Friday, April 21, 2023

Selamat Hari Raya Aidifitri

 UCAPAN

Alhamdulilah esok kita rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam bersama dengan kaum muslimi muslimat seantero dunia menyambut hari raya Aidifitri al Mubarak. 

Hari raya merupakan simbolik hari kemenangan kita melawan dan mendidik nafsu.Sebulan kita lalui dengan melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadhan Karim adalah latihan rutin tahunan yang diwajibkan ke atas kita bagi memancung hawa nafsu Amarah bagi membangun nafsu Lawwamah

Sempanjang latihan itu, syukur kita berjaya melalui dan menghayatinya sekadar kemampuan kita. Kita berharap ia dapat memperbaiki diri kita. 

Terbiah Ramadhan berguna untuk semua asek. Dalam konteks politik, sepanjang amal ibadat di bulan Ramadhan diharap telah memberi keinsafan dan kesedaran kepada setiap daripada kita untuk perbaiki kesilapan yang berlaku selama ini.

Mereka yang selama ini tebal dengan sentimen politik ideologi, bersifat kepuakan secara jahiliah sanggup mencerca dan mencaci di antara satu sama lain tanpa asas agama yang konkrit serta merugikan, diharap dapat mengubah sikap dan pendekatan.

Tidak ada guna bergaduh sepanjang masa sedangkan matlamat yang dikandungkan dalam perjuangan tidak kesampaian. Misi jihad entah ke mana kerana pesona dengan slogan retorik. Betapa kita menggendung harapan ia tidak bermakna sekiranya gagal direalisaskan untuk rakyat dan kebaikan kepada nusa dan bangsa. 

Dalam sistem demokrasi telah menetapkan lima tahun untuk satu penggal. Masa atau tempoh lima tahun yang ditetapkan adalah masa untuk "pause" berpolitik. Pihak yang kalah atau tidak bernasib baik seharus memberi peluang kepada mereka yang sedang memikul mandat menjadi pemerintah secara sah. 

Jika pergaduhan, serang menyerang usaha sabotaj mensabotaj sepanjng masa tidak ada maknalah tempoh "pause" lima tahun itu. Tindakan itu menjadikan kita tidak reti dan tahu menilai politik.

Bukan tidak boleh meruntuhkan kerajaan sebelum tempoh itu (pilihan raya), tetapi biarlah ia wajar dan cukup syarat-syaratnya, semisalnya kerajaan tidak melaksanaan janji, menghampakan rakyat dan gagal membangun negara dan menimbulkan mudarat. Kalau syaratnya cukup, ia bukan wajar malahan wajib untuk dijatuhkan. Tetapi kalau ia berfungsi dengan baik segla perancangan menyakinkan ia bukan wajar, tetapi wajib disokong. Sebaliknya jka ditentang berdosa (burah). 

Kerajaan yang ada kini, giat cuba membangun dan selamatkan negara. Ia membawa misi Perpaduan merentasi sepadan parti dan kabilah. Jika Malaysia diibaratkan sebuah rumah buruk, anggota kabinet sedang membaiki sudut masing-masing mengikut tugasan bagi menyempurnakan rumah bernama Malaysia. Berbagai inisiatif kebajikan dilaksanakan untuk kesenangan dan kegembiraan rakyat. Dalam rangka ini semua orang politik khasnya pembangkang yang terbabit secara langsung hendaklah membantu bukan mengejek.

Semisalnya lima tahun akan datang pembangkang pula menjadi kerajaan, maka tugas dan tanggungjawab sama perlu diambil oleh anggota kerajaan hari ini. Itulah politk professional yang bijaksana. 

Marilah kita jadikan Aidifitri 1444/2023 ini permulan untuk kita menghayati erti dan makna politik dan demokrasi sebenar sesuai dengan usia kemerdekaan kita sudah pun cecah 66 tahun. Selamat hari Raya Aidifitir Maa Zahir dan batin. [wm.kl.7:23 an 20/04/2023] 

No comments: