Friday, May 6, 2016

Ya Allah selamatkan kesemua penumpang helikopter malang

CATATAN PAGI

Pilihan raya Sarawak yang akan berakhir menjelang jam 6 petang esok, seolah-olah menjadi anti klimeks dengan kehilangan sebuah helikopter yang membawa lima orang penumpaang termasuk beberapa orang vvip, wakil rakyat.

Fokus orang ramai kepada kehangatan pilhan raya yang sudah hampir penghujung itu, tergaanggu.

Ia juga menyebabkan mood parti-parti politik untuk meneruskan kempen ke titik terakhir menjadi tumpul kerana simpati dan terkejut dengan berita kehilangan helikopter itu. Sehingga malam tadi, nasib helikopter Eurocopter AS350 bersama lima penumpang itu masih belum diketahui.


Malam tadi juga satu sidang akhbar telah diadakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohammad Sabtu Osman yang menjelaskan kedudukan berhubung helikopter berkenan.

Tindakan polis membuat kenyataan akhbar itu adalah diyakini ekoran sudah viral di media sosial kononnya helikopter berkenaan telah dijumpai dengan membuat pendaratan cemas di Seri Aman. Bagaimana pun seperti dijelaskan Mohammad Sabtu pihaknya dan juga DCA tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai nasib helikopter berkenaan.

Sehubung itu beliau meminta orang ramai tidak mempercayai kepada maklumat berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Polis dan juga Jabatan Penerbangan Awam (DCA), helikopter berkenaan telah hilang dari radar 20 minit selepas berlepas dari pengkalan asalnya di Bentong untuk menuju ke Kuching.

Helikopter berkenaan berlepas jam 4:12 petang dari Bentong dan tidak dapat dikesan oleh radar pada jam 4:32 minit. Sepatutnya helikopter berkenaan dijangka tiba di Kuching dalam waktu 40 minit.

Pihak polis juga dalam sidang akhbar menjelang pukul 12:00 tengah malam tadi tidak menyebut nama-nama penumpang helikopter berkenaan atau mengesahkan beberapa nama yang disebut sebelum ini.

Sama-samalah kita berdoa semoga usaha mencari dan menyelamat penumpang helikopter malang itu akan membuahkan hasil dan kesemua penumpang dan juruterbangnya selamat. Polis bersama beberapa agensi akan memulakan misi pengesanan dan pencarian mulai jam 6:00 ini. [wm.kl.7:20 am 06/05/16]

No comments: