan beliau dengan isterinya, Pakhariah Daud. Sayalah yang menjadi ketua rombongan meminang.
Mungkin tidak sesuai untuk diceriterakan waktu ini, tetapi ia tetap merupakan satu kisah percintaan agung terutamaya mengenai kesetiaan dan kesabaran Pakhariah menanggung hidup sebagai isterinya selama lebih 30 tahun bersama suami yang buta.
Hasil perkongsian dengan Pakhariah (Kak Yah) Allayarham dikurniakan lima orang anak, dua perempuan dan tiga lelaki serta dua cucu. Tiga anaknya berjaya ke menara ganding dua telah pun selesai dan seorang sudah berumah tangga. Dua lagi masih di sekolah menengah. Kejayaan beliau mendidik anak itu menunjukkan kemampuan beliau seorang ayah dan suami persis insan biasa yang lain juga. Allahyarham juga merupakan pengerusi Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia untuk cawangan Kelantan. Al Fatihah [wm.kl.12/12/13]
Catatan perjalanan untuk menjejak ahli sufi (suluki) serta melihat perkembangan pesantren di Jawa Timur khas Temboro ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada catatan belasungkawa buat rakan sekampung dan sepejuangan saya, Mat Darus Sulaiman yang baru kembali ke Rahmatulah selepas Maghrib tadi (7:20 pm). Beliau insan biasa saja tidak ada apa-apa nama (status) tetapi ia cukup istimewa buat saya.
M Hayat menjadi kebanggaan kami. |
Orang kampung tidak akan kenal siapa Mat Darus Sulaiman, tetapi akan tahu bila menyebut M Hayat. M Hayat adalah nama penanya yang membawa maksud "Merana Hidup". Kenapa merana hidup?
Nama M Hayat keudara boleh dikatakan setiap hari di corong radio kawasan Timur dan juga nasional melalui tulisannya, berupa skrip drama radio atau luahan hati di rancangan Melodi Romantika dari tahun 70-an hingga ke awal tahun 80-an.
Dia istimewa buat saya kerana Allahyarham adalah antara pendorong dan inspirasi buat saya untuk menceburi dalam erina penulisan kreatif; cerpen, sajak dan drama radio pada peringkat awal. Boleh dikatakan sebelum saya menuruni dan bergelumang dalam kancah penulis buku-bulu politik atau dunia kewartawanan seperti hari ini, dia adalah antara orang utama memberi dokongan dan menyatakan optimis dengan masa depan dalam dunia penulisan sebagai sebuah kerjaya.
Memerhati beliau menyiapkan puisi spontan. |
Lantaran kejahilan itu bahkan saya dan dia sendiri tidak yakin akan suatu hari mempunyai kekasih yang kemudian menjadi isteri. Siapalah yang mahu pandang kepada dunia seorang penulis, berapa sangat pendapatannya? Dalam dunia dipenuhi dengan material, hidup tanpa wang tidak akan dihormati dan disanjung orang? Mungkin isteri saya juga dihina kerana bersuaminya penyair seperti saya?
Sebuah puisi hanya dibayar RM10 manakala cerpen RM20 dan skrip drama radio RM40 sahaja. Tidak mungkin dengan pendapatan sebanyak itu mampu untuk meminang anak dara orang. Satu ketika kami pernah becanda rasa yang kami mungkin tidak akan memiliki isteri kerana kemiskinan itu. Tidak mungkin ada ibubapa yang sanggup menerima hantaran untuk anak daranya dengan puisi?
Apa lagi beliau yang cacat penglihatan, di mana orang cacat seperti itu dianggap tidak lebih daripada mencari rezeki menerusi meminta sedekah. Allahyarham pernah menyuarakan kedukaan jiwanya kepada saya, katanya kalau dia dibesarkan dibandar dan di kalangan orang berada mungkin nasibnya berubah.
Namun begitu beliau tidak menyalahkan ibu yang mengandung, dan kampung halaman yang serba kurang dan berada di tengah masyarakat yang tidak peka kepada kebolehan dan keistimewan orang buta seperti beliau. Kejumudan berfikir itulah akhir menjadikan beliau mangsa sebagai orang cacat yang tidak diberikan pendidikan dan ilmu tatadiri sewajarnya.
