Friday, December 8, 2023

Penubuhan Perbadanan Kelantan Utara (Utara) satu cadangan bernas

ULASAN

Senator Fatmi Che Salleh
SAYA terpegun dengan cadangan dikemukakan oleh Senator Mohamad Fatmi Che Salleh agar diwujudkan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara (Utara) bagi mengseimbangkan pembangunan sosial ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang - Kelantan yang relatif agak ketinggalan ketimbang negeri-negeri di Pantai Barat.

Cadangan demikian amat bernas yang lahir dari dhamir seorang anak jati negeri dan tokoh politik Kelantan yang ikhlas mahu melihat negerinya setanding dari segi kemajuan dengan negeri negeri lain. Fatmi tidak gemar bermain politik di Kelantan.

Fatmi menggunakan bakat dan peluangnya selaku tokoh politik mahu membangun negeri Kelantan bukan "berlengeh" dengan permainan politik meloyakan, pulau memulau dan fitnah. Cadangan itu dikemukakan ketika berucap di Dewan Negara 6 Disember lepas. 

Perwujudan perbadanan ini, tegasnya adalah selaras dengan tujuan dan matlamat pewujudan berbagai agensi pembangunan luar bandar pasca merdeka oleh Allahyarham Tun Razak yang telah membawa kejayaan merubah nasib rakyat khasnya di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Beliau mengimbau Kementerian Luar Bandar yang kini dikenali dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dizaman Allayhrahm Tun Razak Hussein telah menubuhkan berberapa agensi pembangunan luar bandar bagi mengseimbangkan pembanguan di antara bandar dengan luar bandar serta menyusun masyarakat diawal merdeka, seperti Felda, Risda dan Felcra. 

Agensi kerajaan berkenaan terbukti membawa kemajuan kepada rakyat luar bandar khasnya dan mendamaikan keadaan negara yang sebelum ini diancam subersif komunis. 

Bertolak daripada idea itu juga menurut Fatmi kerajaan-kerajaan negeri termasuk di Sabah dan Sarawak ikut menubuhkan lembaga kemajuan negeri masing-masing seperti Kejora di Johor, Dara di Pahang, Ketengah di Terengganu, Keda di Kedah, Perda di Pulau Pinang dan Kesedar di Kelantan. 

Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kesedar yang ditubuh 1978 telah berjaya mengseimbangkan komposisi penduduk di antara Kelantan selatan dengan Kelantan utara, membasmi kemiskinan dengan menyusuh semula masyarakat, sejak itu peranan untuk membangun masyarakat tidak terhenti dan berterusan.

Namun perhatian bukan sahaja di kawasan itu, tetapi diseluruh Kelantan memerlukan pembelaan termasuk di kawasan utara sesuai dengan kerancakan pembangunan dimasa akan datang. 

Justeru kerajaan pusat perlu menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara yang akan meliputi kawasan atau daerah Machang, Bachok, Tanah Merah, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Tumpat. 

Bertolak dari itu Fatmi meminta agar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan meneliti, mengkaji serta meluluskan cadangan dikemukakan beliau itu demi kemajuan dan kelestarian hidup rakyat Kelantan secara menyeluruh.

Respon Zahid

Cadangan Fatmi itu terus mendapat perhatian Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkannya suatu cadangan bijaksana.

Ketika menggulung ucapannya untuk kementeriannya di Dewan Negara, Zahid berkata cadangan itu bijaksana dan perlu didokong 

"Cadangan Tan Seri Fatmi ini amat bijaksana yang harus disokong oleh kerajaan " katanya. Tetapi selorohnya, ia tidak dapat dimasukan dalam perbelanjaan tahun depan kerana ia dikemukakan selepas pembentangan bajet.

Namun Zahid memberi jaminan beliau akan bisikkan kepada Perdana Menteri agar meneliti dan meluluskannya.

Bagaimana pun ujar, Zahid langkah awal pembangunan untuk rakyat, perlu diperluaskan melalui Kesedar dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada, kerana kalau tidak mana mungkin idea yang pintar itu dapat direalisasikan.  

Cadangan yang mendapat respon baik dari menteri KKWD diutarakan Fatmi itu perlu disokong oleh semua pihak di Kelantan khususnya kerajaan negeri sendiri. Menteri Besar Nassaruddin Daud dan para Exco sepatutnya mengalu-alukan cadangan Fatmi itu tanpa mengira pihak mana mengeluarkan cadangan, sokongan kerajaan itu pasti akan merangsangkan lagi perdana menteri menyegerakan persetujuan penubuhan Utara itu.

Mungkin satu kenyataan mendokong kewujudan perbadanan berkenaan dikeluarkan dalam masa terdekat sebagai menyatakan kerajaan Kelantan juga komited dengan kemajuan dan pembangunan untuk rakyat. 

Sudah sampai masanya kerajaan Kelantan yang dipimpin Pas mengenepikan sentimen politik dan meletakkan kepentingan rakyat dan negeri di hadapan. Nassaruddin yang mengambil alih teraju Kelantan perlu melakukan sesuatu yang positif dari sebelum ini.

Cadangan dibuat Fatmi yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu tidak bersifat politik sebaliknya beliau obses dan ikhlas untuk melihat kemajuan dan perubahan di Kelantan, berbeza dengan pendekatan parti (Umno) terhadap kerajaan Pas dizaman ia dipimpin oleh Annuar Musa dan Mahathir Mohamad suatu masa lalu. 

Annuar Musa yang kini sudah menjadi ahli Pas dilantik menjadi jawatankuasa agung Pas sepatutnya juga mengalu-alukan cadangan Fatmi dan menterbiyah pimpin Pas agar bersikap tasamuh[wm.kl. 11:01 08/12/2023]

No comments: