Saturday, November 7, 2009

Duka Malam

Kekalahan Kelantan Pada Negeri Sembilan
Jangan Cuba Salahkan Sesiapa

DUA peristiwa yang berlaku hari ini yang dalam perhatian saya, seminar Pas di Taman Melewar pagi tadi dan bola sepak piala Malaysia yang baru berakhir sekejap tadi. Mengenai seminar saya akan cuba memberi ulasan dan pandangan esok, untuk malam ini saya akan bercakap mengenai kekalahan Kelantan 1- 3 kepada Negeri Sembilan.

Sejak kelmarin sehinggalah ke petang tadi saya menjadi orang Kelantan yang mungkin tidak berjiwa Kelantan kerana saya meramalkan Kelantan akan kalah. Ramalan saya Kelantan kalah 2 -1. Ada saya ceritakan kepada rakan-rakan yang menghadiri seminar yang minum kopi dengan saya malam tadi.

Mereka nampaknya tidak bersetuju dengan pandangan saya. Apa lagi saya dilihat sebagai pengulas politik yang tidak berpihak kepada mereka. Maksudnya mereka tidak dapat mengawal tulisan saya agar terus menyokong apa-apa yang saya rasa bercanggah dengan pemikiran saya.

Saya memberi beberapa sebab kenapa meramalkan begitu. Antara sebabnya ialah pasukan Kelantan dalam keadaan tertekan. Tekanannya lebih teruk dari apa yang dialami Negeri Sembilan. Ini kerana dengan harapan besar yang diberikan oleh penyokong Kelantan. Media massa juga turut sama memberi tekanan psikoligs kepada Kelantan apabila mereka memberi ulasan seakan bias kepada Kelantan. Apakah ini tektik?

Semalam lagi segelintir penyokong sudah mengarakkan bendera Pas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Keadaan ini terbawa sampai ke tengah hari tadi. Semasa makan nasi berlakuk di Greeen Wood, sebelah pagi saya tengok puluhan penyokong Pas sedang bersarapan. Mereka siap dengan pakaian perang bola, berbaju merah dan kepala yang berikat dengan tali merah, tertulis 'Kelantan'. Melihat gerombolan itu menimbulkan ketakutan!

Dari wajah dan percakapan dengan mereka menyerlahkan harapan mereka begitu tinggi, excited. Malahan mereka seakan over confident. Suasana ini dibentuk oleh beberapa keadaan dan suasana. Kelantan belum pernah menjadi juara. Sebenarnya sesiapa pun mahukan kepada kemenangan dan wajar mengalami keghairahan perasaan demikian.

Tetapi bila dibuat atau disambut secara melampau, maka boleh mendatangkan kemudaratan. Bayangkan lebih 50,000 penyokong dari Kelantan turun ke Kuala Lumpur. Bas, keretapi, kapal terbang semuanya penuh. Malahan seluruh gerobak keretapi ditempah untuk membawa penyokong Kelantan.

Sekali lagi saya tidak merasa salah atas sokongan padu dan menyeluruh itu. Namun aksi-aksi yang melebih, merasa terlalu konfiden dan memandang rendah kepada Negeri Sembilan ia boleh memberi keadaan buruk. Sikap itu telah menekan para pemain Kelantan. Mereka merasakan harapan yang besar dengan penonton (Kelantan) lebih 65,000 di stadium tadi berbandinng dengan penyokong Negeri Sembilan sekitar 15,000 menjadikan mereka teruja. Tanggungjawab dan amanah yang diletakkan ke atas mereka terlalu besar.

Ini tidak sepadan dengan persiapan mental yang dibekalkan kepada mereka. Sebab itulah atas padang tadi ada pemain yang tidak tahu posisi mereka, tersalah tendang bola dan melupai arahan jurulatih. Tidak sefaham dan menjadi begitu hati-hati untuk mempamerkan kebolehan sebenar mereka. Sikap dan fiil penonton Kelantan juga turut menjejaskan kosentrasi mereka.

Awal-awal lagi saya sudah bimbang mengenai mercun dan balingan objek. Ternyata kejadian ini tidak dapat dielak. Sejak awal sepak bola mercun sudah dibunyikan. Betul mercun itu menandakan semangat dan semboyan, tetapi ia sudah melebihi menyebabkan pemain jadi panik dalam kubu penyokong sendiri.

