Monday, April 20, 2015

Pembersihan puak dalam Pas

BUKA MATA                                                                                

Masih relevankah slogan ini?
Saya tidak mahu menyamakan apa yang sedang berlaku dalam Pas waktu ini adalah satu proses pembersihan etnik. Iya, ia jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Bosnia-Hazegovina kira-kira 10 tahun lalu dimana Bosnia Serb melakukan "ethnic cleansing" pembataian ke atas warga Bosniaks (Bosnia Muslim) atas perasaan benci kepada keagamaan dan perkauman. Tidak.

Tetapi kaedah atau pun emosi yang sedang berbuak-buak dalam sesetengah orang dalam Pas kini, sama dengan apa yang berlaku di Bosnia itu, iaitu perasaan atau apa dinamakan kegilaan untuk menghapuskan satu kumpulan dan menobatkan satu kumpulan yang lain bagi menguasai Pas sepenuhnya. Tindakan ini sesungguh kejam dan tidak berhati perut. Biarlah saya menamakan apa yang sedang berlaku kini sebagai proses "menghapuskan puak" (group cleansing) dalam Pas.

Sedar atau tidak, setuju atau tidak, inilah hakikat yang sedang berlaku dalam parti agama itu yang perlu diambil perhatian oleh semua orang. Mereka yang menolak hakikat ini sengaja membutakan mata dan hati mereka. Pastinya proses yang rancak berjalan ini sangat disukai oleh musuh Pas kerana ia membawa laba untung buat mereka.

Puak yang hendak dihapuskan ialah puak yang digelar dengan berbagai-bagai gelaran jelek yang tidak tersenarai sebagai ahli Syurga. Puak yang dinama dan dianggap bukan ahli Syurga ialah berfahaman sekular, profesional, penyokong liberalisme dan pluralisme, puak yang anti Hudud, puak yang berbaik-baik dengan kafir dan puak ini juga dinamakan sebagai puak anti ulama.

Manakala puak yang sedang melakukan atau menggerakkan proses penghapusan ethnik ini, untuk mengambil alih kuasa di semua aspek dalam Pas, ialah puak digelar dengan nama-nama tersenarai sebagai ahli Syurga seperti Ansorullah, mujahid, pencinta sunah, pengamal Quran dan Hadith, ahli fakeh, pengamal sunnah menyimpan janggut, menginaikan misai, memakai juban dan serban. Puak ini dikenali dengan puak agamawan atau pun ustaz atau pun al ulama yang menggunakan istilah-istilah Arab dalam menganjurkan program parti dengan berlapikkan elemen keagamaan.

Proses ini sebenarnya dilakukan beberapa tahun lalu, tetapi ia ketara dalam mesyuarat Pas kawasan ketika ini yang sedang bersiap sedia untuk berhadapan dengan muktamar pada Jun nanti. Dijangkakan pada Jun nanti proses itu akan tercapai sepenuhnya.

Proses pembersihan ini sedang berlangsung dan ia hampir mencapai ke klimeknya. Taktik digunakan ialah menerusi mesyuarat Pas kawasan yang berlangsung kini. Sebelum itu menerusi beberapa lantikan sebagai mengisi badan-badan tertentu tanpa dirujuk kepada parti dengan sewajarnya dan dibuat secara ad hoc.

Tampaknya ia berjalan secara sistemetik sekali dan berjaya mencapai matlamat. Sudah lebih separuh daripada 186 kawasan Pas mengadakan mesyuarat, keputusan-keputusan yang dicapai memberi indikator jelas berlakunya proses tersebut dan satu demi satu puak sekular sudah tewas atau terpinggir. Selain dibuang menerusi mesyuarat, puak bukan ahli Syurga itu juga ditekan secara pyskologis.

Proses pembersihan puak ini berlaku di semua negeri, kecuali Johor, yang terjadi disebaliknya. Ahli Pas Johor tidak mudah terpengaruh dengan agenda berkenaan dan bersikap demokratik. Mungkin kerana negeri Johor berdekatan dengan republik Singapura, pengaruh pemodenan negara berkenaan menyerap ke dalam Pas negeri itu menyebabkan politik Pas sedikit advance atau pun tidak mudah menjadi pandir dengan slogan.

Negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Melaka yang dilihat negeri di mana ahli dan penyokong Pas tidak otordoks dan fanatik seperti Kelantan, Kedah dan (tambah-tambahnya) Terengganu juga terikut sama. Ini mengejutkan dan gerakan penghapusan ini akan berjaya kerana mendapat sokongan menyeluruh.

