Mustapa (Tok Pa) menjenguk saya di PPHUKM. |
Malam Jumaat 15 April saya terjatuh dalam bilik air menyebabkan dahi pecah dan dikejar ke hospital. Kesannya 7 jahit terpalit di dahi.
Penahanan saya dalam ward selama 12 hari adalah sejarah paling lama saya berada di hospital dalam satu-satu masa. Satu keadaan yang menyeksakan sekali lagi apa lagi rindu untuk berblog membuak buak dalam diri.
Tanggal 15 April saya sepatutnya ke Sarawak untuk meninjau pilihan raya negeri Sarawak ke-12, tetapi kemalangan itu menyebabkan semua hajat dan hasrat terhalang.
Saya sengaja tidak memberi khabar atas apa yang berlaku. Ada rakan dan waris terkilan. Saya tidak mahu mengusahkan mereka. Namun dari mulut ke mulut berita "kemalangan" itu mengalir juga. Ramai kawan dan sanak sudara datang menziarahi.
Terima kasih kepada adik beradik, rakan taulan, anak saudara yang datang melawat. Tidak terlupa kepada Datuk Mustapa Mohamed, Husam Musa serta Mohamed Azmin Ali yang bertanya khabar. Mustapa sebaik mendapat tahu saya di ward singgah sebelum Jumaat.
Dalam kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih atas kiriman salam daripada MB Kelantan Ahmad Yakob yang berkebetulan juga berada dalam ward. Seperti saya nyatakan sebelum ini rakan dan penziarah adalah penawar paling mujarab.
Tidak terlupa terima kasih kepada para doktor pakar dan jururawat yang menjaga saya selama disendur dalam ward. [wm.kl.11:29 01/05/16]
3 comments:
Moga cepat sembuh
Ya allah, mohon dr mu, agar saudara ku cepat sembuh untuk beribadat pada mu
.... doa yang terbaik untuk saudara dari saya ....
Ramli AR
Semoga tuan segera sembuh dan aktif berblog. Saya dah naik bingung bila masuk blog tuan tiada posting baru. Pendapat yg tuan utarakan membuka perspektif baru bagi setiap isu masyarakat jyg timbul di sekeling kita hari ini. Sekali lagi saya doakan moga tuan cempat sembuh dan kembali mewarnai persada politik tanahair dengan kupasan2 tuan.
Post a Comment