Hagia Sophia kini berstatus masjid. Foto MSO 2017. |
TANGGAL 10 Julai 2020 lalu umat Islam di seluruh dunia disapa khabar gembira dan salam "kemenangan" apabila Hagia Sophia telah kembali berstatus sebagai masjid kembali.
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Turki yang membatalkan deklarasi Hagia Sophia sebagai sebuah Muzium sebelum ini.
Pengembalian semula status Hagia Sophia sebagai masjid itu boleh dianggap kemerdekaan kedua dan pencapaian terbesar Recep Tayyip Erdogan sebagai presiden Turki.
Di anjung menghadap selat Bosporus inilah pecah cerita dan cita-cita Said Nursi. |
Hagia Sophia telah musnah apabila di serang tentera Salib. Apabila kerajaan Uthmaniyah menguasai Byzantium ia diperbaiki dan dijadikan masjid. Hal ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.
Kehebatan dan kegah Hagia Sophia telah menjadi sebutan sejak ribuan tahun lalu. Ia bukan sahaja jadi tempat suci (kaderal), tetapi seni binanya sungguh mengkagumkan. Tiang-tiang dan peralatan untuk membangunnya dipunggah dan diambil dari segenap pelosok negeri yang dibawah taklukan kerajaan Byzantium ketika itu.
Kerana kehebatan dan keagungan itu Hagia Sophia menjadi lambang dan maruah agama, baik Kristian Ortodoks dan Islam. Pemilikannya bergilir-gilir secara tidak langsung menunjukkan kekuasaan dan luasnya pengaruh dua agama itu.
Statusnya sebagai masjid tidak kekal lama, selepas hampir 1,000 tahun ia kembali dijadikan gereja semula.
Untuk selama 83 tahun ia kekal menjadi Muzium yang memiliki kedua-dua sejarah dan kehebatan Kristian dan Islam dan berfungsi sebagai pusat wisata terkenal, sebelum kembali menjadi masjid Julai lalu.
Panjang sejarah Hagia Sophia kalau hendak ditulis. Ia bermula dengan sebuah gereja terbesar kemudian dibangunkan oleh kerajaan Uthmaniyah menjadikan ia sebuah masjid. Hagia Sophia menjadi rebutan dan lambang kekuasaan dua agama.
Kehilangan status Hagia Sophia sebagai masjid tidak pernah dilupa oleh Erdogan. Semacam tugas dan tanggungjawab besar beliau mengembalikan Hagia Sophia kepada Islam. Sebab itu sepanjang pemerintahannya beliau berazam untuk mengembalikan hak Islam itu.
Bahkan dalam suatu kempen pilihan raya parti AKP, pimpinan Erdogan menjadikan cita-cita untuk mengembalikan Hagia Sophia sebagai masjid sebagai manifesto.
Alhamdulilah azam dan komitmen Erdogan dan kerajaan itu enam tahun selepas beliau menjadi presiden cita-cita itu menjadi kenyataan kini, apabila Hagia Sophia telah diistihar sebagai menjadi milik atau di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Turki bukan lagi dibawah Pusat Kebudayaan.
Insya-Allah selepas ini lawatan dan musafir kita ke Istanbul kita akan memasuki ke balai utama Hagia Sophia bukan lagi dengan perasaan sebak kepiluan kerana masjid dirampas, tetapi dengan perasaan ria dan bangga puas kerana ia kembali kepada sisi haq.
Setelah status Hagia Sophia sudah lebih 80 tahun dijadikan Muzium, tidak ada siapa terfikir ia kembali menjadi masjid semula. Tetapi itulah perjuangan dan iltizam seorang bernama Erdogan bersama partinya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Beliau bertindak sebagai penghidup syiar agama di Turki. Kehadirannya di Turki seperti menjelmanya seorang pejuang Islam tulen yang tidak pernah gentar kepada mana-mana kuasa besar hatta Amerika Syarikat dan Israel sekalipun.
Pun begitu jauh sebelum ini sebenarnya sudah ada janji bahwa yang haq itu akan menjadi milik yang berhak. Badiuzzaman Said Nursi seorang pejuang dan tokoh spiritual di Turki semasa hidupnya mengimpikan dan menegaskan bahawa suatu hari Hagia Sophia akan kembali menjadi masjid.
Cerita ini kedengaran persis dongengan dan angan-angan besar umat Islam yang kehilangan pusaka. Tetapi saya bernasib baik antara orang mendengar firasat Said Nursi ini kerana mendengarnya sebelum berita gembira itu tersapa di telinga. Semasa berkunjung ke Istanbul Januari 2017 saya mendengar cerita ini hanya sepintas lalu sahaja.
Ketika itu saya bersama Husam Musa dan dua sahabat lain berihat di satu anjung restoran yang menghalang ke selat Bosporus sambil minum kopi. Kopi menjadi menu menyegarkan di musim salji. Sambil bunga-bunga salji jatuh menepis muka, hirup kopi hangat dan wangia kopi menyelak ketepi rasa sejuk.
Selat Bosporus yang tenang dan sesekali diusik kapal dan boat yang lalu menjadikan kami asyik berlama-lamaan di situ. Menjadi kebiasaan dan kesukaan Husam pula suka bercerita mengongsi pengalaman dan apa-apa ilmu dan penemuan yang dikutip dari entah berapa ribuan buku yang beliau ada.
Di anjung itu menghala ke muka Bosporus itulah terbuka cerita mengenai apa yang diucapkan Said Nursi. Menurut Husam, sepanjang hayatnya Said Nursi ada memberi tahu anak muridnya, bahawa suatu hari nanti Hagia Sophia akan kembali jadi masjid. Salah seorang mendengar tutur keramat Said Nursi itu ialah Hasnul Bayram, salah seorang anak murid Said Nursi. Bayram menjadi pembantu kepada Said Nursi sejak berusia 10 tahun. Ayahnya ikut dipenjara bersama Said Nursi.
Sebenarnya tidak ada siapa yang percaya dengan kata-kata Said Nursi itu. Tetapi ternyata dia seorang yang kasyaf sehingga dapat melihat apa yang berlaku di masa akan datang.
Difahamkan Erdogan juga merupakan seorang pengamal zikir, doa-doa dan selawat terkandung dalam risalah an-Nur karya agung Said Nursi. Khabarnya sebaik sahaja mahkamah memutuskan pengembalian semula status Hagia Sophia, orang yang pertama diberi tahu berita itu oleh Erdogan ialah Hasnul Bayram.
Saya tidak mahu mengulas lebih mendalam mengenai Bayram tetapi terasa semacam bertuah kerana pada kunjungan ke Turki tempoh hari ada rezeki untuk berjumpa dengan Sheikh Hasnul Bayram dan sembahyang berimamkan beliau.
Tegasnya apabila seorang bertaraf wali dan hampir dengan Allah seperti Said Nursi menjadikan seseorang itu dapat membayangkan sesuatu yang akan berlaku di masa depan kerana ia tersimbah dengan bayangan Allah S.w.t. Walaupun Said Nursi tidak dapat melihat Hagia Sophia kembali jadi masjid hari ini tetapi anak murid dan pembantunya Bayram masih boleh mewakilinya. [wm.kl.10:48 am 20/07/2020]
Statusnya sebagai masjid tidak kekal lama, selepas hampir 1,000 tahun ia kembali dijadikan gereja semula.
Bapa pembangunan moden Tukri Kamal Artaturk yang dikenal anti Islam dan berfahaman sekular seakan mahu bertindak menjadi liberal dan menghentikan "perebutan" hak ke atas Hagia Sophia dengan mengubahkan menjadi Muzium pada tahun 1935. Artaturk seperti mahu bersikap adil di antara kedua kumpulan Kristian dan Islam lantas menjadikan gedung bersejarah itu sebagai Muzium yang mempamerkan kehebatan kerajaan dan agama.
Untuk selama 83 tahun ia kekal menjadi Muzium yang memiliki kedua-dua sejarah dan kehebatan Kristian dan Islam dan berfungsi sebagai pusat wisata terkenal, sebelum kembali menjadi masjid Julai lalu.
Sempat bersalam dan mohon restui Bayram. |
Kehilangan status Hagia Sophia sebagai masjid tidak pernah dilupa oleh Erdogan. Semacam tugas dan tanggungjawab besar beliau mengembalikan Hagia Sophia kepada Islam. Sebab itu sepanjang pemerintahannya beliau berazam untuk mengembalikan hak Islam itu.
Dengan mata tertutup Bayram mengatakan sesuatu kepada Husam. |
Alhamdulilah azam dan komitmen Erdogan dan kerajaan itu enam tahun selepas beliau menjadi presiden cita-cita itu menjadi kenyataan kini, apabila Hagia Sophia telah diistihar sebagai menjadi milik atau di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Turki bukan lagi dibawah Pusat Kebudayaan.
Insya-Allah selepas ini lawatan dan musafir kita ke Istanbul kita akan memasuki ke balai utama Hagia Sophia bukan lagi dengan perasaan sebak kepiluan kerana masjid dirampas, tetapi dengan perasaan ria dan bangga puas kerana ia kembali kepada sisi haq.
