Sunday, November 29, 2009

Rencana Ahad

Sudahkah Tok Guru Istikharah?

WALAUPUN kemelut politik Kelantan sudah reda namun ia bukan mudah untuk sendik sepenuhnya. Terutamanya kepada diri Tok Guru Nik Abdul Aziz. Apa yang berlaku meninggalkan kesan jiwa mendalam buatnya dan juga seluruh keluarga dan orang-orang yang menyanyanginya di mana jua berada. Sesuatu yang tidak mahu kita saksi selama ini telah menimpa ke atas batang tubuh Nik Aziz. Beliau dipalitkan dengan keaiban dan kehinaan yang begitu busuk sehingga menjejaskan intergritinya sebagai seorang ulama. Usah kira apakah usaha itu terancang atau tidak, tetapi yang nyatanya ia sudah berlalu.

Kemelut yang meratah Kelantan baru-baru ini tidak akan mengembalikan diri Nik Aziz seperti sebelum ini. Di mana kalau sebelum ini beliau laksana sekeping cermin besar yang jernih dan bersinar banar yang menjadi tempat penilikan ummah, tetapi hari ini kewibawaanya sedikit retak.

Kemelut yang berpunca dari anak menantunya itu telah meretakkan cermin diri Nik Aziz. Kalau pun ia dapat ditangkupkan dan disusun kembali namun retak dan kesan pecahannya masih ada. Orang yang mengetahui apa yang menimpa cermin itu tahu akan di mana retak dan sumbingnya meskipun ia cuba dipolishkan dengan web bermutu tinggi sekalipun.

Persoalan kini, apakah beliau akan berhenti sebagai tanggungjawab kepada apa yang berlaku itu. Ada pro kontra dalam hal ini. Walaupun beliau sepatutnya sudah berhenti, baik kerana usia, kerana masalah dan imej yang tercemar, tetapi masih ada yang berharap agar beliau tidak berundur. Masih ada orang mengharap beliau terus memimpin Kelantan. Harapan ini seolah-olah tidak ada orang lain lagi yang mampu untuk melaksanakan tugas sebagai MB.

Tanggapan dan andaian ini sesuatu yang silap. Mungkin kerana disebabkan perasaan terlalu sayang sehingga sukar untuk menghadapi realiti ketiadaan Nik Aziz dalam persada politik Pas di Kelantan khasnya. Pandangan ini juga dari satu segi untuk terus menyusahkan Nik Aziz. Kenapa tidak, selagi beliau berada di situ selama itulah beliau akan diserang dan dihina. Selama itulah kita akan mendengar kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang luar biasa dan kontroversial.

Saya sendiri secara peribadi kalau boleh tidak mahu Tok Guru berhenti. Teruskanlah memimpin Kelantan sehingga ke akhir hayat. Beliau masih beraura. Kalau hendak mencari pengganti setaraf dan setandingnya tidak akan ada. Namun hakikat yang berlaku tidak siapa dapat menafikan dan beliau tidak boleh dikekangkan untuk terus berada di situ. Lumrah, fitrah dan proses alamiah tidak sesiapa dapat menyekatnya.

Rasanya Tok Guru sendiri sedang menimbang perkara ini sebaik mungkin. Berhenti atau tidak? Sekarang atau bila? Saya telah memberi dua jalan kepada beliau, ke kiri atau ke kanan. Ke kiri berhenti dan ke kanan terus memimpin Kelantan dengan syarat perlu melakukan pembersihan dalam parti dan kerajaan. Nampaknya masih belum ada riak dari beliau untuk melakukan sesuatu atau memilih mana-mana jalan. Tetapi melihat kepada perkembangan hari ini adalah lebih baik kalau Tok Guru berundur perlahan-lahan.

Putra politiknya, Nik Muhammad Abduh (foto atas) sudah jelas dan tegas meminta ayahandanya berhenti. Abduh mahukan ayahnya berundur dan meninggalkan simpang siur yang berlaku kini. Jika suara Nik Abduh itu mewakili seluruh keluarga besar keturunan Raja Jembal bermakna keluarga sudah sepakat mahu tok guru itu berundur. Rihat secukupnya.
Ada logik kalau Nik Abduh membuat seruan begitu. Dia tidak mahu ayahnya terus diserang sehingga keletihan. Seorang anak sudah mesti ada rasa simpati kepada orang tuanya. Bahkan simpati dari darah daging sendiri lebih tinggi dan mendalam dari simpati seorang pembantu yang suka mencuri makan!

Nik Abduh mungkin dapat membaca makrifah politik. Sekiranya ayahnya terus di situ selama itulah ayahnya akan menjadi alat dan diperalat oleh orang tertentu untuk kepentingan peribadi. Menjadi alat dan memperalatkan ayahnya sesuatu yang mendukacitakan Abduh dan seluruh anggota keluarganya. Apa lagi dijadikan alat untuk keuntungan politik peribadi orang tertentu. Mungkin Nik Abduh dan keluarga lain tidak kisah kalau Nik Aziz terus menjadi hamba kepada agama, bangsa dan negara. Mereka redha. Selama ini sejak lebih 50 tahun lalu mereka telah melepaskan Nik Aziz ke lapangan juang. Mungkin mereka bangga kalau ayahnya syahid atas takhta kebenaran.

