ULASAN
Anwar Ibrahim |
Mulanya saya sendiri tidak ambil peduali mengenai cerita memualkan ini. Tetapi apabila ia disentuh sendiri oleh Anwar Ibrahim, baru saya cuba menyelidiki dan menganaliasanya sejauh mana logik dan benarnya.
Bagi Anwar beliau menyifatkn gerakan itu suatu igauan. Ia dilakukan oleh mereka yang mengigau. Sama ada realiti atau igauan, apabila perdana menteri memberi reaksi maka perlu saya mengulas sedikit mengenainya, memberi pendapat dan pandangan.
Sudah ramai kekawan penulis berbuat demikian, dan umum sedikit sebanyak sedia maklum tentang latar belakang kisah ini.
Saya menyimpul begini kalaulah benar ada gerakan hendak jatuhkan kerajaan, asasnya bukan kerana faktor kelemahan dan ketidakkeupayaan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, tetapi kerana nawaitudan dendam.
Jumpa Mahathir? |
Atau memberi ruang dan tempo bagi menyaksikan kegagalan demi kegagalan beliau, baru adil dan munasabah untuk menghentam. Apabila belum apa-apa, belum sampai setahun atau belum lepas pantang sudah ada gerakan jahat sebegitu nampak ia dilakukan berdasarkan amarah bukan akal.
Mendapat sokongan.
Bagi manusia yang waras tidak ada sebab untuk mengkhianati kerajaan Perpaduan yang makin
mendapat kepercayaan dan sambutan rakyat. Konsep Malaysia Madani cukup mewangikan situasi negara. Menu Rahmah dipuji semua pihak dan rakyat berasa bertuah dengannya. Semua aspek pentadbiran dan pengurusan juga telah disentuh oleh Anwar untuk dilakukan reform. Sepatut mereka terbuk dan waras memberi peluang Anwar menunjukan kebolehannya setelah lebih 25 tahun menunggu.
Tetapi kerana hal-hal peribadi maka Anwar dibenci, diusahakan agar jatuh. Ditikam dan disolor dengan senjata sama yang sudah klise.
Kalaulah benar ada desas desus itu dan ia munasabah, bagi saya ia berlandaskan kepada kebencian dan dendam politik. Politik orang Melayu. Sejarah dan perjalanan politik negara pascara merdeka, Anwar tidak pernah habis-habis daripada di kelilingi musuh seperti dahulu. Itulah nasib Anwar.
Sebaik beliau menerjunkan diri dalam gelanggang perjuangan, beliau dikejar para antogonis. Bukan setakat dicarca, diremehkan tetapi dipenjara bertahun-tahun. Biasalah dan lumrah sebutir batu permata yang berharga akan dikerumuni ramai sama ada yang memuja atau membencinya. Yang memujanya akan cuba meletakkan beliau di atas singgahsana, yang membencinya akan cuba menenggelamkan ke lubuk puaka.
Para musuh.
Siapa musuh dan pembencinyanya yang menggerakan untuk menumbangkang kerajaan Madani ini. Seperti disebut tadi mereka yang dendam dan marah kerana kecewa dalam politik. Terus terang disebut individu itu ialah Mahiaddin Yassin dan Abdul Hadi Awang. Kedua-dua mereka ini ketua parti yang membentuk Perikatan Nasional yang ghairah untuk berkuasa. Disebabkan harapan mereka gagal untuk membentuk kerajaan menyebabkan mereka berdua mengigau dan terus mengigau waaupun mentari sudah condong ke barat.Selepas Piraum lalu kedua mereka confident akan membentuk kerajaan. Hadi Awang dengan bangga dan sombong melaung angka sudah lebih daripada mencukupi. Malangnya harapan itu terburai.
Mereka tidak memainkan peranan secara zahir untuk jatuhkan Anwar. Tetapi digerak oleh pegawai atau pembantu bawahannya. Orang inilah aktif dan mencari jalan mengaturkan pertemuan demi pertemuan dengan pihak tertentu untuk menumbangkan kerajaan. Walaupun pertemuan itu sekadar seperti jumpa bomoh Siam, tetapi ia diatur untuk memberi persepsi negatif kepada umum.
Selain pegawai bawahannya, ia disokong oleh individu lain dalam Pas dan Bersatu yang berfungsi persis tukang sambut cerita dan melebarkan naratif sahaja. Kebanyakan mereka terdiri daripada wakil rakyat. Mereka umpama "awak-awak" dalam kumpulan dikir barat mengulang apa yang tukang karut ucap, tanpa fikir dan nilai sambil bertepuk tangan penuh igauan.
Selain kumpulan utama itu, gerakan ini dibantu oleh beberapa pihak di luar sana yang tidak mempunyai power seprerti Pas dan Bersatu. Mereka ialah dari kalangan UBN sendiri. Kononnya ada sekurang-kurang 10 hingga 15 orang ahli parlimen UBN sedia menjadi pencetus kepada gerakan itu. Konon mereka akan meletak jawatan, mengosong kerusi bagi mengurangkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Barangkali tidak perlu disebut nama-nama mereka dianggap sebagai "culprit" di dalam UBN ini. Ertinya di sini projek itu digerakan atas kerjasama dengan ahli Umno sendri. Mereka itu adalah yang anti dan tidak menyokong Zahid Hamidi sebagai presiden parti. Mereka ini juga asas khianatnya kerana dendam dan keceewa dengan kelicitan siasah Zahid. Tanpa ada kerjasama dengan mereka ini, projek ditulangi PN itu sia-sia sahaja. Lagi pun Zahid dan Fadhilah Yusof telah menegaskan yang Umno dan GPS tetap mendokong kerajaan.
Menurut cerita, kaedah gerakan ini, ahli parlimen UBN itu akan mengosongkan kerusi. Peletakan jawatan itu menyebabkan sokoangan kepada Anwar hilang. Kononnya kesanggupan dan kesediaan mereka berbaut demikian disebabkan faktor kewangan. Mereka akan dibayar sekian banyak sebagai upah?
Ada dua persoalan di sini sekiranya kaedah ini berlaku? Apakah mereka boleh bertading semula, atau kalau kerusi mereka kosong dan diadakan pilihan raya ia pasti pengganti mereka menang? Kedua siapakah jemblang yang sanggup membayar sekian banyak kepada mereka? Hantu manakah yang rela dan sedia berkorban itu?
Jika kerusi dikosong itu diadakan pilihan raya belum pasti pengganti mereka menang. Berdasarkan sambutan terhadap kerajan Madani semakin hangat, pola pengundian dalam pilihan raya lalu tidak berulang. Perubahan sokongan dari kalangan anak mudah sudah kelihatan dengan apa berlaku di Kedah seminggu lepas semasa rumah terbuka Malaysia Madani.
Ertinya 15 kerusi yang dikosong itu tidak menjamin kemenangan bagi menjayakan projek menumbangkan kerajaan tersebut. Mungkin 15 ahli parlimen itu tidak merasa rugi kerana mereka telah mendapat imbuhan kering sekian-sekian banyak. Tetapi apakah taukeh garam yang dikatakan sedia melabor untuk jatuhkan kerajaan Anwar itu jadi sebodoh itu menghabiskan wang tetapi hasil nol?
Justeru saya tidak fikir orng yang disebut sedia mengeluar berbillion ringgit sangup melabor dalam projek yang untungnya masih dalam laut. Kalau beliau terpaksa menghabiskan wang berbillion ringgit tetapi kedudukan dirinya belum selamat juga, lebih baik dia menggantung diri, di mana dengan cara itu dia berdosa mengikut hukum agama, tetapi wang (modalnya) masih selamat dan diwarisi oleh para faraidnya.
Dalam pada itu ada juga usaha untuk menjaya gerakan itu dengan menggunakan Dr Mahathir Mohmad sebagai pengeras semangat. Sudah ada beberapa pertemuan dengan Mahathir akhir-akhir ini yang ada kaitan dengan projek menjatuhkan Anwar itu. Terbaru pucuk pimpinan Pam ada menemui Mahathir. Dalam sekeping gambar ada kelihatan Hadi Awang, Takiyuddin, Samsul Moktar bersama Mahathir.
Bagaimana pun gamabr itu agar aneh sedikit kerana tidak kelihatan timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah, mereka bertiga ini katakan kurang berminat untuk menjatuhkan Anwar saat ini.
Berdasarkan andaian dan situasi itu maka saya bersetuju kalau gerakan menumbangkan Anwar menerusi kaedah itu hanya sebuah igau disiang hari. [wm.kl.10:34 am 03/05/2023]
No comments:
Post a Comment