Keadaan ini lebih buruk lagi dengan sikap penonton Kelantan yang diwarisi sejak lebih 30 tahun lalu, di mana mereka akan mengubah selera apabila pemain mereka tidak menunjukkan persembahan menarik. Selalunya mereka memberi sokongan padu, tertib dan semangat pada awal, tetapi selepas kalah, mereka akan berubah dengan tiba-tiba. Laungan dan cacian kepada pemain juga akan kedengaran.

Paling buruk mereka boleh berpaling tadah dengan menyokong lawan. Ini pernah berlaku di stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu 30 tahun lampau. Sikap begini menyebakan pemain hilang semangat denagn sikap begitu. Pada saya kekalahan Kelantan memalukan sekejap tadi sikit sebanyak disebabkan oleh sikap penyokong yang tidak profesional.

Barangkali elok juga kalau Kafa selain daripada menebalkan mental para pemainnya turut sama medisiplinkan para penonton yang boleh membawa rebah itu. Bukankah kelab penyokong ditubuhkan untuk memberi sokongan moral?

Saya tidak mahu membayangkan apa yang berlaku di luar stadium pada saat ini. Tetapi nyalaan api di kerusi tempat duduk yang ditinggalkan penonton Kelantan menandakan mungkin ada perilaku dan kejadian lebih buruk berlaku. Tindakan sebahagian penonton meninggalkan stadium sebelum wisel terakhir dibunyi sangat menyesalkan.

Walaupun begitu wajar kalungan bunga-bunga syabas dna tahniah diberikan kepada pemain Kelantan, pengurus dan Presiden Kafa. Saya nampak mereka bersungguh untuk menang. Tuduhan liar yang cuba memburukkan presiden Kafa dengan kekalahan itu lahir dari relung hati yang busuk. Begitu juga mengatakan permainan itu dijual ia tidak masuk akal bagi saya walaupun tidak mustahil.

Dalam perlawanan akhir begitu mana-mana pasukan akan bermain bermati-matian dan akan mengenepikan wang ringgit. Apa lagi Kelantan sangat terdesak untuk mencipta sejarah. Tuduhan seperti itu seharusnya tidak timbul dalam fikiran. Ia mengotorkan saja. Sesungguhnya kekalahan itu memberi semangat dan iktibar untuk Kelantan mencipta sejarah selepas ini. Syabas. [d'kota kl. 11: 30 pm 07/11/09]

5 comments:

mra said...

Satu keluarga menyokong pasukan Kelantan.Ini pada mula permainan.Tetapi balingan botol dan balingan mercun pertama yang datang dari arah penyokong Kelantan telah mengubah arah sokongan separuh daripada kami kepada pasukan NS.
Sikap pengadil yang membiarkan permainan keras tanpa amaran pada peringkat awal menyebabkan yang dimain diatas padang bukannya bermain bola.Walaupun kekasaran adalah seimbang tapi bila benak telah ditanam bahawa pemain Kelantan sering bermain robos mengakibatkan apa yang dilakukan olih pemain Kelantan akan dikutuk.

ANAFAKIR said...

Saya juga antara penyokong Kelate yang tidak memilih Klate untuk muncul juara.Kegugupan dan kegopohan dalam mengawal dan membuat hantaran menjadi punya utama Kelate tewas mudah.Di samping itu rentak permainan Kelate semacam 'tak naksu' nak menang.Seolah-olah nampak lembik dan tidak bermaya.Permainan mereka jauh berbeza sewaktu menewaskan Perlis sewaktu separuh akhir ke-2 di Kangar tempohari.Malam tadi pemain Kelantan tidak mampu untuk mengawal bola seolah-olah baru pertama kali bermain bola sedangkan sokongan penonton seperti bermain di Kota Bharu.Tidak menagwal pemain lawan dan seperti sengaja membiarkan pemain lawan terlepas begitu sahaja dari kawalan..entah, saya sendiri tidak tahu di mana silap mereka pada kali ini.Hantaran meliar,malas mengejar bola dan tidak dapat membuat keputusan untuk menghantar bola ke mana bila terkepung.Jauh berbeza dari permainan sebelum ini.

Masalah penonton, memang tidak dapat dinafikan...mempunyai minda kelas ketiga.Masih tidak berubah.Menang sorak kampung tergadai.Setiap kali Kelate menunjukkan prestasi sedikit menurun, maka penyokong mula berpaling tadah.Setakat menyokong pihak lawan takpo lagai..ini sehingga melontar mercun, membakar kerusi dan sebagainya sudah di luar naluri kemanusiaan.Kalau kecewa, pasukan lain lagi kecewa kerana mereka juga sebenarnya mahu beraksi di final.Kelate sudah 2 kali ke final pada tahun ini, itu sudah lebih dari cukup membanggakan.Kekalahan perkara biasa...adat pertandingan.Kalah hari ini bukan akan terus kalah selama-lamanya.Nasib Kelate setakat naib juara sahaja, cuba lagi tahun depan.

