Mahkamah Tetapkan Bicara Tahun Depan.
Ada dua isu melingkungi parti agama (Pas) yang menarik untuk diperkatakan waktu ini. Walaupun kedua-dua isu itu bersifat personal tetapi kerana ia membabitkan pemimpin tinggi atau tokoh Pas maka ia secara tidak langsung mengheretkan parti agama itu dan mendamgekannya. Suka atau tidak ia diberi perhatian dan dijadikan modal kering dalam politik.
Pasti dalam Piraum 14 nanti kedua-dua isu itu akan digunakan oleh musuh Pas, khansya Umno sekiranya ia tidak dilengsai dengan baik. Atas kebimbangan itu maka kedua-dua isu itu penting perlu diberi tumpuan serta mencari penyelesaiannya.
Isu pertama ialah mengenai ziarah Abdul Hadi Awang ke Tehran bagi menghadiri satu seminar kononnya untuk mencari perdamaian di antara golongan Syiah dengan Sunni yang "bertikah" mengenai fahaman kedua-duak puak itu.
Bagaimana pun pemergian Hadi itu telah menimbulkan kontroversi kerana ia dibabitkan dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS), yang mana pengkaitan itu menyebabkan timbul rasa kurang senang dari pihak KUIS termasuk pressidennya sendiri Yusof Qardhawi.
Hadi seperti dilaporkan mendakwa pemergiannya mewakili KUIS tetapi ia disangkal oleh pihak kesatuan itu sendiri menerusi setiausaha agungnya. Laporan dalam portal rasmi partinya juga katanya di delete. Why? Why?
Penafian oleh KUIS itu menunjukkan berlaku pembohongan fakta oleh pihak Hadi. Kegelabahan Hadi terhadap pertikaian itu dijelaskan pula menerusi sikapnya yang merendah-rendahkan upaya fizikal Yusof Qardhawi dengan mengatakan tokoh ulama itu sebagai kurang pendengaran dan mata juga kabur. Hadi memberi gambaran pertikaian Qardhawi terhadap kunjungan sebagai palsu.
Pemergian Hadi itu sebenarnya perkara biasa. Bukan pertama kali dia berjabat salam dan berpelukan cium pipi sambil memijak hujung jubah masing-masing dengan Ayutollah-Ayutolah dan pemimpin Syiah. Sudah acap benar lantaran itu Hadi tidak menoleh kepada perkembangan semasa sebelum memijak bumi Qom. Hadi tidak peka dan prihatin dengan keadaan semasa.
Tetapi kenapa pemergian beliau kali ini dipertikaikan, kerana saat Hadi ke Tehran itu saudara Islam di Aleppo, Syria sedang diganyang dengan dan dibunuh hidup-hidup. Pengeboman itu turut sama melibatkan sokongan moral daripada Tehran dimana ia dilihat tragedi itu ada persekongkolan oleh Iran. Itu sahaja kekhilafannya.
Jadi pemergian Hadi itu kurang tepat apa lagi saat pemimpin dan ulama muktabar lain yang juga menerima undangan tetapi mereka mengabsenkan diri.
Dari Malaysia bukan presiden "mulla" Pas itu sahaja diundang tetapi pembesar parti Islam lain juga turut sama dijemput yang mana kalau mereka hadir pasti akan disambut dengan bunga manggal dan nyanyian Hadrah atau lagu-lagu membangkit semangat Syiah.
Khabarnya penasihat agama Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang dan Abdul Ghani Shamsuddin, juga turut sama diundang ke seminar berkenaan. Begitu juga dengan Husam Musa ada menerima jemputan termasuk diberikan tambang dan penginapan percuma, tetapi mereka menolaknya dengan baik dan penuh hikmah. Mereka lebih melihat kepentingan lain daripada meraikan undangan Iran yang ada motif tersendiri itu.
Baik Ahmad, Ghani dan Husam mereka tidak ikut sesukanya dan membiarkan wibawa mereka larut dalam dalam pertikaian isu Sunni dan Syiah. Dan saya percaya penolakan mereka ke atas undangan itu sebagai menghormati dan menyatakan solidariti dan menzahirkan perasaan simpati dan sedih atas apa yang berlaku ke atas nasib penganut Sunni di Aleppo.
Namun Hadi yang terkenal dengan ketegasan dan "kebabilannya", bercakap dengan nada angkuh serta sering songsang dengan "ijtihad siasah", tidak mempedulikan sentimen berkenaan dan hadir ke seminar itu seperti biasa penuh kebanggaan kononnya dialah pemimpin daris garis agama yang terhebat dari Nusantara.
