Saya diminta memberi ulasan dan pandangan hasrat pimpinan DAP Pulau Pinang yang ingin mengadakan pilihan raya negeri (Pirane) di negeri itu. Sebenarnya saya tidak memahmi kenapa suatu pilihan raya Pirena perlu diadakan. Apa masalah dan hambatannya? Apakah kerajaan Pulau Pinang kini sudah hilang suara atau majoriti dalam DUN?
Saya pernah melontarkan pandangan kecil, kalau Pirane itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan (Najib Razak) sebagai tebusan agar membebaskan Lim Guan Eng daripada tindakan mahkamah yang berlaku sekarang ini, ia adalah strategi yang sia-sia.
Pirane itu itu tidak akan memberi bekas apa-apa kepada Lim Guan Eng (foto) dan DAP kalau itulah maksudnya. Melihat kepada keseriusan kerajaan (baca Najib Razak dan Umno Pulau Pinang) menerusi SPRM mengheret Guan Eng ke mahkamah menunjukkan mereka nekad untuk "menyendor" - memenjarakan Ketua Menteri itu. Singa muda DAP itu perlu direhatkan dalam kandang besi.
Umno khususnya, (mungkin) menerima nasihat dan percaya formula politik yang dianjurkan oleh beberapa tokoh Umno negeri itu yang galak bermain dengan gelombang rasis. Salah satu kaedah untuk membolehkan kerajaan Pulau Pinang terlepas daripada genggaman Pakatan Harapan (DAP, PKR, terbaharu Amanah) ialah dengan memenjarakan Guan Eng. Guan Eng harus diikat tangan dan kakinya. Biar dia kurus dan lemah dalam tembok batu.
Tindakan serupa yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim yang dipenjarakan lima tahun perlu dilakukan ke atas Guan Eng. Mereka menghitung dengan tindakan ke atas Anwar melemahkan PKR dan pembangkang, dan dari satu sisi ternyata strategi itu berhasil. Kerana Anwar berada dalam penjaralah maka Najib terus bermaharajalela mencetuskan pelbagai isu seperti skandal 1MDB dan juga membuatkan pembangkang "berkucar wak yah".
Anwar Ibrahim |
Perkiraan itu sebenarnya salah bagi Umno. Mereka lupa bahawa yang membiayai gerakan DAP ialah penderma dan kologmerat Cina. DAP sudah kaya raya sebelum Pulau Pinang jatuh ke tangan mereka. Ertinya strategi Umno mahu melumpuhkan ekonomi DAP tidak berhasil. Orang Cina lebih bijak merancang dan eksploitasi material untuk kepentingan mereka.
Manakala kalau dengan pendakwaan Guan Eng itu mereka ingin memberi tahu rakyat Pulau Pinang bahawa Guan Eng seorang yang korap juga gagal. Pendekatan dan stail pentadbiran Guan Eng disukai oleh rakyat. Orang Melayu Pulau Pinang menyenangi Guan Eng. Beliau tidak "kupik" dalam membelanjakan wang untuk pembangunan Islam di negeri itu. Inilah denak dan umpan Guan Eng kepada orang Melayu yang liberal. Penerimaan rakyat (Melayu) ini menyebabkan pelan Umno untuk damge Guan Eng tidak berjaya.
Justeru mungkin menyedari dengan cara memburukkan Guan Eng itu gagal, maka tindakan fizikal ke atas anak Kit Siang itu perlu dibuat sekali lagi. Sebelum ini Guan Eng pernah dipenjara apabila membela budak sekolah Melayu yang dirogol bekas Ketua Menteri di sebuah negeri. Selagi sejarah itu melekat dalam kepala maka keberanian dan jasa Guan Eng itu tidak akan dialpkan.
Berbalik kepada hasrat DAP tadi, apakah keperluan baginya untuk memanggil Pirane itu, dan apakah signifikennya. Dengan senario itu tadi jelas kekuataan DAP di Penang tidak akan berubah dan status kerajaan pimpinannya tidak tergugat. Kalau pun diadakan Pirane parti itu akan menang besar. Namun kemenangan itu tidak mencapai apa yang dimaksudkan seperti apa saya nyatakan itu, untuk membebas Guan Eng.
Jadi untuk apa diadakan Pirane? Bagi saya ia tidak perlu. Kerajaan Pulau Pinang tidak tergugat dan rakyat masih berdiri di belakang. Dalam DUN hari ini DAP masih mempunyai 19 kerusi, manakala PKR 10 kerusi. BN pula hanya 9 kerusi sementara Pas 1 kerusi. Kerajaan masih kekal menguasai majoriti 2/3.
Hanya segelintir orang Melayu Umno sahaja yang melaung dan meroyan melihat kemajuan dicipta Guan Eng. Biarlah Melayu rasis dan kurang bijak berpolitik di Pulau Pinang itu melaung dan menyalak kerana bukit tidak akan runtuh anjin (kalau pun ada) tidak akan lari.
Justeru adalah tepat kalau PKR tidak bersetuju dengan cadangan Guan Eng untuk mengadakan Pirane. Munasabah bagi PKR. PKR tidak perlu terikut dengan emosi dan keyakinan DAP. Parti itu ada kemungkinan akan kehilangan kerusi kalau diadakan Pirane. Dengan keadaan politik Melayu "berjibuh" sesama sendiri kini, PKR boleh hilang kerusi. Sudah pasti kalau diadakan Pirane, parti agama yang sebelum ini bersama DAP dan PKR akan membantu Umno.
Pas tidak mengalami apa-apa kerugian kalau diadakan pilihan raya kerana mereka hanya ada satu kerusi sahaja. Itu pun wakilnya kini sudah kelong menjadi wakil Amanah?
Belainan dengan DAP, sokongan Cina tidak berubah bahkan makin kuat kerana kaum itu tidak senang dengan tindakan ke atas Guan Eng yang sudah dianggap hero mereka. Mereka boleh menang besar kalau diadakan pilihan raya. Jelas yang untung dan mendapat laba besar ialah DAP.
Apa yang penting dan perlu diutamakan oleh Guan Eng dan semua pihak pembangkang di Pulau Pinang ialah, kerajaan negeri itu masih stabil. Selagi tidak ada desakan daripada rakyat mereka tidak perlu gusar. Kerajaan boleh digerakan terus. Setakat ini tidak ada bantahan dan desakan daripada rakyat, ertinya mereka bersama Guan Eng dan kerajaan.
Lainlah kalau Pirane itu DAP ada motif tersendiri misalnya sebagai persediaan untuk menyusun semula kepimpinan kerajaan Pulau Pinang apabila mereka sudah berasakan yang Guan Eng akan ke dalam. Dan boleh jadi juga Pirane itu sedang diam-diam mengaturkan agar ayah Guan Eng, Kit Siang bertanding di salah satu Dun kemudian diangkat menjadi Ketua Menteri? Boleh jadi.
Tampaknya dalam hal ini parti Amanah bersemangat dan menyokong kalau Pirane diadakan. Guan Eng mengesahkan yang Muhammad Sabu memberi tahu partinya bersedia untuk berpilihan raya. Sikap Amanah ini tidak menghairankan. Sebagai anak lembu jantan yang baru pandai keluarkan "syahwat" mereka pantang melihat betina terus sahaja dibuntutinya.
Kepada Amanah kalau pun henak berbini (berpilihan raya) biarlah syahwat benar-benar keras dahulu jangan tergesa-gesa dan gaduh. Walhu'alam. [wm.kl.5:26 pm 26/07/16]
No comments:
Post a Comment