Sunday, March 30, 2014

Tujuh Cabang Keadilan Kelantan berebut ketua

PERKEMBANGAN PKR                                                                   

Abdul Aziz Kadir.
Kedudukan tujuh atau lapan ketua cabang PKR (Keadilan)  di Kelantan akan dicabar dalam pemilihan parti pada April depan. Ketentuan sahih mengenai maklumat ini akan diketahui 4 April depan apabila tarikh pencalonan ketua cabang berakhir.

Antara cabang akan melibatkan pertanding ialah Kota Bharu, dimana ketua sekarang Abdul Halim Harun akan ditentang oleh Ketua AMK Kelantan Azihan Che Seman, ketua cabang Jeli, Mat Sulaiman pula akan ditentang oleh Ramlan Mat, ketua cabang Kuala Krai, Roslan Putih akan ditentang oleh Halimah.

Lain-lain cabang akan menyaksikan perlawanan, Pasir Puteh, ketua sekarang Mohd Noor Sidik ini akan ditentang oleh Ismail Mohamad manakala ketua cabang Gua Musang pula akan berlaku perlawanan di antara Shah Amiruddin dengan Penyelia Dun Paloh Noraini Hussein yang juga ketua cabang Rantau Panjang.



Dr Wan Suhaimi Wan Daud
Noraini yang kini memangku ketua cabang Rantau Panjang akan meninggalkan cabang Rantau Panjang. Di Rantau Panjang masih belum pasti siapa akan memimpin cabang itu. Hanya satu nama disebut-sebut layak memimpin ialah Roslan Botak.

Cabang-cabang yang juga kemungkinan berlaku perlawanan ialah Tanah Merah. Ketuanya Amran Abdul Ghani dikatakan tidak berminat untuk memimpin cabang Tanah Merah. Besar kemungkinan jawatan itu akan direbut oleh pemuka baru Dr Hafiz Rizal Amran dengan timbalan sekarang Cikgu Khalid.

Di Tumpat kemungkinan ketua cabang akan disandang oleh bekas calon Pengkalan Kubur, Shahrum Ibrahim apabila bekas ketua AMK Kelantan Zamaksari berharat untuk memasuki Tumpat tetapi tidak berjaya kerana perpindahan keahliannya dari Pengkalan Chepa ke Tumpat tidak diluluskan.

Di Machang juga akan berlaku perebutan. Belum pasti siapakah akan bertanding merebut jawatan di Machang. Ada beberapa nama berpotensi antaranya Rosli, Hishon dan penyelia parlimen Machanng kini.

Abdul Halim
Selain itu kedudukan cabang Pengkalan Chepa dan Bachok tidak dapat ditentukan. Kedua-dua cabang itu tidak ada orang yang berminat untuk memimpinnya kerana potensi Keadilan di situ tidak begitu 'jelingas'.

Hanya dua cabang yang dirasakan tidak menghadapi apa-apa perlawanan terutamanya untuk jawatan ketua cabang iaitu, Ketereh dan Pasir Mas. Kedudukan Abdul Aziz Kadir di Ketereh dan Dr Wan Suhami Wan Daud di Pasir Mas selamat setakat ini.

Perkembangan Keadilan Kelantan menjelang kongres nasional melibatkan pemilihan pemimpin ini memandakan parti berkenaan masih bersemangat dan berpotensi untuk bergerak seiringan dengan Pas. Sekiranya Keadilan sudah mengheret dada di Kelantan seperti dakwaan sesetengah pihak, sudah tentu tidak berlaku kekalutan dalam pemilihan peringkat cabang.

Pertandingan selain menujukan kurangnya semangat bermusyawarah ia juga menunjukkan kehebatan sesebuah parti itu. [wm.kl.7:06 pm 30/03/14]

No comments: