Monday, December 25, 2023

Tindakan ke atas penjenayah Vvip kejayaan besar Anwar

CATATAN AKHIR TAHUN

Anwar - Daim ketika di ambang
krisis.
TINDAKAN penyisatan ke atas pesalah jenayah di negara ini dalam kalangan orang tertentu (Vvip) semasa mereka memegang kuasa sungguh lambat dilakukan. Keadaan ini seolah-olah penajayah, rasuah penyalagunaan kuasa dan wang rakyat terselamat selagi mereka berkuasa. Kuasa menjaji benting kebal melindungi mereka. 

Seuatu tindakan hatta hanya siasatan baru dilakukan selepas mereka tidak berkuasa dan bertukar kepimpinan. Ambil sahaja contoh tindakan SPRM ke atas bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin yang dilkatakan telah menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah ratusan ribu juta ringgit, dikira baru bermula apabila bangunan miliknya Menara Ilham setinggi 60 tingkat telah disita oleh SPRM beberapa hari lepas.

Jika dihitung pada tarikh laporan rasuah dan salah guna dilakukan bekas Menteri Kewangan itu, didedahkan oleh Anwar Ibrahim tahun 1999. Anwar mendedahkan segala butiran itu dalam mahkamah semasa perbicaraan terhadapnya kemudian maklumat itu dilaporkan kepada polis untuk siasatan 30 Julai 1999. 
Bayangkan setelah 24 tahun laporan itu dibuat baru ianya disiasat dengan terkeluarnya berita penyitaan Menara Ilham milik Daim Zainuddin.

Dalam laporan polis dibuat Anwar itu, telah menyebut tentang pemilikan harta berupa saham bernilai ratusan juta ringgit oleh Daim Zainuddin. Temuan itu menurut Anwar berdasarkan catatan surat menyurat beberapa individu yang menjadi proksi atau keldai kepada Daim. 

Sebenarnya pendedahan jenayah dilakukan Daim itu dilakukan Anwar semasa beliau dalam Umno menerusi perhimpunan Agung Umno, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya dengan pendedahan itu juga menyebabkan beliau tidak disenangi oleh Mahathir dan Daim akhirnya ditendang keluar dari Umno tahun 1998. Ini cerita sebenarnya disebalik konspirasi memecat Anwar dari Umno. 

Sikap tidak endah Mahathir ke atas pendedahan Anwar itu disifatkan Anwar, bekas PM itu bukan setakat menghalang rasuah sebaliknya menjadi pelindung segala jenayah dilakukan Daim. 

Setelah kedua-dua mereka tidak lagi berada dalam koridor kekuasaan, barulah tindakan penyiasatan dimulakan. Bayangkan kalau mereka terus berkuasa atau Mahathir menjadi PM, jenayah dituduh ke atas Daim itu tidak pun akan terusik.

Ini terbukti bila mana setelah kerajaan BN tumbang tahun 2018 dan Mahathir dilantik jadi PM untuk kali kedua, tiada apa-apa tindakan siasatan ke atas jenayah dilakukan Daim itu. Tampak di sini mereka bersubahat. Dalam sebuah buku saya, ada saya menyebut Daim bukan bendahari Umno tetapi bendahari Mahathir.
Apabila Anwar menjadi perdana menteri, tidak sampai setahun barulah siasatan bermula dan telah menunjukkan kesan apabia Menara Ilham disita oleh SPRM. Anwar benar-benar memberi kuasa dan kebebasan seluas-luasnya kepada SPRM dan PDRM. 

Tidak terkata betapa banyak harta rakyat dan negara akan dibolotkaut mereka (para Vvip) sekiranya tidak berlaku pertukaran kerajaan dan Anwar tidak menjadi perdana menteri.
Kita berharap tindakan ke atas penjenayah Vvip itu akan berterusan dan dapat dituntaskan sesuai dengan inspirasi rakyat yang mahu melihat kerajaan yang ada kini penuh berintergriti dan segala harta rakyat dan negara terselamat disakau kaut. Tempat dan sumbatkan mereka ke dalam penjara.

Untuk ini semua pihak kena angkat topi setinggi-tingginya atas keberanian dan komitmen Anwar yang mahu kebenaran dan keadilan ditegakkan dan bertindak ke atas tegas tanpa mengira siapa.

Dan satu-satu kejayaan besar menjadi signifikan Anwar sebagai perdana menteri ialah berjaya bertindak ke atas penjenayah Vvip ini. Selamanya jasa ini akan dikenang ingat oleh 30 juta rakyat dan generasi pembaca sejarah seterusnya. Trims. [wm.kl.5:00 25/12/2023]

No comments: