BERITA PETANG
Hari ini Rafizi Ramli mendedahkan orang yang menerima dana daripada 1MDB ialah bekas pemimpin kanan parti agama Pas. Walaupun Rafizi tidak menyebut namanya tetapi orang dapat membayangkan siapa individu tersebut. Rafizi dalam pendedahannya membayangkan individu berkenaan pernah dimarahi oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu masa dulu.
Dalam peristiwa itu bekas Mursyidul Am Pas itu meminta individu berkenaan keluar sahaja dari Pas kalau dia beriya hendak mengajak Pas bersama Umno.
Apabila ahli Parlimen Pandan itu seminggu lepas mendedahkan bahawa ada pemimpin Pas mendapat manfaat daripada 1MDB, saya sudah dapat mengagak orang berkenaan. Dalam status di Facebook saya menyatakan saya seperti tahu orang itu.
Dan hari ini dengan pendedahan dan bayang diberikan Rafizi itu maka jelas firasat saya benar dan tepat sekali.
Individu berkenaan kini tidak berada dalam barisan kepimpinan Pas lagi. Namun dia masih mesra dan berhubungan dengan kepimpinan Pas. Dipercayai dia menjadi jambatan indah buat Pas khasnya menghubungkan Najib dengan Hadi Awang. Walaupun dia telah melakukan kesalahan melanggar disiplin, menolak lantikan sebagai Ajk Pas Pusat tetapi dia masih kekal sebagai ahli Pas.
Kenapa? Hanya jauhari mengenali maknikam.
Menghairankan kenapa Pas tidak bersedia mengambil tindakan terhadapnya sepertimana berlaku ke atas bekas Naib Presiden Husam Musa? Apakah kerana dia terus menjadi mediator (jambatan) di antara Pas dengan Najib maka dia dipelihara? Kemungkinan itu besar sekali.
Saya sedikit pun tidak hairan kalau individu berkenaan sanggup menerima dan menjadi broke kepada Pas untuk menerima wang daripada 1MDB itu. Dia memang seorang yang hidup penuh bergaya dan suka menunjuk-nujuk kemewahan dimilikinya.
Walaupun bergelar ustaz tetapi gaya hidupnya berbeza dengan ustaz-ustaz "juzu amma" yang lain. Dia tidak tergila-gila mengenakan serban dan lebih gemar memakai kot daripada jubah. Di poketnya selalu terkepil ballpoint Montblanc.
Suatu hari saya diajak untuk bersarapan pagi kerana hari itu dia ingin membuat satu kenyataan akhbar eksklusif untuk saya. Saya masih berkhidmat sebagai wartawan. Tempatnya di hotel Mandarin di Bukit Bintang.
Dia jarang makan atau minum di warung cangggung. Kalau naik kapal terbang mesti duduk di kelas pertama. Pernah sekali dia naik kapal terbang sama dengan Allahyarham Fadzil Mohd Noor, bekas presiden Pas itu duduk di belakang dia duduk di hadapan. Kerana kapten kapal mengenali Fadzil dibawa Fadzil duduk di depan bersama individu berkenaan. Terkising-kising dia jadinya.
Bukan itu sahaja saya juga pernah bersekali dengannya menghadiri satu seminar di Jakarta. Kami duduk di hotel yang sama. Semasa keluar makan dan pulang dari restoran dia menceritakan kepada saya penuh bangga yang dia sudah menginap di semua hotel-hotel mewah di Jakarta. Lagak hendak menunjuknya ketika itu seperti budak kampung.
Dan dalam masa lain semasa hendak menghantar bantuan untuk rakyat Aceh dibaham tsunami, 2004 saya juga bersekali dengannya dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Di Jakarta kami akan berikhtiar untuk terbang ke Aceh. Ketika itu turut bersama ialah Husam Musa.
Saya dan Husam menaiki Herculis milik TNI menuju ke Aceh. Membawa pelbagai barang keperluan. Keadaan sungguh mencemaskan. Tetapi kerana tidak ada pilihan lain terpaksa. Sebalik individu berkenaan telah terbang ke Aceh dengan halekopter disewa khas. Berapa kadar sewanya tidak perlu disebut. Kami sudah tahu mengenai hal itu, tetapi Husam menolak kerana membazirkan wang.
Dah.. Magrhib cukup di sini dulu. Rasanya semua dapat bayangkan siapakan individu dimaksudkan Rafizi itu. Bagi saya sedikit pun tidak hairan kalau individu itu adalah bekas pemimpin kanan yang pernah mengimpikan untuk menjadi menteri kabinet dan beriya-iya merelisasikan tahalul syasi Pas - Umno. Dia bukan pejuang tetapi lebih mencari "keralikan" hidup dalam perjuangan dan gelanggang bernama Pas. [wm.kl.7:24 pm 10/04/17]
6 comments:
Yup terdetik hati aku da lame bukan pejuang yg ikhlas dlm PAS
Saya pun dah lama terhidu bau busuk itu, tapi jangan bimbang orang yang tidak ikhlas akan tersisih atau disisihkan oleh Allah daripada bperjuangan Islam.
Dalam masa yang sama Rafizi Ramli serta beberapa nama lain juga didakwa terlibat menerima dana politik yang bernilai jutaan ringgit yang disalurkan oleh John Chee Wen sebagaimana yang ditulis Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan oleh portal Malaysia Today pada 8 April 2017. Rafizi Ramli juga kena membuktikan dirinya juga bersih daripada dakwaan tersebut, sebagaimana dia meminta orang lain mesti membuktikan yang dakwaannya adalah tidak benar.
Ada kah disebabkan individu ini PAS berpecah
Rasanya masalah perpecahan Pas, bukan berpunca drp dia. Puncanya terletak d bahu mr presideng yg kluk klek itu.
Rasanya orang ini lah pemula kepada perpecahan. Dia telah berjaya memujuk mr presideng supaya bersikap lunak terhadap Umno, dan kemudiannya mengatur untuk berUG UMNO-PAS.
Ditambah pula dgn sikap kluk-klek mr presideng dan dengan idealisma perjuangan yang tidak keruan, mr presideng pun mengikut la caturan "budak" penasihat tidak rasmi mr presideng.
Rasanya saya pun kenal dia. Dulu selalu nampak dia disekitar KLCC dengan suit yang tampak Mahal. Tertanya adakah dia ada ofis diKLCC. Rambutnya tampak sama banyak antara yg uban dan yg tidak. Janggutnya tampak keras. Kalau saya kasyaf pasti saya tak nampak sekor bidadaripun bergayut disitu. :)
Post a Comment