Sepatutnya penyokong Kelate terus memberi sokongan padu..liga England menjadi contoh, walaubagaimana teruk sekali pun pasukan mereka beraksi, namun sokongan tetap padu, tetap bersama pasukan.Mereka terus setia bukannya meniggalkan stadium bila pasukan ketinggalan.Sikap baran, tidak bertamadun perlu ditinggalkan di rumah atau di luar stadium.Pasukan lain sudah berulang kali beraksi di final dan menerima nasib sama, kalah juga di perlawanan akhir, tidak merusuh atau merosakkan harta awam...mereka pulang dengan sugul dan kecewa sahaja.Bijak mengawal perasaan.Penyokong Kelate berani tidak bertempat...ubahlah sikap yang negatif tu.Dunia sudah semakin maju, negara kita juga sudah lama merdeka, buat apa masih taksub dengan perangai gedebe yang membawa musnah nama baik dan maruah negeri Kelate.Pemimpin persatuan, pemimpin negeri awal-awal meminta penyokong bersikap elok..Pemangku Raja ada bersama,tak kah malu menunjukkan sikap sedemikian rupa..

Apa pun syabas buat pemain, jurulatih, pengurus dan semua pegawai pasukan.Kalian telah meningkatkan rasa hormat pasukan lain untuk Kelate pada masa akan datang. Tahniah kerana ke final 2 kali dalam tahun ini.Naib juara bukan sesuatu yang memalukan...Terima kasih TS Annuar Musa, terima kasih tok guru kerana menaja pasukan Kelatan untuk umrah, terima kasih UMNO Kelatan menyumbang RM100,000 untuk pasukan Kelate..terima kasih semua yang banyak membantu sehingga Kelate begitu gah dengan gelaran terbarunya The Red Warriors...teruskan semangat itu pada tahun hadapan.Hidup Kelate.Gomo Kelate Gomo...go more.

baLdi MeraH said...

dari awal lagi sy bayangkan kelantan kalah.. rasanya ramai lagi doakan kelantan kalah.. sbb meluat tgk penyokong perangai x senonoh.. dan semata2 kerana hari ini final bola di bukit jalil, saya blk kg sebab sy semak tgk kawasan rumah saya sudah sesak dgn gerai org kelantan..

hakikatnya kat bagan pinang pon kalah kes sama. pas kalah sebab tindakan - tindakan penyokong pas dari kelantan yg 'buat kepala' di tempat orang... mungkin x betul, tapi sy rasa byk betulnya..

jadi..tak keterlaluan saya katakan ramai orang berpendapat, kebangkitan pas adalah kebangkitan orang kelantan mahu menguasai malaysia

kerana ramai orang bukan kelantan x selesa dengan panggilan 'orang luar' oleh org kelantan kepada non-kelantanese

mungkin pendapat saya ini bangang bg ramai orang..tapi cuba fikirkan.

negeri2 selain kedah dan kelantan, yang pas ada menang banyak kerusi kebanyakkannya negeri2 yg kurang semangat kenegeriannya seperti selangor dan kl.

kalau negeri2 yg kuat semangat negerinya, seperti n9 dan johor.. pas x kemana.. Pahang? tu pun sbb felda byk..orang kelantan yg berhijrah ke situ..

kesimpulannya.. salah satu perkara yg perlu pas ubah.. ubahla sket kekelantanan tu.. islam untuk semua..

saya minta difikirkan..tapi kalau nk caci pendapat saya ni.. cacilah..

salam

Muara said...

Baldi Merah... Saya adalah anak jati Kelantan, tetapi saya amat-amat menyokong pendapat yang tuan/puan berikan.

Tahniah atas luahan pendapat itu. Saya tidak mampu meluahkan pendapat seperti itu kerana hati saya sudah "kering". Tq

Ab Razak Hj Ahmad said...

Apa kena mengena isu Kelantan kalah bola sepak dengan isu Pilihanraya Bagan Pinang.

Please grow up la... semua nak dikatkan dengan politik. Sick and tired... Lepas ni kalau ada lembu mati beranak pun nak analisis kena kaitkan dengan politik jugak ke...

p/s - Tuan, recently coment dari saya sudah tidak disiarkan lagi.. Kenapa ya... adakah komen saya tidak intelek..??