Proses ini memberi kesan besar kepada kepimpinan Pas untuk masa hadapan. Pemerhati sedang menantikan apakah Pas mampu mengolah parti itu dengan satu puak yang sama aliran pemikiran, stail dan budaya politik tanpa ada campur puak-puak yang berfikiran terbuka yang dianggap berketrampilan dalam politik dan gerakan massa?

Kesuksesan pembersihan puak ini dapat disahkan apabila hampir 80% pencalonan yang dibuat oleh mesyuartat Pas kawasan mencalonkan puak sejenis mereka sahaja, iaini golongan yang meletakkan diri mereka dalam gelung atau bingkai ustaz atau pun ulama yang memakai tanda di kepala berkopiah putih dan serban.

Untuk jawatan presiden, Pas kawasan mengekalkan Abdul Hadi Awang yang menjadi ikonik puak berkenaan. Beliau kini sudah mendapat 60 pencalonan, sementara dua lagi calon lain Husam Musa hanya mendapat sembilan (9) pencalonan dan Ahmad Awang hanya tiga (3) pencalonan. Dengan tinggal kurang 30 kawasan lagi yang belum bermesyuarat adalah dijangka Abdul Hadi menguasai 70% pencalonan untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya kini dan proses group cleansing itu berjaya.

Mungkin pencalonan diterima Abdul Hadi itu tidak memberi gambaran proses pembersihan puak itu berlaku. Sewajarnya kalau Pas terus mencadangkannya kerana beliau nampak tidak mahu berundur. Tetapi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa kerja Pas menjelaskan kedudukan itu.

Pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini jauh mengatasi pencalonan untuk Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden, serta pencalonan tiga nama untuk mengisi jawatan naib presiden, Idris Ahmad, Nasarudin Hassan dan Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan akan perkara ini. Tuan Ibrahim, Idris Ahmad, Nasarudin Hassan dan Mohd Amar Nik Abdullah adalah mereka yang dikategorikan sebagai ahli Syurga.

Kalau bukan atas dasar hendak melakukan pembersihan puak, kenapa Mohamad Sabu hendak diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Mungkin proses pencalonan itu masih boleh diterima, tetapi bila dilancarkan kempen menyerang peribadi Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin lain ia menunjukkan rancangan itu disusunatur demikian rupa.Tindakan memakan daging saudara sendiri itulah yang dikatakan tindakan group cleansing ini tidak berhati perut dan sama dengan golongan Serbs.

Melihat kepada mood pencalonan dan rancaknya proses pembersihan ini, sudah pasti golongan bukan disenarai sebagai ahli Syurga akan tewas. Manakala golongan ahli Syurga akan menang dengan mudah dan jaya.

Gerakan golongan ahli Syurga ini juga agresif menjalani kempen, membuat tohmohan dan provokasi dalam media massa dan kumpulan WhatsApp, ia menyerlahkan akan kesungguhan golongan ini hendak membersihkan golongan sepuak lagi dari Pas.

Sementara itu golongan bukan ahli Syurga hanya mendiamkan diri. Tidak ada apa-apa pakatan dibuat sesama mereka untuk mempertahankan diri. Mereka seolah-olah hanya kesal dan menyerahkan kepada takdir dan menjadi serba salah sama ada hendak melawan atau mendiamkan diri. Apakah mereka sudah tahu apa yang berlaku dalam Pas itu tidak dapat diatasi? Apakah kerana sikap presiden dan musyidul am yang berpihak menjadikan mereka malas dan lemah? Barang kali kata-kata Ahmad Awang tidak ada guna betanding kerana berlaku kempen secara kotor menjadi azimat buat mereka.

Dengan situasi hari ini memberi gambaran, bahawa golongan yang tidak disenaraikan ahli Syurga, akan mengambil jalan sendiri selepas Jun nanti. Walaupun mereka tidak menunjukkan persepkatan tetapi permahaman politik mereka bergerak ke arah itu. Boleh jadi, dan elok kalau mereka tidak akan menerima pencalonan dan akan memberi kemenangan percuma kepada golongan ahli Syurga sebagai jalan tengah. Soalnya ke manakah mereka selepas ini? Kita akan bincangkan di masa lain.

Dan apakah setelah golongan ahli disenaraikan ahli Syurga menguasai Pas sepenuhnya mereka akan membawa Pas lebih maju daripada hari ini, khasnya menang besar dalam pilihan raya umum ke-14? Harapnya begitulah, termasuk juga akan mengatur tapak yang jelas untuk berkerjasama dengan Umno demi agama, bangsa dan negara yang kini menjadi tagline baru kepada Pas bawaan ahli disenaraikan ahli Syurga itu.  [wm.kl.10:42 an 29/04/15]

19 comments:

IbnAbdHalim said...

