Thursday, May 18, 2023

Ustaz Dr Razali: Kesetiaannya kepada Anwar sehingga akhir hayat

BELASUNGKAWA

Allahyarham menyanpaikan sesuatu amanat
kepada saya ketika berjumpa di rumah Anwar.
DI AKHIR Syawal ini kita semua menerima khabar dukacita atas pergi buat selamanya Prof Ustaz
Razali Nawawi
 jam 6:45 pagi tadi. Beliau tutup usia dalam 83 tahun. Allahyarham sudah lama  mengalami keuzuran dan kesihatanya merosot sejak seminggu dua ini.

Perkhabaran itu sudah tentu paling mendukacitakan perdana menteri Anwar Ibrahim. Allahyarham merupakan sahabat sejati yang sama-sama berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di awal tahun 70-an. Mereka berdua adalah antara pengasasnya. Bila disebut Abim tanpa menyebut Allahyarham dan hanya menyebut Anwar, ia tidak sah.

Allahyarham merupakan presiden Abim yang pertama. Kesetiaan Ustaz Razali terhadap Anwar tidak ada tolak banding dan dilawan oleh sesiapa pun. Baik ketika senang atau susah, beliau tetap bersamanya dan yakin kepada kepimpinan Anwar. 

Menjadi ahli pena bersama Allahyarham
ini adalan pertemuan akhir dengannya. 
Harapan dan impian untuk melihat kawannya itu jadi PM sangat besar dan tidak pernah pudar walaupun sekelip mata. Walaupun beliau hilang penglihatan, tetapi dimana sahaja ada program Anwar akan digagahi untuk hadir. Ketika Anwar dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan beliau ikut sama sekali hadir memberi sokongan.

Ketika ada kawan-kawan lain sudah "uzlah" daripada Anwar kerana sebab-sebab tertentu, namun beliau istiqamah. Bahkan beliaulah juga bertindak menjadi "penyabar" dan "penenang" kepada Anwar yang menghadapi kerenah dari para ikhwannya. Bolehlah dikatakan Allayarham adalah "penasib batin" buat Anwar. 

Betapa sakingnya beliau mendambakan Anwar jadi perdana menteri, sampai beliau berdoa meminta kepada Allah dan doa itu diviralkan di media sosial. Allahyarham sedikit tidak merasa kekok apa lagi malu dengan doa itu kerana menerima Anwar adalah selayak untuk memimpin negara ini. Setiap kali berjumpa saya pula beliau tidak habis-habis menceritakan tentang idealisme Anwar. "Kita kena pastikan dia akan jadi PM sheikh," katanya kepada saya. 

Setiap kali ada majlis agama
di rumah Anwar beliau tidak
ketinggalan.
Pengkhianatan Dr Mahathir Mohamad ke atas Anwar sangat dimarahinya sampai suatu hari Allahyarham
menyebutkan kepada saya dan menganalogikan Dr Mahathir sebagai singa tua dalam sebuah gua. Sang singa itu menggunakan berbagai helah menipu hewan lain, dan setelah hewan memasuki ke gua itu dimakannya satu persatu. Hanya sang Kancil yang enggan memasuki gua berkenaan. 

Justeru memandangkan akrab dan setianya mereka berdua dalam persahabatan, kalau pemergian Allahyarham itu sangat terkesan buat Anwar ia bukan pelik. Apa lagi pemergian itu berturutan dengan beberapa kawan dan sahabat baiknya yang lain terbaru Siddiq Fadil, Dr Kamil Abdul Majid, Sidik satu lagi dan lama sebelum itu Mohd Fadil Noor, lain-lain.

Harapannya sangat besar untuk sahabatnya itu menjadi PM, Allah kabulkan doanya. Beliau dapat melihat Anwar menjadi PM ke-10. Rezeki Allahyarham ini berbeza dengan Siddiq Fadil dan lain-lain. Dari itu boleh kita faham betapa besarnya harapan beliau Anwar dan mendapat restu daripada Allah taala. 

Terkilan.

Mengenai keuzuran Allahyarham dalam pengetahuan saya. Semasa menghadiri majlis Aidifitri Laskar Cyber di WTV saya dibisikan oleh seseorang yang dipercayai anak buah Allahyarham yang memberi tahu Ustaz Razali keuzuran. Sebenarnya disiang Syed Nazli memberi tahu yang Ustaz sedang nazak. Beliau juga mengkhabarkan yang Anwar bersama isteri Dr Wan Azizah akan tiba pada hari itu sebaik kembali dari lawatan luar negeri.

Seperti dijanjikan Anwar dan Azizah menziarahi Ustaz Razali. Dari rakaman video pertemuan terakhir mereka berdua dapat didengar akan perbicaraan mereka berdua, dimana Anwar memberi semangat dan kekuatan kepada Ustaz Razali Nawawi. Saya terharu mengamati perbicaraaan terakhir dua sahabat itu. Yang menyedih dan mengilankan saya, saya tidak sempat berbuat demikian untuk kali terakhir.

