Friday, November 13, 2009

Terkini Dari Kelantan

Tok Guru Batal Ke Makkah

TERKINI Tok Guru Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk mengerjakan haji tahun ini. Beliau bersama isteri dan keluarganya, mulanya di jangka akan ke Makkah pada Rabu ini.

Perkara ini di maklumkan sumber terdekat MB itu sekejap tadi. Katanyan Tok Guru mengumumkan pembatalan itu hari ini. Ulasan lanjut akan menyusul selepas ini.
(***kl. 12:13am 13/11/09)

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

tuan, tak ada sentuh ke isu tajaan ?

mungkin tuan boleh nasihat penaja agar jangan taja Nik Aziz tetapi tajalah rakyat Kelantan yang tidak mampu ke Mekah.

Boleh ?

Kita doakan siapa yang tersalah akan segera ditunjukkan oleh Allah.

Maksum tidak ada dalam hidup manusia biasa macam kita.

Kecuali orang merasa dirinya tak ubah berdarjat setara dengan Nabi Muhammad s.a.w

Unknown said...

Asm
Kesehteraan buat saudara MSO.
Tulisan kali ini buat nak DEWA kan ayahanda TGNA.Benar ayahanda juga bukan maksum seperti Nabi. Sejujurnya jika nak lihat perihal akhlak baginda Nabi Muhammad lihat lea pada pewaris Nabi. Alhamdulillah tika ini Allah telah memilih TGNA sebagai pewaris Nabi.

Kita bertempik menghina JAIS dalam isu tauliah DR MAZA. Lantas dengan suara kebenaran apakah 'tauliah' itu amat penting sehingga gelaran 'matan' mufti dan Dr PHD menjadi jumud pada pandangan para ustaz di JAIS.

Persoalan yang saya ingin utarakan apakah kita lebih tahu hukum HALAL dan HARAM berbanding dgn TGNA.Kenapa kita masih meletakkan ulamak sebagai golongan HAPRAK..insan yang zuhud sampai miskin papa kedana?

Saya masih ingat lagi ketika ayahanda TGHA membeli kenderaan Pajero. Banyak sungguh langau membuat fitnah. Apahkah kita nak ulamak kita berdakwah dengan basikal buruk kesana sini. Tidak kah kita sedar Nabi S.A.W berjuang dengan kuda yang paling pantas dan hebat. Sepatutnya yang kita dok 'tak ada sempat yang berdakwah' menawarkan keperluan hebat agar tuan2 guru kita dapat berdakwah sepertinya Nabi berdakwah.

Benar anak2 Quraiy masih wujud cuma didokong dengan pelakon baru. Biadap benar anak Quraiy ini apakah jika BENAR sekali pun TGNA di taja..apakah satu kesalahan. Ini bukan tajaan biasa..tapi tajaan agar TGNA lebih hampir dengan Penguasa Sejati..sayangnya anak Quraiy merasakan percutian tajaan lebih halal dari tajaan ke Mekah.

Saya yakin ayahanda TGNA tidak sebangsat kamu semua.Dia ada maruah dan harga diri tidak perlu ditajai.Cukuplah Allah tempat TGNA meminta dan mohon ditajai.

Saya doakan ayahanda TGNA mendapat pahala haji mabrur walaupun tidak melaksanakan haji tahun ini. Allah Maha Besar.