Kini, Pas for UG! Nafilah tp itulah yg sdg berlaku.

Miz3 said...

Saya simpati dengan tuan mso. Terus-terusan makan daging saudara sendiri.
Peringatan sesama muslim..di akhirat nanti kita akan di hisab sepenuhnya di mahkamah Allah Taala. Maka bersamalah kita insaf dan bermuhasabah diri.
Terpulang kepada tuan mso untuk upload atau tidak komen saya ini.

IrWrWs said...

Maafkan saya MSO.. pd sy tuan sengaja membutakan mata.. golongan profesional sudah cuba diberi peluang sblm ini yg akibatnya mereka mula wala' kpd LKS dan DSAI.. sbg pemerhati politik yg berpengalaman takkan tuan tidak perasan perkara2 sebegini.. Apakah tuan mahu golongan sebegini naik kepala atau pijak kepala ulamak baru nak buat2 terkejut !!!..

Asrul Sani said...

Puak-puak UG ni berperangai seolah-olah di rasuk syaitan....

Unknown said...

Kita tengok je la nanti ya, PAS bakal hancur lumat dengan tindakan kalian. Jangan butakan mata hati tuan Miz3 dan Wan Rosli. Kalau mereka yang menggelarkan diri sebagai agamawan berakhlak buruk, memfitnah dan mengadu domba. Tegur, janganlah sokong membawa rebah. Di Akhirat nantilah kita akan dipersoalkan Allah kenapa tidak menegur dan mengikut tanpa soal. Kat akhirat nanti dia pun tak ngaku korang pengikut sebab masing - masing nak melepaskan tengkuk sendiri.

Fikirkan adakah akhlak mereka ini mengambil contoh Rasulullah SAW? Fitnah pil kuda, pertindihan calon, malas datang mesyuarat dan seumpamanya. Kita manusia, kalau buat salah dan dosa tegur bukan biarkan. Siapa tak sedih bila PAS yang mencerminkan agama selama ini sudah hancur berkecai. Tapi aku takkan bersedih lama, sebab yang menjaga Islam ini ialah Allah bukan PAS.

Selamat Tinggal PAS!

cikmatgelap said...

pada ilmu akau,selepas wafat rasulullah saw,sahabat2 dah mula berebut kuasa sehinggakan mereka tinggalkan jasad rasulullah terbujur kaku dan hanya keluarga rasulullah saidina ali dan ahlulbait je yg tinggal uruskan jenazah rasulullah saw,mereka ke syaqifah berebut antara ansar dan muhajirin sape yg layak jadi khalifah......itu le kuasa,mereka itu ada lah sahabat2 rasulullah,kemudian bila saidina ali jadi khalifah maka muawiyah jadi bughah memerangi saidina ali,maka dlm peprangan jamal dan siffin berpuloh2 ribu sahabat nabi berbunuhan sesama sendiri,mereka itu adalah sahabat rasulullah yg makan minum,tidur baring,belajar dan berperang bersama rasulullah,yg mendapat ilmu direct dari rasulullah,tentu mereka itu semua di akui hebat2 belaka....tapi mereka sampai bunuh membunuh,menghunus senjata sesama mereka,apa kah ilmu ulamak2 atau yg berstatus ulamak sekarang ini setaraf ilmu dan darjat mereka jika di bandingkan dgn sahabat2 nabi itu,buat ilmu aku ulamak le yg banyak menyesatkan umat ini,sebagai contoh,golongan khawarij,muktazilah,qadariah,jabariah,qaramitah,qadyani,dan banyak lagi ajaran2 sesat yg timbul dan punya pengikut berp[uloh2 juta org ramainya,apakah pegasasnya itu org jahil2 belaka,tapi pengasasnya ialah ulamak2 besar yg tinggi ilmunya,sebagai contoh ghulam ahmad qadyani iaitu pengasas ajaran qadyani itu sendiri adalah ulamak hebat yg dudok mengaji di mekah selama 20thn lebih tapi lihat dan renungkan le apa yg telah diajarkan kepada pengikut2nya yg berjumlah berpuloh2 juta org,pada aku kalau ulamak itu mengajak manusia kepada kehancuran,apakah ulamak itu layak di gelar AL ULAMAK WARISATUL AMBIYA....insaf le segera jgn sampai kita di tipu dgn kalimah WALA.....sedar le dan taubat le.....

Kucengumuk said...

so HAMPAS..kita tgk la PRU14 nanti...kamu akan kami kubur kan di banyak kawasan....sekor2 perangai mengalah setan..no more vote ke HAMPAS ni...sudah bertukar kulit terus...ni bukan masa di bawah TGNA lagi...

