SEBELUM MENTARI 23 LENYAP
Kit Siang apakah ada konspirasi? |
berlaku yang meninggalkan berbagai kesan kepada kita; sedih, gembira, galau, sangsi, waswas dan sebagainya. Sepanjang tahun lalu secara individu ada yang mencapai apa dihajati ada yang gagal untuk memperolehinya. Semua bidang dan lapangan kehidupan mempunyai impak tersendiri.
Begitu juga dalam aspek politik, dunia politik kita bergelora dan berombak sambung menyambung dari tahun sebelumnya hingga ke saat-saat berakhirnya tahun 2023. Parti-parti politik mengalami pasang surut. Agak dramatik dan lucunya ialah projek untuk menumbangkan kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menjadi agenda utama mengisi takwim 2023.
Seolah-olah sepanjang tahun lalu pembangkang tidak berihat daripada berusaha untuk capai maksud itu. Mereka terus bermimpi disambung dengan igau yang membawa kepada meroyan tanpa tentu fasal tanpa mengetahui dihinggap virus apa.
Sepanjang tahun lalu tiga kali pembangkang meletakkan target untuk menumbangkan kerajaan menerusi projek Tebuk Atap, semuanya gagal dengan sendirinya dan berakhirnya dengan cerita dongeng komplot di Dubai paling terbaru.
Ngeh Koo Man dan mohon maaf. |
Pun begitu tentu ada cerita yang akan bersambung, tidak menemui titik noktah. Yang pastinya cerita atau usaha untuk menggulingkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan menukarkan kerajaan Perpaduan tadi. Usaha ini pasti akan diteruskan oleh pihak pembangkang yang merasakan mereka mempunyai jumlah yang besar, meskipun jumlah tidak mencapai tahap ditentukan oleh syarat demokrasi 112 kerusi dikira amat mustahil diraih, bersifat jauh panggang dari api. Agenda ini adalah wajib dalam kelendar pembangkang sepanjang tahun 2024 nanti.
Cita-cita dan angan-angan karut pembangkang itu tidak akan titik dan berakhir. Ia akan tumbuh seperti pokok liar dalam hutan belantara selagi ia dapat mencapai sumber air, udara dan matahari, ia akan berusaha untuk hidup. Demikian pembangkang selagi ada orang yang merekayasa dan para cytro "ashabul kahfi" membuat naratif kepada mereka, mereka akan terus menggoring minda rakyat agar mempercayai angan-angan mereka. Apa lagi kalau ada perkakas lama (recycle) mereka akan memakainya untuk membantu mereka.
Seperti mereka sudah bersumpah kerajaan Perpaduan ini akan diganyang sampai akhirnya.
Untuk tujuan itu pembangkang akan menggunakan apa sahaja sumber untuk mencapai maksud mereka termasuk barang buangan. Soal prinsip, maruah serta tanggungjawab sepatutnya mereka mainkan selaku pembangkang dalam sebuah negara bersistem demokrasi membantu kerajaan tidak akan diambil kira. Semua itu tidak dipedulikan. Kehendak nafsu mengatasi segala-galanya.
Nafsu serakah besar.
Dalam membicara topik ini selain kesungguhan pembangkang ada juga kesalahan dan kekhilafan daripada pihak kerajaan sendiri. Secara tidak langsung ulah dan sikap pihak-pihak dalam kerajaan turut membantu usaha karut tidak bermoral pembangkang itu.
Antara kesilapan kerajaan ialah sifat tasamuh dan understanding yang diamalkan Anwar. Kerajaan atau Anwar sengaja membiarkan oknum berkenaan terus melakukan pengacauan kepada kerajaan. Oknum yang cuba menganggu kerajaan menerusi pembangkang tidak ditegur dan dibiarkan. Padahal kelakuan mereka itu boleh disekat atau dibendung dengan akta yang sedia ada. Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tidak sepatut dibiarkan bebas melakukan apa sahaja sesuka hati mereka. Apakah hendak menanti nasi menjadi bubur?
Tan Kok Wai, bekas Duta. |
dan mereka merasakan mereka berada dipihak yang benar sebab itu kerajaan tidak bertindak. Kebaikan pihak kerajaan telah diratah sepenuhnya langsung tidak diguna untuk membangun negara.
Selain itu jika diteliti cita-cita pembangkang itu bernyawa, tidak mudah mati dikeranakan mereka diberi modal untuk menggayangkan kerajaan oleh orang dalam kerajaan atau berkoliasi dengan kerajaan sendiri. Kepaduan dan perpaduan dalam pembangkang masih belum wujud seutuhnya. Masih ada lompang dan lubang boleh disusupi pembangkang. Ada yang bermain kong kalikong.
Kenyataan dikeluarkan oleh sesetengah pemimpin pembangkang bukan mengukuh dan menenangkan keadaan, tetapi ada yang memberi jalan kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan darinya bagi mengganyang kerajaan. Misalnya kenyataan dan pandangan dibuat oleh beberapa orang pemimpin DAP (oder lama) sangat tidak kondusif buat kerajaan. Kenyataan dan pandangan itu boleh menganggu ketenteraman kerajaan. Ini kerana kenyataan dan pandangan mereka kemukakan sensitif bagi orang Melayu. Memelikkan juga.
Misalnya kenyataan Lim Kit Siang bahawa orang bukan Islam boleh jadi perdana menteri sesuatu yang sangat sensitif. Dalam keriuhan pembangkang memainkan isu bangsa dan agama, tiba-tiba beliau boleh keluarkan kenyataan demikian. Kita yakin Kit Siang tahu risiko daripada kata-katanya itu sebab dia seorang ahli politik berpengalaman telah melalui banyak lurah dan gaung politik. Walaupun benar, ia hanya mengulangi apa dicatat dalam Perlembagaan, mengulangi apa juga diulang orang lain, tetapi ia sesuatu yang tidak wajar disebut ulang.
Keadaan itu ditambah lagi dengan kenyataan Tan Kok Wai yang mencadangkan agar diadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Isu itu juga sensitif kepada orang Melayu yang gagal menilai kebaikan demokrasi dengan mewujudkan sistem berkenaan. Melayu yang cetek ilmu pula mudah menghitung semua kawasan-kawasan bandar akan dimiliki orang Cina tanpa mengetahui data dan senario sebenarnya, akan melanting dengan cadangan itu.
Cadangan itu bagaikan "ikan lapam menangkap tahi dibawah jamban oleh pembangkang" mereka mengeksploit untuk membenarkan apa yang mereka taburkan sebelum ini bahawa orang Cina (DAP) ingin menguasai negara ini.
Tidak cukup kenyataan Lim Kit Siang dan Tan Kok Wai ia ditambah lagi dengan kenyataan ahli parlimen Beruas Ngeh Koo Ham yang menyentuh bidang kuasa mutlak orang Islam mengenai agama Islam dengan mencadangkan pakar undang-undang bukan Islam turut dilantik dalam penggubalan undang-undang Syariah Islam.
Untuk apa Ngeh menyentuh bidang kuasa mutlak orang Melayu terletak dibawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dipengerusikan Sultan Selangor itu. Perbuatan itu seperti sengaja menjolok sarang tebuan atau mencampak puting rokok ke dalam rerumput kering. Cadangan itu seperti menambah garam dalam luka terhadap pernyataan dan cadangan Kit Siang dan Kok Wai tadi. Situasi dan cadangan beginilah dikira bukan sahaja tidak bijak tetapi seperti ada maksud tersirat.
Walaupun Ngeh sudah memohon maaf kepada Sultan Selangor di atas kedangkalan dan kekhilafannya itu, tetapi bak kata orang luka sembuh tetapi parutnya tetak ada.
Apabila memikirkan tentangan "kedangkalan" tiga pemimpin order lama DAP ini, timbul persoalan kepada saya, apakah mereka benar-benar tidak faham dan peka terhadap isu berkenaan dengan situasi politik kita atau apa? Apakah mereka sengaja mengeluarkan kenyataan itu sebagai ujian mahu melihat sejauh mana keterbukaan dan penerimaan orang Melayu kepada politik negara ini. Tepatnya mahu menguji sikap liberalisasi dan tasamuhnya Anwar Ibrahim dalam memerintah negara.
Jika mereka sedar tindak balas dari cadangan dan pendapat mereka itu, mereka tidak akan keluar kerana ia boleh menganggu ketenangan kerajaan. Baik-baik pembangkang sudah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan, mereka perolehi hujah dan peluru baru untuk terus membedil kerajaan. Disini langkah dan perbuatan tiga pemimpin oder lama DAP itu tidak bijaksana?
Dalam konteks ini timbul fikiran buruk kepada kita. Apakah pemimpin oder lama DAP itu tidak berpuas hati dengan pelaksanaan kerajaan hari ini. Apakah kenyataan dan pandangan itu mereka ingin mengirimkan sesuatu masej kepada perdana menteri di atas sesuatu ketidak puas hati mereka? Apa yang mereka bimbang dan sangsi atau tidak puas hati?
Lebih jauh lagi terbit juga akal fikir saya apakah mereka sedang dipergunakan Mahathir Mohamad untuk meruntuhkan kerajaan Perpaduan. Kita tahu mereka baik dengan bekas PM itu dan Mahathir berbudi dengan mereka. Semasa Mahathir jadi perdana menteri sewaktu kerajaan Pakatan Harapan dahulu mereka diraikan secukupnya oleh Mahathir.
Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan, Tan Kok Wai dilantik menjadi Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China. Pelantikan Guan Eng itu menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu. Apabila Anwar menjadi PM, Anwar tidak meneruskan "kebaikan ada udang disebalik batu dilakukan Mahathir itu terhadap Kit Siang dan Tan Kok Wai. Apakah kerana itu?
Dalam kondisi ini tidak mustahil kalau mereka ada cita-cita lebih jauh dan tidak baik dari itu untuk bersama Mahathir menggugatkan kerajaan perpaduan khasnya melempar Anwar keluar. Lagipun mereka mula sedar oder lama dalam DAP sudah kian terhakis diganti dengan oder baru yang lebih benar-benar bersifat Malaysian. Boleh jadi mereka dihasut oleh Mahathir untuk tidak senang atau sekurang-kurangnya menganggu kerajaan dengan kenyataan sensitif yang mereka keluarkan itu.
Hakikat ini jangan rasa mustahil sebab dalam politik itu boleh berlaku apa saja. Saya pernah bermadah "sumpah dan janji orang politik jangan dipecayai tetapi jangan rasa mustahil dengan tindakan mereka".
Ada kemungkinan juga kalau ia berlaku Mahathir mempengaruhi mereka apabila Pas melantiknya sebagai penasihat untuk empat buah negeri (SG4) dikuasai Pas. Hubungan Mahathir dan penerimaan Pas terhadap bekas PM itu sangat baik dan lumayan. Secara nyata juga ada kalangan Pas sendiri menyakini hanya Mahathir boleh menjadi menjadi kepala menggugatkan kerajaan Perpaduan. Mungkin tokoh oder lama dalam DAP yang tidak selesa dengan Anwar menyakini Mahathir dapat melakukan sesuatu.
Jika ini berlaku sangat malang bagi Anwar dan seluruh pendukung kerajaan Perpaduan. Mungkin ini hanya andaian atau spekulasi dungu saya sahaja, diharap ia tidak benar. Bagaimana pun DAP kahasnya dibawah oder baharu akan menjernihkan keadaan dan menyakinkan bahawa jika usaha itu wujud ianya sia-sia dan merugikan negara.
Tugas Anthony Loke dan rakan-rakan oder baharu DAP sangat berat dan tahun 2024 ini dimana tahun yang angka akhirnya (4) tidak digemari orang-orang Cina boleh memberi sesuatu signifikan tidak baik kepada parti itu. Namun jangan percaya kepada sesuatu yang boleh mensyirikkan. [wm.kl. 5:13 pm 31/12/2023]
No comments:
Post a Comment