SUSUPAN PETANG
Tajuddin diapit oleh para penyokongnya dari Umno bahagian Pasir Salak disidang akhbarnya. |
Sidang akhbar itu merupakan suatu pendedahan mengejutkan kerana ia di luar jangkaan orang-orang Umno sendiri kerana ia merupakan pendedahan mengenai kebusukan dalam parti kebangsaan itu, yang boleh disifatkan sebagai perbuatan membalik (menungging) tong sampah parti sendiri, Umno.
Kenapa dikatakan begitu, kerana banyak perkara "busuk" dan aksi politik tidak bermoral dan bejat, politik demi menjaga kepentingan diri yang sebelum ini tidak diketahui umum terbongkar dengan tindakan Tajuddin itu.
Apa dilakukan Tajuddin dalam sidang akhbar itu sebagai suatu keberanian bersifat "harakiri." Kalau ia boleh disebut sebagai pengorbanan berdasarkan prinsip, mungkin itulah boleh dinamakan.
Dari sisi lain, hakikatnya, apa didedahkan Tajuddin Rahman itu menunjukkan Umno dalam keadaan berpecah belah dan tidak sepadu. Situasi ini memberi keuntungan kepada musuh Umno (oposisi) yang sebelum ini melihat Umno semacam sedang melalui era pemulihan selepas hilang kerajaan tahun 2018. Justeru pendedahan Tajuddin itu memberi laba kepada musuh Umno, dan seakan membuka semula luka yang sudah mula hendak berparut.
Pecah tiga.
Menganalisa dan memahami masalah dihadapai Umno seperti didedahkan itu, parti itu kini berpecah kepada sekurang-kuran tiga puak atau kumpulan besar yang antara satu sama lain tidak sehaluan dan bersengketa.
Satu kumpulan diketuai presiden Umno (Zahid Hamidi) satu kumpulan bekas presiden (boosku alias Najib Razak), dan satu kumpulan lagi perdana menteri, (Ismail Sabri Yakob). Dalam pecahan itu ada satu lagi pecahan yang berada ditengah-tengah tidak memihak kepada mana-mana dan hanya mengikut arus. Kumpulan keempat ini kumpula oportunis.
Tajuddin menunjukan gambar pemimpin Umno yang hadir di rumahnya mahukan Zahid berundur. |
Dua hari lepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah memecat Tajuddin sebagai ahli MT, dan tempat itu diisi oleh Hisham Jalil. Tindakan itu dilihat sebagai indikator yang Umno seperti retak menunggu belah, rapuh menanti patah.
Pemecatan Tajuddin itu menjadi berita hangat dan diterima pro kontra dalam Umno. Ada yang bersetuju dengan tindakan itu dan ada yang menentang tidak kurang juga yang jadi bingung dan keliru. Ada yang menyalahkan kepada presiden kerana memecat Tajuddi. Manakala yang mempertahankan presiden, mengecam pihak simpati dengan Tajuddin dan mempertahankan Tajuddin. Pemecatan Tajuddin itu menjadi isu kontroversi dalam Umno.
Tidak ada penjelasan signifikan berhubung pemecatan beliau dalam sidang akhbar khas itu, yang dihadiri oleh para pemuka Umno Pasir Salak dan disiarkan secara langsung oleh beberapa protal berita. Sebaliknya Tajuddin telah menggunakan sidang media itu lebih untuk mendedahkan hal-hal dalaman Umno yang tidak seharusnya disebut oleh seorang ahli.
Tampak seperti Tajuddin sudah hilang sabar dan sedia menghadapi risiko daripada apa dilakukan itu. Mungkin selepas ini Jawatankuasa Disiplin Umno akan mengambil tindakan ke atas Tajuddin hingga menggantung keahliannya?
Apabila beliau menyebut satu persatu dan menceritakan kronologi saat kritikal semasa pertukaran kerajaan dulu terhadap apa yang berlaku dalam Umno, boleh difahamkan, kerana sebab-sebab atau telatah beliau itulah menjadi punca beliau tidak disenangi presiden sehingga di ambil tindakan memecatannya sebagai MK Umno. Dan apa didedahkan itu juga ia mengesahkan spekulasi oleh pihak luar Umno terhadap apa yang berlaku dalam Umno selama ini.
Perkara paling menarik didedahkan Tajuddin berhubung pertemuan bersama beberapa pemimpin tinggi Umno di rumhanya pada Mei 2020 yang membincang untuk menyediakan memorandum meminta Zahid Hamidi berundur sebagai presiden Umno. Antara yang hadir dalam pertemuan itu termasuklah timbalan presiden Mohamad Hassan, bekas presiden Najib Razak, Naib Presiden Khaled Nordin, ketua pemuda Asyraf Wajdi Dusuki, Zambery Abdul Kadir dan lain-lain. Saya kira Annuar Musa juga turut sama hadir?
Menurutnya, mereka yang berkumpul di rumahnya telah sepakat untuk meminta Zahid berundur selepas melihat presiden Umno itu tidak mampu untuk memimpin Umno dan membangkitkan semangat Umno selepas kehilangan kerajaan. Cadangan itu katanya terbaik untuk menyalamatkan Umno.