Apakah yang Tok Guru sedang fikirkan pada masa ini? Apakah beliau masih mengira untuk memberi ruang kepada orang yang ada dalam hatinya? Makanya beliau harus terus memimpin sehingga apa yang dicita-cita itu terlaksana? Rasanya Tok Guru tidak perlu berfikir panjang, menghitung jatuh bangun orang lain. Beliau perlu mendahului dirinya sendiri bukan sesiapa. Cermin yang retak harus dicantumkan seboleh-boleh biarlah ia tidak terbayang kemusnahan itu.

Semalam di tv beberapa orang pemimpin UBN mencaci dan menghina Nik Aziz sehingga ada yang mengatakan Nik Aziz sudah tidak stabil. Penghinaan itu turut menyelinap ke dalam jantung hati saya. Saya percaya orang lain juga. Seorang pengkagum Nik Aziz di Kota Bharu menelefon dengan suara sebak menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Katanya, biarlah Tok Guru berhenti cepat, kerana tidak sanggup mendengar penghinaan ke atasnya. Mungkin bagi Tok Guru tidak kisah, tetapi orang lain, orang yang menyanyangi dan memuliakannya histeria menghadapi penghinaan itu.

Pagi ini seorang bekas pemimpin Pas Kelantan pula menghubungi saya mengatakan hal yang sama. Dia sedih bercampur dengan hairan. “Saya sedih atas apa yang berlaku dan hairan dengan sikap Tok Guru,” ujarnya berterus terang. Apa yang dihairankan ialah kenapaTok Guru seolah tidak membuat sesuatu tindakan bagi menyelamatkan keadaan dan maruah dirinya kini yang mulai tercemar.

Menurutnya situasi yang menimpa Tok Guru hari ini sangat parah, bukan saja kepada maruahnya tetapi maruah Pas juga. Makanya beliau berharap Tok Guru akan menyedari keadaan ini dan segera memperbaikinya sebelum keadaan lebih parah lagi.

Justeru kata pemimpin itu, untuk menghuraikan kemelut ini elok kalau Tok Guru kembali kepada Tuhan. Mencari jawaban atas apa yang berlaku dengan mengadakan solat istikharah. “Enta suruhlah Tok Guru sembahyang istikharah, mendapat petunjuk dari Tuhan apa yang lebih baik untuk beliau lakukan. Kalau dia merasakan perlu berhenti, berhentilah dan kalau istikharah itu kata kena terus, teruskannya. .. Biarlah Allah memberi petunjuk dan bukannya makhluk,” begitulah ujar pemimpin itu. Bunyinya agak emosi tetapi niatnya dapat difahami dia kasih kepada Tok Guru.

Bila saya bertanya kenapa kepada pemimpin berkenaan kenapa tidak suruh sendiri, dia mengatakan tidak mahu tanpa memberi alasan.

Menarik juga saranan itu. Dan apakah Tok Guru tidak istikharah dalam membuat apa-apa keputusan berhubung kemelut yang berlaku kini? Bukankah sebelum ini Tok Guru begitu jinak dan intim dengan istikharah. Apa-apa yang sulit beliau dapat keputusannya dari istikharah. Begitulah yang didengari sebelum ini.

Ada ‘kuliha’ juga cadangan bekas pemimpin itu. Eloklah Tok Guru beristikharah mencari jawaban
mengenai kedudukan dirinya hari ini. Sekiranya menerusi istikharah itu Tuhan memberi hidayah, beliau harus terus jadi MB dan memimpin parti maka hendaklah diteruskan. Tok Guru tidak perlu peduli dan risau dengan cacian dan kata-kata orang. Sebab petunjuk Tuhan itu benar dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi seperti mana petunjuk dan nasihat diberikan manusia.

Kata pemimpin itu lagi, rumusan, ataupun keputusan dan analisa dari manusia tidak menepati kehendak sebenarnya. “Tok Guru tidak boleh dengar cakap orang, beliau kena dengar cakap Tuhan. Biarlah dia mendapat hidayah dari Tuhan” ujarnya lagi penuh mengharap. Bekas pemimpin yang juga sahabat Nik Aziz yakin kalau keputusan menerusi istikharah akan dapat menyelesaikan masalah. Nah... Tok Guru istikharahlah ataupun memang apa yang diambil kini sudah diistikharahkan! [d'kota kl 11:00 am 29/11/09]

4 comments:

Unknown said...