Beliau yang hilang penglihatan sejak berusia empat atau lima tahun disebabkan demam panas tidak diberi apa-apa pendidikan. Dia hanya hidup sebagai kanak-kanak buta yang sering kali diperolok-olokkan oleh rakan-rakan lain. Di kampung orang buta dijadikan toys. Saya masih ingat, apabila Allahyarham berjalan bersendirian, laluan akan dihalang dengan ranting-ranting kayu dan tin-tin kosong. Apabila beliau tersepak atau terlanggar tin akan berbunyi, rakan-rakan akan riuh mengilai sambil bersorak-sorak. Ketika inilah Allahyarham menjadi laksana P Ramlee yang dipermainkan oleh Salleh Kamil dalam filem Si Bongkok.
Alhamdulilah, saya diberikan sedikit rasa kemanusian berlainan dari rakan lain. Sayalah yang menjadi tukang tarik (pimpin) untuk membawanya ke surau, ke sungai, ke telaga, ke pesta dikir barat dan di mana-mana sahaja. Bermula dari rasa simpati itulah persahabatan saya bermula dengan beliau sehingga ke akhir hayat. Agak ganjil ketika itu bila saya berkawan dan sering bersama beliau dimana-mana kerana perbezaan usia antara kami ketara, saya lebih muda sembilan tahun darinya.
Mungkin boleh disebut yang memberi galakan saya berkawan dengannya, membantu gerak gerinya ialah arwah datuk (Othman Yaakob) yang kebetulan menjadi guru Quran kepadanya. "Kita jangan hina dan permainkan orang buta. Hari ini kita pimpin dia di dunia besok dia akan pimpin kita di akhirat," begitulah kata-kata arwah datuk dalam memberi galakan kepada saya membantu Allahyarham.
Catatan mengenai kejayaan Allahyarham yang saya tulis. |
Radio adalah guru dan sumber maklumat utama kepadanya. Radio tidak pernah lekang dari dirinya. Boleh dikatakan radio adalah guru utamanya selain daripada dua rakannya yang lain, tolong membantu bacakan buku-buku, novel atau akhbar kepadanya. Selain saya dua rakan lain ialah Loding Che Muda, sepupunya dan Hassan Idris (Lah) yang tiga bulan lepas telah kembali ke Ramatullah.
Dan dunia dan pengetuan Allahyarham agak melebar sedikit apabila pada tahun 1970 hingga 1973 (kalau tidak silap) beliau memasuki ke Taman Harapan (pusat latihan kemahiran untuk orang buta) di Temerloh Pahang dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pemergian ke Temerloh itu saya kira perjalanan pertama buat beliau meninggalkan kampung halaman. Kesempatan selama tiga tahun di Taman Harapan itu membuka ruang dan keyakinan lebih luas kepadanya.
Sebagai insan, Allahyarham juga mempunyai naluri dan cita-cita tersendiri seperti manusia sempurna. Dalam diam-diam dia bertekad untuk jadi seorang penulis. Kemunculan dan kejayaannya meletakkan namanya sebaris dengan nama-nama rakan lain dalam dunia penulisan inilah merupakan keistimewaan dan kehebatan yang ada kepadanya. Kebolehan inilah menjadikan rekod manis buat beliau, saya dan dan segenap orang kampung kami.
Sesiapa pun tidak percaya dengan kemampuannya boleh menghafal skrip drama radio atau cerpen di dalam kepalanya melebihi 5,000 patah perkataan. Selepas dihafal dia akan meminta rakannya, Hassan menulis skrip berkenaan kemudian menguruskan pengeposan. Saya sendiri juga menjadi tukang tulis kepada beberapa buah karya. Selepas ditulis disuruh baca dan beliau meneliti satu persatu ayat-ayatnya. Beliau ingat mana-mana perkataan atau ayat yang dilafazkan dan minta diperbetulkan jika silap.
Minatnya untuk menjadi seorang penulis berkobar-kobar selepas kembali dari Taman Harapan di Temerloh. Ketika ini saya hampir setiap hari dan malam bersamanya. Mungkin beratus buah novel atau buku bacaan umum yang saya bawa balik dari perpustakaan sekolah dan dibacakan untuknya sehinggakan saya terabai untuk menelaah kerja sekolah. Saya hanya berenggang dengan beliau apabila saya ke Indonesia untuk belajar dan bergabung balik sesudah itu. Kalau tidak kami dianggap sebagai belangkas.
Untuk jadi penulis Allahyarham tidak berpuas hati setakat karya-karyanya ditulis dan disalin oleh kawan. Beliau mahu berbuat sendiri dengan menyatakan minat untuk mempelajari menaip dengan menggunakan mesin taip biasa. Untuk mendapatkan mesin taip ketika itu bukan perkara mudah. Seingat saya hanya pejabat penggawa, sekolah dan penulis verteran Norhisam Musatafa dan M Jusuf Taib sahaja yang ada mesin taip.
Allahyarahm bersama keluarga. Foto album beliau. |
Sekali lagi orang akan merasa pelik dan diluar kelaziman. Selalunya mesin taip untuk orang buta bertulisan braile. Tetapi yang dibeli type writer biasa. Jadi saya terpaksa mengajarnya menaip dengan mereka sistem dan formula letakan jari di key board tersendiri. Menunjukan kedudukan abjab dan segala macam teknik dan kaedah-keadaan lain memasuk kertas, membuat perenggan dan sebagainya.
Dengan kerajinan dan kesungguhan, saya mengajar dan memberi tunjuk ajar kepadanya siang dan malam. Dalam masa tidak sampai sebulan dia menguasai menggunakan type writer biasa untuk menulis puisi, skrip drama radio ataupun cerpen dan menulis surat. Setelah dapat menguasai type writer banyak hasil-hasil karyanya tersiar di radio terutamanya skrip drama dan puisi.
Kecacatan beliau juga tidak menghalang untuknya bergerak aktif bersama rakan lain dalam persatuan penulis. Di Gual Periok kami menubuhkan Persatuan Penulis Gual Periok (PENGUPER) di mana beliau aktif di pentas pembacaan puisi. Selain itu Allahyarham juga ahli Persatuan Penulis Kelantan (PPK). Sering menghadiri bengkel penulisan berbagai gerne bagi memantapkan kerjayanya. Pernah juga beberapa kali menyertai himpunan Hari Sastera atau Hari Puisi Nasional.
Bagaimana pun aktiviti seni dan sastera ini tidak diteruskan selepas tahun 80-an khasnya selepas saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan kebetulan juga Allahyarham sudah berumah tangga. Namun perhubungan dan tali sobat kami tidak pernah 'raka' apa lagi putus. Sesekali apabila beliau bertandang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat persatuan orang-orang buta, saya akan menemuinya dan membawa ke rumah untuk makan bersama keluarga.
Sebenarnya banyak kisah suka dan duka serta lucu di antara saya bersama Allahyarham. Terlalu panjang untuk saya nukilkan di sini walaupun saya merasa penting untuk dirakam. Barang kali bukan semuanya dapat saya curahkan di sini. Salah satu yang menarik ialah kisah percintaan dan perkahwinan beliau dengan isterinya, Pakhariah Daud. Sayalah yang menjadi ketua rombongan meminang.
Mungkin tidak sesuai untuk diceriterakan waktu ini, tetapi ia tetap merupakan satu kisah percintaan agung terutamaya mengenai kesetiaan dan kesabaran Pakhariah menanggung hidup sebagai isterinya selama lebih 30 tahun bersama suami yang buta.
Hasil perkongsian dengan Pakhariah (Kak Yah) Allayarham dikurniakan lima orang anak, dua perempuan dan tiga lelaki serta dua cucu. Tiga anaknya berjaya ke menara ganding dua telah pun selesai dan seorang sudah berumah tangga. Dua lagi masih di sekolah menengah. Kejayaan beliau mendidik anak itu menunjukkan kemampuan beliau seorang ayah dan suami persis insan biasa yang lain juga. Allahyarham juga merupakan pengerusi Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia untuk cawangan Kelantan. Al Fatihah [wm.kl.12/12/13]
2 comments:
al-fatihah.. semoga roh nya dicucuri rahmat Allah swt.. amin..
alfatihah untuk arwah ayahku. trima kasih cik ti sbb banyak menolong keluarga kami tika kami susah. :) trima kasih juga untuk artikel ini. Arwah ayah merupkan seorang idola yg sntiasa di hati.
Post a Comment