Friday, June 14, 2019

Beberapa kenyataan yang tidak membantu...

ULASAN BERITA

PETANG ini saya hendak ulas tiga berita yang disiarkan bersabit video lucah membabitkan menteri kanan negara Malaysia. Berita-berita itu ialah pendedahan dibuat oleh timbalan ketua Pemuda PKR Sabah Blisson Zainuddin, dua, berita usaha Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) dalam menyiasat isu tersebut dan ketiga, kenyataan Otai Refromasi Dr Idris Ahmad yang mecurahkan rasa kesal dengan sikap Dr Mahathir dan cadangannya agar Azmin Ali direhatkan.

Blassion dalam satu kenyataan akhbar di Sabah, telah mendedahkan perihal Haziq Aziz yang beberapa kali menghubunginya meminta jadual atau perjalanan Azmin Ali semasa kempen pilihan raya kecil Sandakan. Katanya dia berasa pelik dengan tindakan Haziq itu.

Jelasnya beberapa kali Haziq berhubung dengannya untuk mengetahui jadual kempen dan perjalanan Azmin semasa di Sandakan. Bukan itu sahaja, Haziq juga ingin mengetahui di mana Azmin menginap.

Dalam kenyataan itu Blassion cuba menafi Haziq sebagai mempunyai hubungan intim dengan Azmin. Alasannya sekiranya benar Haziq intim atau rapat dengan Azmin dia tidak perlu dihubungi untuk tahu perjalanan Azmin kerana boleh menghubungi sendiri. Blassion mendakwa semasa pilihan raya kecil itu Haziq ada menghubunginya beberapa kali untuk mengetahui perihal Azmin.

Penjelsan Blassion itu dilihat tidak mengendurkan masalah sebaliknya membelitkan lagi keadaan, bilamana dia mengatakan dia tidak pasti apakah Haziq ada jumpa Azmin atau menginap di hotel sama. Bagaimana pun dia mengesahkan yang Azmin menginap di hotel Four Points di Sandakan.

Dalam sisi lain Blassion membuat andaian Haziq dilindungi oleh pemimpin PKR hanya berdasarkan kepada tidak ada tindakan memecat Haziq walaupun dia sudah membuat pengakuan yang dia bersama Azmin dalam video itu. Tanpa tindakan memecat Haziq ini ditafsirkan oleh Blassion yang Haziq dilindungi pemimpin PKR.

Yang cuba hendak dibayang dan dikaitkan Blassion, Haziq rapat dengan kumpulan Rafizi Ramli, dan juga mempersoalkan walaupun Haziq baharu menyertai PKR tetapi diberi peluang bertanding jawatan ketua pemuda PKR Sentubong.

Sekali lagi kenyataan Blassion itu tidak membantu mengamankan partinya sebaliknya meluaskan lagi jurang dan tambah asam dalam luka. Beliau tidak perlu pun bangkitkan soal itu, sewajarnya serah kepada kebijasanaan parti menanganinya kerana parti ada mekanismenya sendiri.

Kalau partinya hendak mengambil tindakan disiplin, bukan sahaja kepada Haziq tetapi kepada Azmin juga yang dituduhan terbabit dengan video itu. Jadi tindakan itu, tidak tergesa-gesa memecat Haziq adalah adil.

Justeru kerana apa yang berlaku diperingkat tuduhan dan masih dalam siasatan, mungkin menyebabkan pimpinan parti itu, Biro Disiplin belum membuat keputusan dalam masa terdekat bagi mengelakkan ia dianggap tergesa-gesa. 

Mengenai alasan Haziq diberikan peluang bertanding walaupun baru, ia bukan pelik kerana terdapat berdozen muka baru yang baru menyertai PKR dan kencing serta beraknya masih berbau Umno diberikan peluang bertanding, dan menang. Di Kelantan juga ada.

SKMM.
Berhubung dengan usaha SKMM yang giat menjalankan usaha memburu pihak yang menyebarkan video itu; dalam tahap hari ini ia tidak begitu penting dan terdesak. Mencari siapa penyebar tidak menyelesaikan masalah dan boleh meredakan kekeliruan yang berlaku kini, cuma ia dapat mendakwa mereka yang berbuat kerja mengaibkan orang lain. Ia tidak menuntaskan isu pokok, individu dalam video itu. 