Tok Guru kena byk bersabar dan berusaha menepis tohmahan2 tu dan berhati2 di masa hadapan dengan orang sekelilingnya seterusnya berhati2 keluarkan kenyataan/mengambil tindakan terhadap sesuatu. Biasalah kalau kita memang betul2 nak perjuangkan Islam byk dugaannya. Baginda SAW pun pernah dituduh gila dan ahli sihir. Sahabat2 Nabi SAW pernah diseksa dengan kejam. Tapi akhirnya Allah angkat darjat mereka semua. InsyaAllah dugaan ni kerana Allah sayangkan Tok Guru dan mungkin nak naikkan darjat Tok Guru disisiNYA. Orang2 yang sayangkan Tok Guru kenalah tanya Tok Guru sama ada dia nak bersara atau tidak. Jika jwpn Tok Guru adalah tidak mahu bersara lagi, janganlah dipaksa beliau. Bantulah Tok Guru harungi mslh ini bersama2. Bantulah Tok Guru perjuangkan Islam sehingga akhir hayat beliau. Jangan biarkan dia keseorangan dan lemahkan semangat dia dgn suruh dia berhenti.

ANAFAKIR said...

Segala yang berlaku adalah semata-mata untuk mempastikan TGNA berundur dari semua jawatan yang dipegangnya.UBN bertepuk gembira, pendengki TGNA tersenyum puas, musuh dalam selimut TGNA pun riang ria, peminat jawatan MB Kelantan pun lena tidur.

Segala isu yang dicipta, yang tercipta,semuanya menuju ke arah yang sama.TGNA mesti diturunkan sebelum PRU13.Jika tidak pihak opposisi dengan PAS sukar untuk kembali berkuasa di Kelantan.

Melalui pendekatan membunuh karektor TGNA, melalui fitnah, melalui serangan isu perbadi dan keluarga yang mungkin akan melemahkan TGNA sehingga memaksa TGNA melepaskan segala amanah dan tanggugnjawabnya selama ini.Hanya dengan cara ini sahaja, TGNA boleh dikalahkan.

Cuma satu pertanyaaa; mana pergi muafakat, mana pergi kata sepakat, mana pergi bai'aih sehidup semati dalam perjuangan, mana pergi 'pejuang berani mati' PAS, mana pergi segala anak didik TGNA, mana pergi sahabat seperjuangan TGNA, mana pergi para pengkagum TGNA, mana pergi pemimpin utama PAS yang lain sehingga menampakkan TGNA keseorangan menepis kemelut yang melanda?....semua yang di atas itu seolah-olah sudah berpaling tadah turut sama membantai TGNA.Menjadi munafik dalam perjuangan...

Percayalah..di sebalik segala isu yang dicipta dan isu tercipta,terselit kemas hasrat UBN untuk menawan semula Kelantan dalam PRU akan datang.Musuh2 PAS semakin galak dan 'rebah bulu' semula untuk menanam impian, betapa PRU13 akan datang, PAS akan menjadi pembangkang semula.

Habis, kenapa kita [ pejuang PAS, pengkagum PAS, anak didik TGNA, pemuka-pemuka PAS ]seperti berpeluk tubuh, berdiam diri melihat apa yang berlaku seolah-olah menonton drama 'NUR KASIH' di TV3 sahaja...leka dan lalai dengan apa yang berlaku sedangkan apa yang tercetus itu akan dan boleh membunuh PAS secara total.

Fikir-fikirkanlah.
Sekian, mohon mencadang.

Pr0fiL t3M4n5 said...

Salam,
Memberi pengajaran kepada manusia ini ada dalam dua masa.

1. ketika sebelum sesuatu perkara dilakukan.
Maka para penasihat, ahli syura, ahli penyelidik membincangkan pendapat, menasihat dan membentangkan dapatan sebelum dilaksanakan sesuatu perkara. Jika yang mendengar nasihat terbuka tanpa mengutamakan keegoan diri dan pangkat, ia akan menerima nasihat dan pandangan tersebut dengan lapang dada.

2. Ketika setelah sesuatu perkara dilakukan.
Maka para penasihat, ahli syura, ahli penyelidikan menasihati setelah dilaksanakan sesuatu perkara. Maka ayat begini mungkin didendang "kan teman dah kata, tapi kenapa tak mahu dengar"

Jika dilihat dari politik Malaysia, gaya kedua selalu digunakan oleh BN dalam melaksanakan sesuatu polisi kerajaan (contoh seperti isu PPSMI). Yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Namun, kini jika diteropong ke arah PAS Pusat (seperti isu UG) dan terkini di Kelantan Dimanakah perbezaannya? Apakah nasihat diberikan sebelum terhantuk atau selepas terhantuk dan dihantuk?
Dalam hal ini penasihat, ahli syura dan penyelidik perlu bersikap seperti seorang pemuda di zaman Omar AlKhatab selepas dilantik menjadi khalifah yang berani menegur dengan pedang. Janganlah kerana title tok guru, ada yang takut menegur jika berlaku kekhilafan dan kesalahan.

tanahmelayukita said...

Sdra Sai,

Janganlah jatuhkan MAQAM Rasulullah saw dengan membandingkan FITNAH dan MEHNAH baginda, dengan TGNA yang lidah bercabang tu.

Apa yang dihadapi TGNA ialah RASUAH 65K VVIP HAJ PACKAGE. Kalau 10 orang dah jadi RASUAH melebihi setengah JUTA. Perkara ini bukan andaian atau tuduhan, tetapi berdasarkan perakuan TGNA sendiri.

Saya amat hairan bila TGNA jahil tentang apa itu RASUAH.