Unknown said...

bolehkah ulama melakukan perkara munafik? itu ulama ke?

Unknown said...

Senang cerita, PRK rompin bukan cerita pasal perang BN dan PAS. Tapi perang Najib dgn Tun M kurangkan majoriti BN menang. Begitu Lemah PAS di bawah TGHH. Konflik dalaman kritikal yg tidak terurus dan islam harmoni yg tidak di tonjol kan dlm pendekatan politik.

MNA said...

Sikap golongan ini akan memundarkan pas. Mereka akan kukuh tetapi dalam pilihan raya, kita lihatlah nanti. Kami rakyat atas pagar ni amat kecewa dengan presiden Pas yang suka berdolak-dalik, tidak mencerminkan diri sebagai ulama.

Unknown said...

Selagi PAS dipimpin oleh Haji Hadi, maaflah tuan saya bermufarakah buat sementara waktu. Sesia sahaja tulang kudrat dan wang ringgit saya buat selama ini.

bat8 said...

Tuan MSO

Kat puak bukan ahli syurga ni ambo nak kato PADANNNN MUKAAAA!

Puak2 cerdik ni ada juga kelemahannya. Sebab rasa demo cerdik demo pakai buah nafsu nafsi ketika berhadapan musuh yang sama. Demo ingat dengan cerdik demo, demo boleh menang secara solo mengalahkan musuh yang kurang cerdik tetapi ramai.

ibniomar said...

Seperkara yang jarang diperkatakan.Manatan Mursyidul Am Pas,TGNA adalah orang Kelantan.Negeri yang paing Kuat Pas adalah Kelantan.Negeri yang paling lama dikuasai Pas adalah Kelantan dan satu-satunya negeri yang masih dikuasai Pas adalah juga Kelantan.Apakah tidak logik Presiden PAS juga dipilih dari negeri Kelantan??

Kepada para perwakilan yang bakal mewakili Kelantan di Muktamar nanti khasnya dan perwakilan dari negeri2 lain amnya, tidak adakah seorang tokoh dari kelantan yg layak ditonjol dan diangkat untuk memikul tugas Presiden? Bagi saya kriteria ulamak tidak harus di jadikan pra syarat nombor wahid untuk melayakkan seseorang tokoh itu dipilih kerana di belakang presiden tertunjang majlis Syura selaku penasihat.

Unknown said...

Sebagai pemerhati yang berada di tengah, saya mendapati kedua belah pihak (profesional dan ustaz) berikhtiar mencari perbezaan untuk berpecah dan melemahkan PAS, dan bukanya berusaha utk. menyatu dan menguatkan wadah ini.

Kumpulan profesional bukanlah golongan yang sempurna, kita semua tahu, manakala TGHH adalah seorang ulamak masyur tetapi beliau pemimpin parti yang tidak produktif dlm menerajui perubahan dan progress parti dlm mencapai matlamat politik perjuangan.

TGHH is not indispensable, while others are as well replaceable.

Unknown said...

Tuan Haji MSO
Hati ambo sangat sedih dgn perkembangan PAS mutaakhir ini......PRU14 goodbye PAS Kelate ambo tak akan undi PAS.....Good bye PAS all the best to you!

ucin sasuke said...

PAS untuk UG sahaja? Sama-sama lah nanti kita lihat nasib PAS pada PRU14...

Unknown said...

Macam2 label ug mso berikan pada ahli pas..semoga Allah membalas setimpal dengan apa yg dikata

Unknown said...

rupa2nya puak serban yg dilihat jujur adalah yg paling khianat. pakaian hanyalah topeng utk mengaburi org.

konon tak kisah kalau kalah pru sebb nak cari redhaa Allah. tp bermati2an pulak nak menang dlm muktamar.

itulah tahap pemikiran golongan agamawdan pas. al-Qur'an dan hadis bukan lg mjadi panduan.

didunia menipu, diakhirat tanggung azab.

bg mrk yg keluarkan surat lyg, majalah parasit, label org, hina org, tuduh org, fitnah org, mungkir janji; tunggulah di akhirat nanti. tiada taubat nasuha yg boleh melepaskan kamu selain dari ampunan empunya diri.

Unknown said...

Selamat tinggal PAS UG. Saya bersama keluarga saya seramai 23 orang tidak lagi akan mengundi PAS selagi Hj.Hadi Presidennya. PAS akan berkubur di 1Malaysia hasil tindakan Presiden dan menantunya. PAS juga tidak lagi selamat dibumi Kelate. Nik Amar boleh bersara lpas 2018 atau jadi macai UMNO.