Yang mustahak ialah mengesahkan dahulu ketulenan video berkenaan. SKMM patut membuat penelitian untuk menentukan kesahihan video berkenaan. Pengakuan dibuat oleh Haziq boleh dijadikan asas (saksi) dan keutamaan untuk segera mengesahkan ketulenannya. Sekiranya ia palsu, ia menjawab separuh daripada masalah itu, dan mungkin urusan memburu sang penyebar baharu penting.

Kenyataan Otai.
Kenyataan dikelaurkan oleh Otai Reformasi juga dilihat tidak membantu mengheningkan keadaan.  Kenyataan Pengerusinya Dr Idris Ahmad, yang melahirkan rasa kecewa dengan sikap Dr Mahathir memberi respon terhadap isu itu tidak perlu dibuat walaupun ada benarnya. 

Idris persoal cara Dr Mahathir memberi raksi kepada video berkenaan dengan mengatakan ia palsu. Sebenarnya tidak perlu curigai dan kesal dengan kenyataan awal Dr Mahathir itu. Apabila beliau ditanya hal itu oleh wartawan, sedangkan beliau sendiri (mungkin) belum menelitinya maka itulah jawaban standard dibuatnya. (Pun begitu saya yakin dan percaya isu berkenaan sudah diketahui lebih awal, atas kapasitinya sebagai PM). 

Sepatutnya Otai Reformasi menunggu bebebrapa ketika untuk melihat bagaimana cara Dr Mahathir bertindak atau bersilat. Saya tidak fikir Dr Mahathir sudah berubah sikap dan membuat keputusan double standard. Selepas beliau mendapat laporan daripada polis, SKMM dan lain-lain mengenai kedudukan video itu, beliau akan memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya. 

Semua orang yakin dan percaya, sikap dan pendiriannya seperti diambil ketika kasus membabitkan Anwar Ibrahim 20 tahun lalu masih kekal. Dr Mahathir boleh membuat keputusan yang beliau kehendaki hatta membelakangkan semangat PH, sebab beliau pengerusi, tetapi beliau tidak mungkin bersedia berhadapan dengan kecaman dunia. Ini pasti dinilai oleh beliau. Lagipun senario dalam PH berbeza dengan BN dahulu. 

Mengani cadangan Otai Reformasi agar Azmin Ali, diberi kerihatan dan bercuti daripada menjalankan tugas rasminya sebagai menteri sepanjang siasatan dijalankan ia adalah cadangan baik yang perlu diambil kira.  Itulah cara sebaik-baiknya untuk tidak membebankan Azmin dengan tugasnya sedangkan perasaanya tidak tenteram.

Dr Mahathir kini sedang dalam lawatan ke United Kingdom. Saya percaya dan yakin sekembalinya dari lawatan itu nanti beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu yang panas dan hangat itu. Kita tidak mahu menduga apa yang beliau akan lakukan. Tetapi saya lebih mirip untuk mengatakan beliau akan meminta Azmin berihat. [wm.kl.6:35 pm 14/06/19]

5 comments:

Anonymous said...

azmin patut cuti

Quantum Metal Consultant said...

Azmin memegang satu potfolio penting untuk NEGARA, tidak wajar direhatkan.

Kepentingan NEGARA mengatasi yang lain.
Jika itu caranya, besok pelbagai vedio dengan pelbagai Menteri dikaitkan?
Semua Kena direhatkan?

Anonymous said...

Nak jadi pemimpin..mesti bersih..kalau kotor..tiba masa nya..pasti akan terdedah

Anonymous said...

Dulu Tun M naikkan Anwar lepas tu Anwar disingkir...
Skrg dia naikkan Azmin, tapi Azmin mcm nak disingkir..
Guna Azmin utk pecah belahkan PKR.
Bila dah pecah, Azmin disingkir.
Matlamat utama ialah utk singkir semua org yg ada potensi jadi PM.
Lepas tu baru senang nk lantik anak dia....

UNCLE RAMLI said...

Jelas sekali perang proksi antara pembaharu(reformis) Anuar Ibrahim dan 94 tahun revolusioner autokrat Mahathir Mohamad dah bermula....