Beliau mungkin ikhlas hadir bagi menyelesaikan pertikiakan Sunni dan Syiah yang berlarutan beratus abad tetapi masa dan ketikanya kurang kena. Langkah Hadi itu seperti memakai "sweater" di musim panas. Pemergian itu seolah-olah beliau sedikit pun tidak merasai apa yang dirasai oleh Muslim Sunni di Aleppo. Dan nawaitu itu juga dilihat besar tetapi membelakangi kepentingan lain dalam konteksnya sebagai pemimpin parti dan agama di negara ini.
Hadi sepatutnya tidak obses menyelesaikan pertikaian Sunni dan Syiah, tetapi lebih baik selesaikan dahulu pertelingkahan, penyesatan dan pelebelan (takfiri) kerana dogma politik yang berlaku dalam Pas kini. Perpecahan Pas menyebabkan tertubuh Amanah dan kian ramai anak-anak muda profesional menjauhi jemaah itu seharusnya menjadi keutamaan Hadi mengatasinya. Dengan melupai keperluan itu disinilah orang suluh betapa ceteknya politik Hadi.
Kita tinggal Hadi dan kita ke isu kedua, yakni mengenai isu perbicaraan berkaitan pertikaikan penjualan sebidang tanah antara Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang Abdul Fatah Haron dengan bekas TMB Kelantan Abdul Halim Abdul Rahman dan bekas Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali bersama beberapa yang lain.
Saya menemui Fatah dibilik saksi. |
Kes ini berpanjangan. Ia dimulakan dengan satu injuksi oleh Fatah menghalang berhubung bayaran hasil penjualan tanah tersebut. Beliau meminta baki bayaran penjualan tanah itu dibekukan sehingga pertikaian itu selesai. Tanah itu menjadi isu apabila ia dijual kepada syarikat Perumahan Negara 1Malaysia (Prima) untuk dibangunkan rumah awam. Nilainya jualannya hampir RM20 juta.
Tindakan Fatah itu mengejutkan Abdul Halim, Mustapa dan yang lain dimana mereka adalah rakan kongsinya. Halim dan Mustapa mungkin tidak menyangka Fatah tergamak membawanya ke mahkamah. Tetapi disebabkan Fatah merasakan beliau dipedaya oleh rakan sendiri dan berlaku pembahagian tidak adil maka beliau terpaksa mengheretnya ke mahkamah.
Saya turun ke Kota Bharu bukan apa hanya kerana ingin berjumpa dengan ketiga-tiga terbabit itu, serta mengikut perbicaraannya. Saya mahu mendapat maklumat dan fakta tepat berhubung pertikaiakn itu. Apa yang dinyatakan di hadapan Hakim nanti tentulah perkara yang benar dan fakta. Harapan selepas ini kekaburan berkaitan isu tanah itu tidak timbul lagi.
Sebelum ini saya ada membuat beberapa catatan berkaitan isu penjualan dan pemilikan tanah itu dalam blog ini tetapi ia lebih daripada makluman dari luar dan bukan dari mulut pihak-pihak terlibat itu. Saya mengira apabila saya ke mahkamah saya akan berjumpa degan Fatah, Mustapa Ali, Halim Abdul Rahman dan juga mengenali beberapa yang lain yang turut dinamakan sebagai defenden.
Paling mendesak saya untuk hadir menyaksikan perbicaraan itu ialah apabila pernah mendapat maklumat daripada Mustapa Ali yang kononnya Fatah tidak ada kena mengena dengan tanah itu lagi. Dalam satu perbualan dengan beliau (Mustapa) ada memberi tahu yang Fatah tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membeli tanah yang dijual kepada Prima itu.
Jadi saya mahu tengok macam mana reaksi mereka di mahkamah nanti apabila bersemuka. Apakah mereka akan mesra dan bersalaman seperti biasa. Menunjukkan sikap sebagai seorang ahli politik, profesional, bergaduh di pentas tetapi berdakapan di kedai kopi. Saya mengharap keadaan itu akan berlaku, semoga kes pertikaian isu tanah itu tidak diperpanjangan dalam mahkamah. Sebab seperti saya nyatakan tadi kalau berlaku perbicaraan, maka buruklah jadinya.
