Showing posts with label Tarik Datuk. Show all posts
Showing posts with label Tarik Datuk. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Berita Panas

Sultan Mohamed Ke V Tarik Gelaran Dato' Dari Ibrahim Ali

[kemaskini] BERITA yang menjadi bualan hangat di Pasir Mas khasnya dan di seluruh negeri Kelantan hingga ke Galas hari ini ialah penarikan balik gelaran Dato' yang dianugerkan kepada Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Penarikan balik itu dibuat oleh Sultan Mohamad Ke V. Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan rengkas oleh Pejabat Sultan dan dipetik beberapa blog dan protal berita.

Dari konteks Kelantan Ibrahim tidak lagi bergelar Dato'. Jadi mulai hari ini bolehlah ramai-ramai panggil Inchek saja, seperti mana saya panggil sebelum ini, Inchek Ibrahim. Saya sudah memanggil Ibrahim sebagai Inchek Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimana pun di luar Kuala Lumpur Inchek Ibrahim boleh lagi dipanggil Datuk. Saya faham dia masih ada dua gelaran Datuk, satu dari Melaka dan satu lagi dari Selangor. Datuk dari Melaka adalah terawal diterimanya tetapi beliau jarang menggunakan Datuk itu kerana nilainya dikata rendah berbanding Dato' Kelantan.

Datuk dari Melaka diterima semasa Rahim Tamby Chik menjadi Ketua Menteri Melaka.

Menganihkan juga penarikan gelaran Dato' ini kerana Inche Ibrahim yang juga Presiden kepada sebuah NGO dikatakan sangat memperjuangkan institusi raja-raja dan Melayu. Dalam pada itu Jumaat lepas beliau dilaporkan telah mengunjungi bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota.

Adalah dipercayai 300 peratus kunjungan Inchek Ibrahim itu tidak ada sangkut paut dengan tragedi luka hari ini. Tetapi dipercayai ada kes lain yang lebih besar. Apa dia? [wm.kl.11:00 am 13/10/10]

Friday, June 11, 2010

Ulasan Perisitwa

Tarik Datuk Jangan Lemah Semangat

DUA darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua Jui Meng, yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri dilaporkan telah ditarik balik oleh pihak yang menguerniakan anugerah berkenaan. Sehingga kini tidak ada siapa yang mengetahui apakah sebab musabab kenapa darjah kebenaran itu ditarik balik,

Chua Jui Meng telah mengesahkan yang beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu. Tetapi beliau tidak sedia memberi apa-apa ualasan mengenai kejadian itu. Mungkin selepas beliau selamat menyerahkan dua darjah kebesaran itu beliau akan membuat ulasannya.

Kejadian itu mungkin agak malang bagi Anggota Pimpinan Tertinggin PKR itu namun ianya perkara biasa. Kejadian penarikan balik darjah kebesaran dan bintang adalah perkara biasa. Sultan atau atau Raja-raja berhak menarik balik apa juga darjah dan bintang yang diberikan.

Antara tokoh dan ahli politik yang pernah ditarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Datuk ialah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Hussein Ahmad (Hussein Serama), bekas Ketua Pemuda MCA, Lim Kim Sai, Senator Rosli Ibrahim, dan lain-lain.

Tidak ada siapa yang boleh membantah penarikan balik anugerah darjah kebesaran itu. Ia juga tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk mendapat keadilan kerana ia kuasa mutlak sultan atau raja dalam hal itu.

Walaupun dengan penarikan itu boleh menimbulkan persepsi negatif kepada Chua Jui Meng tetapi ianya tidak akan mematahkan semangat Jui Meng dalam perjuangannya. Walaupun gelaran datuk atau anugerah itu boleh menambah nilai peribadi seseorang tetapi penarikan ballik atau penanggalannya tidak akan mengurangkan semangat perjuangan.

Dalam konteks hari ini ialah pejuangan Chua Jui Meng untuk menegakkan keadilan dan kebenaran mengikut terjemahan parti barunya, PKR. Dan apakah penarikan balik itu kerana Chua Jui Meng tidak berada dalam MCA dan BN lagi? Atau ia bertujuan untuk mengendurkan suara lantang Jui Meng yang kini mahu membawa orang Cina agar mengyokong Pakatan Rakyat?

Pihak yang menganugerahkan dan menarik balik darjah kebensaran itu harus adil dan telus dalam tindakannya. Sultan Johor atau mana-mana pihak eloklah menjelaskan sebab musababnya. Dengan membuat penarikan balik itu tanpa menjelaskan sebab dan alasannya ia menyebabkan akan timbul berbagai spekulasi yang mungkin tidak baik kepada pihak-pihak lain. [putik.10:30 am 11/06/10]