Ramai orang bingung dan rasa pelik malahan menganggap tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap bekas Gebenur Bank Negara, Zetti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Ghani Petail dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ((SPRM) Abu Kassim Mohamad sebagai bersifat serampang dua mata.
Khairul Azwan Harun |
Khairy Jamaluddin. |
Kenapa orang ramai pening dengan tindakan Khairul Azwan itu kerana ia mengaitkan penjawat awam, atau mereka yang dilihat tidak ada kepentingan politik sepanjang mereka menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Gara-gara itu maka ianya dilihat tindakan Khairul Azwan itu sebagai anih dan pelik. Manakala bagi pegawai kerajaan pula menyifatkan ia perbauatan biadap.
Zetti dan Abu Kassim engan mengulas laporan polis terhadap mereka itu. Manakala Abdul Ghani pula menyifatkan ianya satu cara untuk mendapat publisiti murah yang dicari oleh Naib Ketua Pemuda itu. Pulisiti murah? Apakah Ghani maksudnya Khairul Azwan sedang mengampungkan saham politiknya dalam sayap Umno itu?
Sehingga kini belum jelas untuk apa dan kenapa laporan polis itu dibuat oleh beliau. Ketua "Pak Leh" menjanji akan menyiasat laporan berkenaan dan pemuda itu akan dipanggil. Tindakan Naib Ketua Pemuda Umno itu juga bukan sesuatu yang positif bila mana banyak pihak yang mencemuhinya. Ekoran itu timbul pelbagai spekulasi atas apa yang berlaku. Kerana beliau Naib Pemuda Umno, ada pihak cuba mengheret dan mengenakan ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan tindakan Khairul Azwan itu.
Seorang penulis yang juga bekas wartawan veteran telah mengambil peluang dengan tindakan Khairul Azwan itu untuk melanyak Khairy. Katanya Khairy penakut untuk membuat laporan polis tetapi diserahkan kepada timbalannya. Tekannya sepatutnya laporan itu dibuat oleh Khairy bukan pembantunya. Tanggapan itu jelas mencalitkan sesuatu yang negatif bersifat provokatif kepada Khairy Jamaluddin.
Tidak pasti apa tujuan naib ketua pemuda itu. Apakah dia memang ada bukti sahih, atau pun dibuat kerana ada motif tertentu. Namun dalam tilikan saya ia ada kena mengena dengan politik Umno di masa depan. Ia semacam satu yang dipelankan untuk menyingkirkan Khairy dari kedudukannya hari ini.
Apakah tindakan itu sudah dimaklumkan kepada Khairy? Khairy pula enggan mengulas tindakan rakannya itu dan melarikan diri daripada wartawan. Kalau laporan polis itu atas restu Khairy, tidak munasabah pula. Sementara kalau ianya tidak dimaklumkan kepada Khairy dan tindakan itu atas inisiatif Naibnya itu, maka jelas ia cuba memberi mesej tertentu. Ia satu tindakan tidak beretika.
Seperti yang ditafsirkan oleh penulis veteran tadi, tindakan Khairul Azwan itu meletakkan Khairy dalam keadaan terjempit. Perhatian terhadak aksi yang diharapkan ialah daripada ahli-ahli Umno khas Pemuda. Apakah Khairul Azwan hanya menjalankan skrip yang ditulis oleh orang tertentu atau ia memang ideanya sendiri dalam mendekatkan lagi diri dengan Najib dan Rosmah Mansor? Siapa Rosmah?
Khairy tidak boleh terus mendimkan diri dan melarikan diri dari wartawan yang mahu penjelasan daripadanya. Dia perlu jelaskan apakah tindakan naibnya itu mendapat restunya atau pun tidak. Kalau beliau mendiamkan diri orang akan menganggap beliau juga ada saham sama.
Dalam hal ini saya rasa bukan jenis menantu bekas PM itu melempar batu sembunyi tangan. Apa yang kita kenal selama ini Khairy seorang yang berani termasuk menggelarkan para demostran sebagai Kera. [wm.kl.1:17 pm 28/07/16]

No comments:
Post a Comment