Berbicara tentang murabbi ini banyak yang boleh diangkat dan dikutip ilmu. Dan saya bernasib baik walaupun beza usia saya dengan Allahyarham kira-kira 20 tahun, tetapi saya sempat berkawan dan mengutip sedikit ilmu daripadanya. Beberapa  kali ketika bersua dengannya banyak beliau menceritakan tribulasi perjuangannya. 

Dalam pengamatan saya Ustaz Razali seorang yang peramah, berhemah dan tidak "kupit" dalam berkongsi ilmu. Beliau bagi saya adalah seorang pejuang kerana Allah yang ikhlas dan sedia mengimfakkan diri untuk agama dan bangsa. Yang nyatanya beliau setia dan seorang yang penuh berkeyakinan apa dipegangnya.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengaulinya dan berintraksi dengan Allahyarham, boleh menggali apa yang saya sebut ini dalam beberapa buku karyanya. Salah satu ialah bukunya Erti Perjuangan Memoir 80 Tahun (2021), saya kira buku paling baru hasil buah tangannya. Buku ini mencerita asal mula perjuangannya dan persahabatan Allahyarham dengan Anwar serta baladanya semasa kecil.  

Perbezaan saya dengan beliau bukan dijarakan usia, tetapi dari segi latar belakang juga dan profesyennya. Beliau memiliki dual pendidikan agama dan moden. Sebagai orang agamawan beliau adalah pendakwah dan perjuangan Islam tulen. Manakala bidang iktisadnya pula ialah sebagai guru dan merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Seorang ilmuan dikenal di dalam dan di luar negeri.

Persepsi saya pertama kali berintraksi dengan beliau seorang yang ramah, sesuai dengan profesysn sebagai guru. Tikdak loket berkongsi ilmu dan bercerita hal peri pentingnya pendidikan dan perjuangan. Pendidikan dan perjuangan adalah darah dagingnya. Beliau seorang yang obses kepada pendidikan yang senantiasa berasakan dirinya tidak cukup dengan ilmu. 

Ini dapat saya simpulkan bagaimana beliau bersungguh untuk memperluaskan ilmunya selain menguasai bahasa Arab beliau sanggup berlajar menguasai Bahasa Inggeris, dan bertekad untuk belajar hingga ke England selepas mendapat ijazah di Timur Tengah.

Seperkara lagi banyak keputusan penting mengenai politik Anwar akan mendapat kata akhir atau nasihat daripada Allahyarham. Di sini menunjukkan Anwar menjadikan Allahyarham sebagai penasihat akhir.

Kalau tidak salah ingatan pertemuan pertama kali dengan beliau dalam muktamar Abim tahun 1986. Ketika itu saya hadir bagi membuat liputan sebagai wartawan. Manakala sejarahnya dalam Abim pertama kali saya dengar daripada Allahyarham Sanusi Junid, yang menceritakan presiden Abim pertama ialah Razali Nawawi. Sanusi beriya menjelaskan itu kerana ada yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai presiden pertama.

Sanusi yang cemburu dengan Anwar, yang sebab musababnya saya tidak ketahui sampai sudah. Satu masa dicelah menceritakan perihal Ustaz Razali beliau menyebut mulanya Ustaz Razali mahukan beliau jadi presiden, tetapi beliau tolak. Entah betul entah tidak walahuualam. 

Tetapi yang jelasnya dari Sanusi saya mengenali nama Ustaz Razali. Saya lupa bila saya berintraksi dengan Allahyarham. Namun yang jelasnya pertemuan itu sungguh mesra. Seingat saya ketika kami sama-sama mengerjakan umrah saya sempat berjumpa dengannya di sebuah restoran. Sebaik saja  beliau diberi tahu saya juga ada Makkah beliau meminta pembantunya membawa saya. Ketika itu Allahyarham sudah tidak dapat melihat.

Panjang dan menarik untuk mengingat kisah bersamanya. Mungkin saya akan sambung dilain waktu. Dalam pada itu pertemuan terakhir saya dengan beliau ialah semasa menjadi penalis dalam satu majlis di Gombak. Dalam pertemuan itu beliau sangat berharap saya dapat mengunjungi di kediamannya kerana banyak yang hendak diceritakan. Malangnya Covid datang menyebabkan hajat itu terhalang.

Semasa saya ke Bangi menghadiri kenduri Dr Muhammad Noor Manuty, saya berhajat untuk ziarahnya tetapi keadaanya ketika sudah uzur dan tidak mengizinkan. Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham akan ditempatkan di makam terpuji bersama para Solihan. [wm.kl. 11:11 pm 18/05/2023] 

No comments: