Tawfik tunjuk notis saman. |
Notis itu dikemukakan oleh Muhammad Tawfik Ismail, anak bekas TPM Dr Ismail Abdul Rahman yang disampaikan oleh peguamnya Mansoor Saat dan diterima sendiri oleh Pendikar Amin Mulia.
Ekoran penyerahan notis saman itu, menyebabkan harapan umum untuk melihat RUU 355 yang sudah dua kali ditangguhkan itu dibentang tampaknya akan menerima nasib malang sekali lagi, ia akan ditangguhkan. Kali ini alasan penangguhan itu bukan daripada pembawanya, wakil Marang Abdul Hadi Awang tetapi gara-gara notis mahkamah berkenaan.
Timbul tanda soal apakah penyerahan notis saman itu sebahagian daripada sandiwara Umno untuk menggagalkan cita-cita besar parti agama (Pas) itu? Apakah Tawfik alat Umno?
Kemungkinan RUU 355 tidak dibentangkan esok sangat besar. Seperti mana jelas peguam Tawfik, Mansoor, sebelum ini Speaker telah menetapkan keutamaan pada masa lalu isu subjudis akan timbul dalam Dewan sebelum ia dibawa ke mahkamah.
Mengambil kira ketetapan (keutamaan) itu peguam Tawfik yakin RUU 355 itu tidak dibenar untuk dibentang kerana kalau ia dibentangkan menyebabkan berlaku subjudis dalam parlimen dan Speaker melanggar sendiri apa yang diucapkannya.
Tindakan Tawfik itu bolehlah dianggap kemuncak kepada halangan kepada pembentangan RUU 355 yang hendak dibawa oleh wakil Marang yang juga presiden Pas itu. Sebelum ini berbagai pihak mengemukakan bantahan masing-masing memberi argument dan pendapat untuk menghalang RUU 355 berkenaan daripada dibentang.
Kita yang tidak ada kepentingan politik dan ikhlas untuk melihat Islam dimartabatkan pening memikirkan hal ini. Yang anihnya, pindaan itu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang ada hubung kait dengan permerkasaan dan permartabatan agama Islam, tetapi ia ditentang sendiri oleh individu atau parti Islam. Anih?
Walaupun dua parti pembangkang dominasi Melayu, PKR dan Part Amanah Negara tidak menyatakan penentangan langsung, lebih menyatakan penolakan mereka berdasarkan kelemahan dari segi teknikal, atau kerana tidak dibawa berbincang berkaitan perkara itu, tetapi hakikatnya ia menampakkan kedua parti itu tidak bersetuju. Apakah implikasi yang menimpa kepada parti itu jika ia dibentangkan? Sekiranya mereka lebih mengutamakan parti takut hilang sokongan seperti DAP maka tindakan itu salah.
Umno juga menerusi individunya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir mengatakan kesediaan untuk menyokong RUU 355, begitu juga TPM Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan yang RUU 355 itu akan diambil alih kerajaan, namun tiba-tiba tidak menjadi. Perubahan atau dolak dalik itu dilihat sebagai sokongan politik yang tidak menyakinkan Pas.
"Baling membaling" RUU 355 itu menjelaskan akan sikap tidak ikhlas Umno dalam hal ini. Sekiranya Umno ikhlas dan serius dengan rang undang-undang itu ia boleh dibawa langsung oleh kerajaan. Sekiranya ia dibawa oleh kerajaan kuranglah "dong ding dongnya" sehingga keadaan itu sedikit sebanyak menjatuhkan imej Islam.
Manakala tindakan anak bekas TPM itu, tidak dipasti apakah beliau mewakili pihak mana. Mustahil beliau bertindak secara peribadi tanpa ada mana-mana entiti dibelakangnya? Apakah beliau mahu menjadi juara penegak Perlembagaan atau kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu kerana pembentangan RUU 355 itu dikatakan melanggar Perlembagaan dan membelakangi institusi Raja-Raja Melayu.
Kesimpulannya apa yang berlaku terhadap nasib RUU 355 sesuatu sangat menyesalkan kita semua. [wm.kl.8:20 pm 05/04/17].
2 comments:
Seorang wakil rakyat Umno semasa berucap di Dun Kelantan sebelum ini pernah menyebut dan mengakui, hanya Pas yang mampu dan bersedia, Umno masih belum mampu. Tetapi apa yang lebih malang bukan saja tidak mampu tetapi mencari berbagai helah untuk menghalang pihak lain yang mahu mendaulatkan islam.
Cubalah berfikiran terbuka dgn sikap umno ni..ada hikmahnya tu..
Post a Comment