Monday, July 4, 2016

Permohonan baik daripada Husam mustahil dilayan Agong

REAKSI

Permohonan dikemukakan bekas Exco Kanan Kelantan Husam Musa supaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah satu permohonan yang baik dilihat ia dibuat demi kepentingan negara dan rakyat.

Penitahan agar status laporan audit itu yang diOSAkan, sebagai memastikan negara ini ditadbirkan dengan penuh integriti.

Apabila laporan audit mengenai 1MDB itu dibuka semula, rakyat akan dapat menilai laporan itu dengan penuh adil dan saksama bagi mereka mengetahui apa yang berlaku dalam 1MDB yang telah direkodkan sebagai skandal terbesar negara bertaraf lima bintang itu.

Sambil membuat cadangan itu Husam bertanya, bolehkah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu menitahkan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara, serta menitahkan satu salinan diberikan kepada mereka? Maksud Husam Agong minta Ketua Audit Negara memberi taklimat kepada mereka dan serahkan satu salinan untuk Raja-Raja.


Terima kasih kepada Husam kerana masih ada idea untuk merungkaikan isu 1MDB yang telah diselkan oleh Peguam Negara yang baharu. Apa dilakukan Husam menunjukkan pemikiran beliau masih belu tepu, kepalanya tetap bergerak untuk memperjuangkan hak rakyat. Cuma malangnya bekas partinya tidak dapat menilai akan kelebihan dan keistimewaan yang ada kepada tokoh ini.

Tindakan Husam itu juga menunjukkan komitmen beliau dalam memperjuangankan hak rakyat dan tidak sedia untuk menjadi syaitan bisu apabila dipuji atau dapat duduk satu pentas dengan orang yang dibabitkan dengan skandal kewangan terbesar itu.

Jarang orang mempunyai pemikiran dan idea kreatif seperti Adun Salor itu. Selepas Anwar Ibrahim saya melihat Husam adalah antara yang kreatif dalam menelorkan idea-idea menggerakkan perjuangan walaupun berada dalam keadaan yang tidak kondusif dan berkuasa lagi.

Misalnya Anwar walaupun "diselok" (dijilkan) dalam penjara tetapi masih mampu mengeksport keluar idea-idea dan buah fikiran untuk menggerak perjuangan dan dijanakan oleh rakan-rakan di luar. Anwar masih mampu memonitorkan idealisme perjuangan dari dalam kurangan. Apa dilakukan Husam itu adalah menyerupai apa dibuat oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu saya kata "penjara bukan pusara" buat Anwar.

Nah, begitulah juga diharapkan kepada Husam. Pemecatannya daripada Pas, pelucutan jawatan dan penafian haknya sebagai orang yang paling layak menjadi MB Kelantan tidak melemah dan mematikan langkah untuk membela rakyat.

Kelebihan dan keserasian dalam menjadi agigator perjuangan antara kedua ini telah lama saya nampak. Sebelum tahun 2009 lagi saya telah membayangkan kalau berlaku kombinasi mampat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat khasnya di antara Pas dengan PKR, maka orang yang akan menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang ialah Husam Musa. Saya pernah membuka trek cita-cita berharap Husam akan mulai memegang jawatan selaku presiden Pas dalam tahun 2013 atau 2015. Tetapi...

Mengenai cadangan Husam itu, meskipun bagus dan Yang di-Pertuan Agong sebelum mengucap sayor nara kepada Istana Negara seharusnya mengambil kira permohonan Husam itu. Itulah sebaik-baiknya. Kesediaan Agong untuk memenuhi permohonan Husam itu dilihat lebih berdarjat daripada Istana Negara buat pertama kali dibuka untuk kunjungan rakyat sempena 1 Syawal lalu.

Sekiranya Agong sedia menitah seperti mana cadangan Husam itu, ia juga boleh dijadikan buah tangan baginda yang sangat dihargai rakyat sebelum berangkat kembali ke Kedah untuk bersemayam sebagai Sultan Kedah selepas tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong tamat hujung tahun ini.

Pun begitu relevan dan rasional cadangan Husam itu, bagi saya ia tidak akan memberi apa-apa bekas. Walaupun cadangan itu merupakan dambaan rakyat jelata yang mahukan ketelusan dalam pentadbiran, yang tergilakan kebenaran, tetapi Yang di-Pertuan Agong saya melihat tidak sedia melakukannya. Amat-amat mustahil akan direalisasikan.

Atas sifat baginda Raja Berpelembagaan, ke semua sembilan baginda tertakluk kepada kuasa eksekutif pemerintah, yakitu perdana menteri. Perlu difahami isu yang hendak diperkatakan itu membabitkan perdana menteri secara langsung. Dalam hal ini saya tidak fikir Kerajaan (baca Najib Razak) sedia untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong memenuhi cadangan Husam itu. Yang di-Pertuan Agong akan bertindak atas nasihat memanda perdana menteri. Ini hakikat yang kena difahami.

Seperti mana kita sedia maklumi Majis Raja-Raja telah pun diberi taklimat panjang lebar mengenai perkembangan dan implikasi di sekitar isu 1MDB. Dalam taklimat itu,  yang diberikan oleh pihak SPRM, dihadiri sama oleh Ketua Polis Negara< KSU dan lain-lain pembeasar, mereka sudah merintih dan mengharap restu Raja-Raja untuk menyelesaikan isu 1MDB mengikut semangat undang-undang dan kuasa yang ada kepada Suruhanjaya itu.

Bagaimana pun ia mengecewakan. Majlis Raja-Raja tidak memberi apa-apa reaksi yang diharapkan dengan apa yang taklimatkan. Taklimat itu tidak lebih daripada satu formaliti sahaj. Adalah dipercayai tindakan beberapa orang pegawai tinggi SPRM, termasuk Ketua Pesuruhjaya, timbalan dan lain mengambil keputusan untuk berhenti ialah selepas taklimat mereka tidak mendapat respon yang diharapkan.

Makanya berdasarkan kepada hal itu, saya tidak yakin Yang di-Pertuan Agong sedia memenuhi cadangan dibuat oleh bekas Naib Presiden parti agama itu.

Cadangan baik itu tidak lebih dan tidak kurang memberi kesimpulan mengenai kehebatan Husam yang mempunyai idea dalam perjuangan, dan disamping itu menunjukkan isu 1MDB walauun ia telah disel oleh Peguam Negara, tetapi orang ramai masih mempertikaikannya. Apapun wajar kalau cadangan Husam itu turut "direnyutkan" oleh badan-badan lain dan juga parti politi.

1MDB tetap akan bergentanyangan di angakasa raya Malaysia, seperti mana hantu Altantuya yang sering kali mengusik lamunan orang-orang tertentu. Titik, [wm.kl.11:59 am 08/07/16]

No comments: