Monday, March 18, 2019

Pengekalan MCA dalam BN tak senangkan Pas?

ULASAN PAGI

MCA tidak jadi keluar daripada BN.
SELEPAS beriya-iya untuk meninggalkan BN, tiba-tiba MCA mengambil keputusan untuk kekal bersama BN. 

Kekal bersama BN bermakna kekal bersama Umno. Sebelum ini MCA memberi tempoh dua minggu untuk memikirkan kedudukannya dalam BN. Parti itu bersama sebuah lagi komponen MIC juga bercadang untuk membubarkan gabungan berusia  47 tahun itu.

Kedua-dua parti itu tidak selesa dengan pendekatan baru Umno selepas mengalami kekalahan teruk dalam Piraum ke-14.
Antara pendekatan yang mungkin tidak disenangi MCA sehingga menimbang untuk keluar, apabila Umno menjalini hubungan rapat dan mesra dengan parti agama (Pam). Pam selamanya akan dilihat oleh MCA sebagai parti alergik kepadanya dengan sikap ditunjukkan Pasm yang mahu membawa politik keagamaan dan perkauman. 

Semalam MCA mengumumkan parti itu kekal dalam BN. Presidennya, Wee Ka Siong memberi alasan, MCA terpaksa memilih dua jalan, sama ada kekal bersama BN atau pun meninggalkannya.

Akhir, katanya MCA memilih untuk kekal bersama BN dengan alasan untuk tidak memastikan berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman di antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Ini boleh difahami MCA akan berperanan untuk menuteraliskan politik negara ini, khasnya membabitkan Umno dan MCA. 

Daripada apa yang berlaku, secara diam-diam rupa-rupa kerjasama di antara Umno dengan Pas menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada MCA. Sebab itulah parti itu menyemak kembali kedudukannya dalam BN yang selama ini ditunggaki oleh MCA, MIC dan Umno.  

Tindakan MCA itu boleh disifatkan nawaitunya untuk "membuang" Umno daripada bersama BN sebelum ini, ialah kerana tidak senang dengan gelagat Umno yang mengadakan kerjasama politik dengan Pas. Apakah MCA bimbang dengan hubungan rapat orang Melayu Pam dan Umno?

Pengekalan MCA dalam BN itu boleh mengubah momentum yang berlaku kini. Rakan baru Umno, Pam sudah tentu sekali tidak senang dengan keputusan MCA itu. Pam sebelum ini menampakkan mereka seronok bekerjasama dengan Umno dengan menggunakan istilah ta'awun. 

Bagi Pam kerjasama itu akan membuka suasana baru politik Malaysia, memberi peluang dan keyakinan kepada umah Melayu mengenai aspirasi Umno dan Pas. Tetapi dengan langkah MCA konar balik itu ia boleh menganjakkan harapan itu. Pam memang tidak suka dengan penyertaan kaum lain dalam apa-apa gabungan disertainya.

Macam manakah kedudukan Pam kini? Ia menjadi menarik untuk dibaca. Semacam ada rasa kurang selesa dengan parti agama itu apabila MCA kekal bersama Umno menerusi BN. Hendak tidak hendak Pam dan Umno kena wujudkan wadah lain untuk bekerjasama.

Perkembangan itu menyebabkan mungkin Pas mencari teknik lain pula untuk bekerjasama dengan Umno sekiranya parti nasional itu masih berkolaborasi dengan MCA. Tidak munasabah untuk Pam terus bersama Umno dan BN kalau MCA masih kekal dalam gabungan nasional itu.

Pam memang tidak seronok degan Cina.  Alasan Pas keluar daripada Pakatan Rakyat dahulu ialah kerana DAP yang dianggap anti Islam. Pam melihat DAP seperti Islam ortodoks ahli sunnah melihat khinzir. 

Pam seharusnya tidak boleh menerima MCA seperti mereka alergik melihat DAP? Adalah kurang bijak bagi Pam kalau ia boleh menerima Cina MCA tetapi menolak Cina DAP, sedangkan Pam lebih mengenali hati budi DAP berbanding dengan MCA. Pam belum pernah berkawan dan makan sekali dengan MCa. Setidak-tidak Pam di zaman Nik Abdul Aziz dan Fadzil Noor dahulu sudah mesra dengan DAP. DAP baru dibenci Pam apabila kedua-dua pemimpin itu sudah tiada. 

Langkah MCA kekal bersama Umno dalam BN itu mendatangkan masalah kepada Pam. Ia boleh menganggu agenda ta'awun parti itu dengan Umno. Jangan hairankan kalau selepas ini Pam akan membuat kesimpulan baru hatta menolak Umno dan tersu menginding dengan Dr Mahathir Mohamad. 

Ekoran perkembangan itu Pam akan memberi isyarat awalnya kepada Umno. Pirake Rantau nanti kita dapat tahu apakah isyarat yang akan diberikan oleh Pas. Dan sekiranya Pam ingin menyatakan ketidaksenangan mereka kepada keputusan MCA itu, Pirake Rantau lah tempat terbaik untuk diberikan isyarat. [wm.kl.9:49 am 18/03/19]

No comments: