Saturday, May 27, 2023

Akar buruk merosak tumbesar pokok

SUSUPAN PAGI

DISELA SELA sebilangan orang mempertikai dan mempersoalkan fungsi dan tanggaungjawab Jabatan
Komuniti (J-Kom) dalam mempertankan kerajaan dengan isu-isu yang sengaja dimainkan oleh musuh, ada pula menteri sendiri yang memberi peluru kepada pihak musuh. Walaupun ternyata ia peluru  kapur tetapi sedikit sebanyak dapat memedih kulit dan mata jika dilepaskan.

Sebelum ini J-Kom yang dipimpinan ahli akademik Muhamad Agus Yusuf yang beriya menolak tawaran PM, kerana kasih Indoneia, namun akur akhirnya bahawa hujan batu di negeri sendiri lebih baik daripada hujan emas di negeri orang mengakui J-Kom bukan menjadi alat propagnda kepada mana-mana parti politik termasuk kerajaan. 

Kenyataan itu sebagai bertentangan dengan pemahaman umum kewujudan jabatan berkenaan yang sebelum ini dkenali dengan Jasa. Peranan Jasa ialah mempertahan kerajaan ketika diimpin oleh Barisan Nasional. Menjadi alat dakyah BN. Fungsi itu banyak membantu kerajaan BN.

Tidak jadi masalah kalau CEO J-Kom Agus ingin membuat perubahan dan pendekatan baru, tetapi dari sudut politiknya ia tidak mengutungkan kerajaan Perpaduan. Kalau sedemikian maksud J-Kom jabatan itu tidak pun perlu diwujudkan. Dan buana politik berbeza dengan buana akademik. Orang akademik membaca teori orang politik melaksana teori.

Untuk menerangkan dasar dan polisi baru kerajaan, mengenai perpduan dan konsep Madani cukup ia dilaksanakan mana-mana unit di Kementerian Komunukasi dan Digital (KKD) sahaja. Tidak payah J-Kom yang diletakkan langsung di bawah PMO yang mendapat peruntukan khas. Mengabiskan beras sahaja. Lainlah kalau ia diwujudkan untuk beri peluang pekerajaan bagi mengurangkan jumlah penggangguran serta memberi kerja kepada kroni? 

Seperti saya sebut tadi disela-sela orang mempertikan peranan dan lemahnya fungsi J-Kom menteri sendiri turut membuat masalah kepada kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, memberi peluru kepada musuh. Gara-gara kurang bijak dan tidak berhati-hati menyebabkan kenyataan atau jawatan menteri dijadikan peluru untuk serang kerajaan. Mugkin Anwar hanya tersenyum sahaja, tetapi orang dibawa yang obses kepadanya jadi pening kepala. 

Terbaru ialah jawaban bertulis Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said yang memberi tahu pendanaan daripada wang judi dilakukan Perikan Nasional (PN), seperti mana didakwa, menurutnya tidak ada apa-apa siasatan dibuat. Dalam kata lain penjelasan demikian memberi gambaran tuduhan dibuat sebelum ini tidak benar. 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri mendakwa PN menggunakan wang judi untuk belanja pilihan raya. 

Penjelasan Azalina itu mengejutkan ramai orang. Ia disimpulkan dakwaaan Anwar itu bohong. Mahidddin Yassin sendiri selaku presiden PN bercadang untuk menyaman Anwar berdasarkan kenyataan atau jawaban Azalina tersebut.

Bagaimana dalam tempoh 73 jam Azalina meralatan kenyataanya. Menurutya apa dimaksudkan tidak ada fail dibuka behubung pendanaan wang judi dalam pilihan raya itu. SPRM kiatanya bila-bila masa boleh membuka fail siasatan. Siasatan juga bukan sahaja oleh SPRM tetapi oleh pihak lain seperti polis dan Jabataan Hasil Dalam Negeri. Ertinta dakwaan Anwar itu belum khalaf.

Dengan cara Azalina yang tidak bijak memberi jawaban itu ia mendatang masalah kepada kerajaan dan telah dieksploit oleh pihak pembangkang. Sudah bertabur cerita mengatakan Anwar Ibrahim berbohong dengan dakwaan itu gara-gara jawaban yang tidak tuntas daripada Azalina. Timbul persoalan ini apakah Azalina ada agenda tersembunyi kerana sebelum ini beliau telah membuat penjelasan berhubung Hakim Nazlan Ghazali yang boleh mendatang tanggapan lain.

Persepsi rakyat akan berterusan dan ia merbahaya kepada kerajaan untuk menghadapi pilihan raya lima negeri sekiranya pekara-perkara seperti itu terus berlaku. Kalau sebelum ini sudah ada rakyat yang menilai mengenai kebersihan PN gara-gara dakwaan PM itu, kini rakyat terpaksa kembali semula ke belakang sekiranya tidak ada apa-apa pembuktian seperti menangkap dan mendakwa orang yang menggunakan wang judi mendanai pilihan raya. Jika tiada tangkapan apa lagi siasatan rakyat umum akan anggap PN bersih dan putih.

Selain Azalina ada juga ahli parlimen yang tidak bijak dan ikut memberi peluru kepada musuh, mereka mengambil alih suara pembangkang. Antara mereka ahli parlimen Air Itam (Wee Kah Siong), Titiwangsa (Johari Ghani) dan Pasir Gudang (Hassan Karim). Mereka ini ingin menunjukkan ketinggian integriti mereka dengan membebaskan suara bercakap apa sahaja isu, tetapi tindak tanduk mereka sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada kerajaan.

Ketahuilah kerajaan Perpaduan hari ini sedang menghadapi berbagai serangan daaripada musuh di luar sana. Jangan pula menteri atau ahli parlimen ikut sama memberi beban tanpa memikirkan dahulu isu yang dibangkit itu boleh damej kerajaan atau sebaliknya. Jika anda enggan memuji kerajaan kerana anda tidak ada kedudukan dalam kerajaan cukup anda senyap sahaja.Jangan banyak beri peluruh kapur kerana kalau terlalu banyak ia boleh melumpuhkan juga.

Ingat akar yang buruk boleh merosakkan tumbesar pokok. [wm.kl. 11:27 am 27/05/2023]


No comments: