RESPON
Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin memberi tahu fahaman ahli sunah wal jemaah yang menjadi anutan atau aliran faham agama Islam di negara ini akan dimasukkan ke dalam perlembagaan negara. Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan serentak persidangan wanita, pemuda dan puteri Umno malam ini.
Usaha itu dilihat bagi menunjukkan Umno adalah parti yang menjadi benteng dan perisai kepada Islam di negara ini.
Sebenarnya cadangan Muhyiddin atau Umno itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada perkembangan Islam di negara. Apa yang sepatut dilakukan Umno ialah menrubah dasar dan landasan perjuangan mereka dari nasionalisme atau Melayu ortodoks kepada Islam.
Umno akan dilihat sebuah parti yang menjujung Islam dan akan memperjuangkan Islam sekiranya ia mengambil Quran dan Hadith sebagai mana diamalkan oleh Pas.
Cadangan untuk meletakkan perkataan ahli sunnah wal jemaah didalam perlembaan itu dilihat sebagai usaha Umno hendak menggula-gulan rakyat khasnya orang Melayu sahaja. Cadangan itu merupakan usul agama yang dikemukakan untuk dibahas dalam persidangan Umno pada 5 Disember.
Kalau Umno ikhlas ia perlu menukar dasar perjuangannya. Tidak mustahil kalau Umno sedia mengambil Quran dan Hadith sebagai dasar Pas seperti mana dijanjikan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia membubarkan parti itu dan menyertai Umno. [wm.kl.11:03 pm 03/12/13]
1 comment:
Sehingga setakat itu sajalah kemampuan dan perjuangan ulama dalam umno untuk mengislamkan umno.Dengan pengisytiharan itu akan heboh digembar gembur oleh media mengarut dan pembodek.Lebih malangnya lagi akan bermunculan ustaz ustaz dan ulama ulama umno melaung dan membela pengisytiharan timbalan presiden umno ini.Ada yang memberikan pelbagai gelaran kepadanya seperti pejuang Islam dan lain lain.Apa yang sebenarnya adalah omongan kosong atau topeng untuk kepentingan duniawi semata mata.Dan ada yang berkata ini adalah kesan dan hasil ulama tertentu menyertai umno.Semuanya telah mereka rancang terlebih dahulu.Para agamawan Islam perlu berfikir merentasi stretegik dan perancangan politik umno.Perlu menjadi ulama dunia dan akhirat.Jangan mudah terkicuh dan tersirna dengan tipuan dan kedudukan yang ditawarkan.Terima kasih tn.HMSO
Post a Comment