Jam 9:30 gelanggang mahkamah sudah dibuka dan Pesuruhjaya Hakim, Ahmad Bachi sudah bersiap sedia untuk menjalankan perbicaraan beberapa kes yang disenaraikan hari itu. Kes membabitkan Fatah dan Abdul Halim dan Mustapa duduk diurutan pertama.
Saya tidak terus memasuki ke dalam mahkamah sebalinya ke bilik saksi bagi berjumpa dengan Fatah. Saya dimaklumkan seseorang yang Fatah tiba sejak awal pagi lagi dan ada di bilik saksi. Saya menjenguk ke bilik itu, begitu nampak saya Fatah agak terkejut.
"Oh, ada... sampai bila..?" begitulah sapa Fatah, mesra seperti biasa. Saya mengenali Fatah bukan sehari dua tetapi sejak lebih 35 tahun lalu. Saya berkawan dengannya semasa dia menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas kawasan Rantau Panjang lagi.
Begitu juga dengan Mustapa dan Halim. Ketiga-tiga mereka saya anggap abang saya, dan sangat mengenali hati budi tiap seorang daripada mereka. Saya juga sangat tahu akan keulitan dan kegigihan Fatah dalam berjuang dalam Pas.
"Baharu turun kapal terbang," jelas saya lalu duduk berdekatan dengannya. Kami bersalaman dan berpelukan. Sudah lama saya tidak duduk-duduk begitu dengan bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga menjadi MP saya itu.
Faris anak Mustapa Ali. |
"Tidak tahu, mari ke dak?" balasnya ringkas. Penjelasan itu menunjukkan dia tidak mengambil kisah kepada kedua-dua kawannya itu. Cara beliau membalas itu membayangkan beliau tidak berhubung atau pun kedua-dua mereka itu sudah dianggap sebagai seteru yang akan mengemukakan hujah masing-masing dalam mahkamah nanti.
Sejurus kemudian muncul seorang anak muda lengkap dengan jubah peguam (black robe). Begitu melihat saya dia melemparkan senyum. Saya lupa gerangannya tetapi wajahnya familiar kepada saya. Yang pasti dia menegnali saya.
"Pak Sayuti sihat ke?" tanya anak muda itu. Saya masih "merasau" dalam benak mengingati siapa si macho ini. Apabila dia bertanyakan diri saya bermakna dia memerhati perjalanan hidup saya dan kenal rapat dengan saya.
Anak muda itu jengok ke bilik itu untuk bertaya atau meminta permisi untuk menyatakan sesuatu dengan Fatah. "Abe Tah, dua minit.." katanya sambil memberi israt jari. Selepas dia keluar saya bertanya kepada Rasul (Adun Bukit Tuku) yang ada sama menemani Fatah. Rasul ialah Adun Bukit Tuku pensetia Fatah sejak dari remaja lagi.
"Sol siapa tu..?" Tanya saya.
"Enta tak kena, anak Cikgu Pa (Mustapa Ali).." kata Rosol. Oh baharu saya ingat... dan memang suatu waktu dahulu dia sering telefon saya, khasnya apabila ada sesuatu mengenai ayahnya berhubung politik. Pernah satu ketika dia meminta saya menasihati ayahnya supaya jangan bertanding lagi dalam pilihan raya (2013). Ketika Mustafa diura-ura akan diletakkan di Putrajaya.
Namanya Faris dia seorang peramah. Saya faham kenapa dia berada di situ kerana menjadi lawyer bagi pihak bekas Setiausaha Agung yang kini menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas. Faris seorang anak yang mengambil berat terhadap diri dan perkembangan politik ayahya itu.
Sekejap kemudian Faris masuk semula ke bilik saksi itu, dan selepas berselfie dengan saya dia keluar semula untuk masuk ke dalam mahkamah. Sebelum sempat saya bertanya untuk apa Farid memanggilnya, Fatah menjelaskan Faris meminta sesuatu persetujuan daripadanya berkaitan perbicaraan hari ini.
"Dia meminta untuk membuang beberapa perkara dalam afidavit balas (pembelaan) yang disenaraikan," jelas Fatah. Dan tanpa saya bertanya lanjut juga Fatah menjelaskan, segala butiran yang hendak dibuang itu ianya dimasukkan oleh pihak defenden, jadi kalau hendak dipadamkan ia tidak berbangkit baginya. Kononnya butiran itu dimasukan untuk dijadikan bukti dan hujah pembelaan di sebelah defenden.
Bersambung. Maghrib sudah masuk. [wm.kl.7:10 pm 25/12/16]
No comments:
Post a Comment