Tuesday, March 12, 2019

Gobind tidak perlu berlengah untuk bertindak

ULASAN

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo tampaknya berhati-hati untuk melaksanakan sekatan atau tindakan ke atas mana-mana portal termasuk media sosial yang memberi kebebasan kepada pelayarnya memberi komen tanpa tapisan kerana bimbang takut tindakan itu dikatakan menyekat kebebasan bersuara.

Sebenarnya Gobind (foto) tidak perlu berfikir panjang untuk bertindak dengan kuasa yang ada di bawah kementeriannya kerana gejala fitnah, penghinaan dan pemutar-belitan maklumat dalam media sosial kini sangat ketara sekali atau dalam bahasa sekarang sudah "giler".

Tindakan menghalang dan menyekat itu bukan bermaksud menyekat kebebasan bersuara sebaliknya demi kepentingan umum dan ia juga sebagai penyuburan demokrasi di negara ini.


Langkah beliau untuk berbincang dengan pihak-pihak tertentu termasuk rakan media dan Majlis Media Malaysia untuk mencari kaedah bagi  melaksanakan kawalan ini dialu-alukan.

Tindakan mengawal media sosial ini khas portal, blog, pemilik media sosial tidak sewenang-wenangnya membiarkan ruang komen mereka diceroboh dengan fitnah dan penghinaan, disokong oleh semua pihak yang mencintai integriti dan mahu portal dan media sosial digunakan secara profesional. Media sosial juga perlu ada pihak yang mengawal integriti dan Menteri berkenaan salah satu pihak bertanggungjawab.

Dalam pada itu tentunya tindakan pengetatkan kawalan itu bukan sahaja untuk kebaikan pihak kerajaan yang kerap ditabur dengan fitnah tetapi pihak diluar kerajaan termasuk pembangkang juga. Sebab fitnah pemutar belitan berita bukan sahaja dilakukan ke atas kerajaan tetapi ke atas pihak pembangkang juga. [wm.kl.3:19 pm 12/03/19] 

1 comment:

Azahari Ahmad said...

mengapa gobind nk sekat kebebasan bknkah itu yg kamu perjuangkan semasa kamu menjadi pembangkang dulu.jgn takut pd fitnah gobind kebenaran pasti akan mengalahkan kebatilan. gobind have a big heart don't be like najib hiding behind his power.