Setelah status Hagia Sophia sudah lebih 80 tahun dijadikan Muzium, tidak ada siapa terfikir ia kembali menjadi masjid semula. Tetapi itulah perjuangan dan iltizam seorang bernama Erdogan bersama partinya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Beliau bertindak sebagai penghidup syiar agama di Turki. Kehadirannya di Turki seperti menjelmanya seorang pejuang Islam tulen yang tidak pernah gentar kepada mana-mana kuasa besar hatta Amerika Syarikat dan Israel sekalipun.
Pun begitu jauh sebelum ini sebenarnya sudah ada janji bahwa yang haq itu akan menjadi milik yang berhak. Badiuzzaman Said Nursi seorang pejuang dan tokoh spiritual di Turki semasa hidupnya mengimpikan dan menegaskan bahawa suatu hari Hagia Sophia akan kembali menjadi masjid.
Cerita ini kedengaran persis dongengan dan angan-angan besar umat Islam yang kehilangan pusaka. Tetapi saya bernasib baik antara orang mendengar firasat Said Nursi ini kerana mendengarnya sebelum berita gembira itu tersapa di telinga. Semasa berkunjung ke Istanbul Januari 2017 saya mendengar cerita ini hanya sepintas lalu sahaja.
Ketika itu saya bersama Husam Musa dan dua sahabat lain berihat di satu anjung restoran yang menghalang ke selat Bosporus sambil minum kopi. Kopi menjadi menu menyegarkan di musim salji. Sambil bunga-bunga salji jatuh menepis muka, hirup kopi hangat dan wangia kopi menyelak ketepi rasa sejuk.
Selat Bosporus yang tenang dan sesekali diusik kapal dan boat yang lalu menjadikan kami asyik berlama-lamaan di situ. Menjadi kebiasaan dan kesukaan Husam pula suka bercerita mengongsi pengalaman dan apa-apa ilmu dan penemuan yang dikutip dari entah berapa ribuan buku yang beliau ada.
Ketika itu kami baru saja lepas selesai menunaikan solat di Masjid Muhammad al Fateh dan bersiar-siar di luar Hagia Sophia yang berjarak kira-kira 300 meter. Kami tidak memasuki ke Hagia Sophia kerana tidak ada keperluan memandangkan ia dijadikan muzium. Kalau masuk pun tidak dapat mendirikan solat melainkan melihat kehebatan architecturalnya sahaja. Husam sangat selektif untuk memasuki ke sesuatu tempat.
Di anjung itu menghala ke muka Bosporus itulah terbuka cerita mengenai apa yang diucapkan Said Nursi. Menurut Husam, sepanjang hayatnya Said Nursi ada memberi tahu anak muridnya, bahawa suatu hari nanti Hagia Sophia akan kembali jadi masjid. Salah seorang mendengar tutur keramat Said Nursi itu ialah Hasnul Bayram, salah seorang anak murid Said Nursi. Bayram menjadi pembantu kepada Said Nursi sejak berusia 10 tahun. Ayahnya ikut dipenjara bersama Said Nursi.
Sebenarnya tidak ada siapa yang percaya dengan kata-kata Said Nursi itu. Tetapi ternyata dia seorang yang kasyaf sehingga dapat melihat apa yang berlaku di masa akan datang.
Difahamkan Erdogan juga merupakan seorang pengamal zikir, doa-doa dan selawat terkandung dalam risalah an-Nur karya agung Said Nursi. Khabarnya sebaik sahaja mahkamah memutuskan pengembalian semula status Hagia Sophia, orang yang pertama diberi tahu berita itu oleh Erdogan ialah Hasnul Bayram.
Saya tidak mahu mengulas lebih mendalam mengenai Bayram tetapi terasa semacam bertuah kerana pada kunjungan ke Turki tempoh hari ada rezeki untuk berjumpa dengan Sheikh Hasnul Bayram dan sembahyang berimamkan beliau.
Tegasnya apabila seorang bertaraf wali dan hampir dengan Allah seperti Said Nursi menjadikan seseorang itu dapat membayangkan sesuatu yang akan berlaku di masa depan kerana ia tersimbah dengan bayangan Allah S.w.t. Walaupun Said Nursi tidak dapat melihat Hagia Sophia kembali jadi masjid hari ini tetapi anak murid dan pembantunya Bayram masih boleh mewakilinya. [wm.kl.10:48 am 20/07/2020]
No comments:
Post a Comment