Bagaimana pun pakatan untuk menghantar memorandum meminta Zahid berundur itu gagal apabila Mohamad Hassan dan Najib Razak berubah sikap. "Memorandum itu tidak berjaya kerana Tok Mat dan Najib belot," kata Tajuddin. "Tok Mat pula berubah sikap apabila takut setelah digertak oleh budak-budak Zahid Hamidi dan memberi alasan kononnya untuk tidak menegangkan keadaan dalam Umno," sambungnya lagi.
Ia juga gagal disebabkan Najib juga berubah sikap. Menurut Tajuddin Najib berubah sikap apabila beliau dipujuk oleh para penyokongnya agar dilantik menjadi Pengerusi BN. Mengenang sikap Najib itu Tajuddin menyinis mengatakan rupa-rupanya selain Zahid, Najib juga masih inginkan Umno (jadi presiden).
Perisitiwa didedahkan Tajuddin itu sebelum ini ada dispskulasikan tetapi tidak ada pengesahan. Apabila Tajuddin mendedahkan perkara itu, apa yang menjadi khabar angin itu sudah menjadi nyata dan berita benar.
Perkara kedua yang didedahkan Tajuddin dalam sidang akhbarnya tadi, ialah mengenai sokongan (SD) kepada Anwar Ibrhaim untuk jadi perdana menteri. Tajuddin mengakui memang ahli parlimen Umno (tidak semua) telah menyokong dan memberi SD untuk Anwar jadi perdana menteri. Antara ahli parlimen yang menada-tangani SD menyokong Anwar ialah beliau sendiri, Nazri Aziz, Najib Razak dan juga Zahid Hamidi. Bukan itu sahaja tekan Tajuddin malahan surat pemakluman sokongan Umno kepada Anwar itu juga dihantarkan kepada Agong.
Bagaimana pun tegasnya, beliau tidak bersetuju untuk memberi SD kepada Anwar, tetapi setelah dipujuk dan dipaksa oleh Zahid akhir beliau menanda tangani juga SD untuk Anwar. "Saya adalah saksi hidup dalam hal ini," jelasnya.
Bagaimanapun hal ini menurut Tajuddin cuba dinafikan oleh Zahid, apabila bercakap kepada media presiden Umno itu menafikan yang Umno memberi SD kepada Anwar dengan berkata No DAP, no Anwar. Zahid dalam soal ini tegas Tajuddin jelas berbohong.
Pendedahan Tajuddin ini mengesahkan apa yang diberitahu Anwar dalam satu sidang akhbar ketika itu yang beliau sudah mendapat angka mencukupi untuk dilantik menjadi perdana menteri. Hikmahnya dengan penjelasan Tajuddin itu, sangkaan buruk kepada Anwar kononnya ketua pembangkang itu berbohong dan menipu adalah tidak benar, sebaliknya apa yang berlaku ialah penipuan daripada Zahid Hamidi.
Perkara ketiga yang didedahkan Tajuddin dalam sidang tadi, mengenai hasrat Zahid Hamidi untuk menyertai kerajaan dibawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad apabila ia dihendak dibuat jajaran baru setelah perdana menteri dua kali itu meletak jawatan.
Menurutnya, Zahid bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir dan mengangkatnya sebagai PM dan memimpin kerajaan baru. Sekali lagi beliau tidak bersetuju dengan mengatakan Mahathir tidak boleh dipercayai. Tetapi beliau dipujuk dan dipaksa oleh Zahid. Menurutnya empat kali Zahid beliau dan Zahid bertemu, di pejabat dan di rumah Zaid di Bagan Datuk.
Jelas Tajuddin berdasarkan hematnya kenapa Zahid ingin bekerjasama dengan Mahathir adalah semata-mata untuk kepentingan dirinya yang terlenggu dalam kes mahkamah. Ertinya Zahid sedia bekerjasama bukan atas maslahat parti, tetapi demi dirinya. Disebabkan itu baginya Zahid tidak layak jadi presiden.
Perkara ini ujarnya diketahuinya selepas pembentukan kerajaan baru dimana Mahiaddin Yassin menjadi perdana menteri atas sokongan Umno, Zahid ada memberi tahunya yang Mahaiddin tidak sedia membantunya. Ini bermakna maksud kerjasama itu bagi menyelamatkan dirinya. Pendedahan Tajuddin ini sekali lagi membenarkan dakwaan Mahiaddin dan Mahathir yang mengatakan Zahid meminta mereka membantu lepaskannya dari kes mahkamah.
Kesimpulannya sidang akhbar Tajuddin hari ini walaupun ia memberi implikasi buruk kepada partinya Umno, menjejaskan wibawa Zahid Hamidi, Mohamad Hassan dan Najib, tetapi ia membersihkan Anwar Ibrahim yang sebelum ini diejek dan dipersendakan apabila gagal menjadi perdana menteri kononnya memanipulasikan angka.
Penjelasan Tajuddin Rahman itu secara tidak langsung memperakui akan prinsip politik dan kejujuran dipihak Anwar Ibrahim. [wm.kl.7:50 0m 27/06/2022]
No comments:
Post a Comment