Monday, July 25, 2016

Kenapa Fatah kemuka injuksi terhadap Gelari Tani Sdn Bhd?

CERITA KELANTAN

Ramai orang terkejut apabila membaca berita Yang di Pertua Pas Kawasan Rantau Panjang Abdul Fatah Haron telah mengemukakan injuksi ke atas syarikat Gelari Tani Sdn Bhd (356554-U) di mahkamah Tinggi Kota Bharu 13 Julai lepas.

Berita itu dilaporkan oleh media massa bersumberkan daripada Husam Musa. Husam ketika itu berarada di mahkamah sama kerana menjadi saksi dalam satu kes saman terhadap kerajaan Kelantan. Beliau menulis secara tidak langsung berhubung beberapa kes yang berjalan ketika itu.

Laporan di media sosial itu yang juga dipetik oleh media massa tidak meluas dan mendalam. Pembaca menganggap kes itu sebagai biasa sahaja. Orang tidak memahami kenapa Fatah tiba-tiba "naik angin" mengemukakan injuksi berkenaan. Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa Fatah menyaman orang separti dengannya, Parti Islam se Malaysia (Pas).

Dari cabutan di SSM, syarikat Gelari Tani Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, menyebut bidang perniagaanya sebagai Property Investment dan Developer, ia dimiliki oleh tiga pemimpin Pas, Abdul Halim Abdul Rahaman, bekas TMB Kelantan yang juga Adun Kijang, (memegang syir sebanyak 330,000 unit, Mustapa Ali, bekas Setiasuasa Agung Pas kini Pengarah Pilihan Raya mememag (170,000 unit syir), manakala seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf berserta enam orang perempuan yang semua berbinti Wan Othman. Mereka dipercayai anak-anak kepada Wan Othman.

Wan Othman memegang syir sebanyak 50,000 unit manakala perempuan yang berbintinya masing-masing 75,000 unit.

Wan Othman merupakan bekas Adun Tendong dan juga bekas Bendahari Pas Kelantan. Beliau telah meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Lantaran itu umum masih kabur mengenai tindakan Fatah itu. Ia menghairankan kerana orang atau syarikat diinjuksi oleh Fatah itu adalah orang-orang kuat Pas, yang mengakui parti mereka memperjuangkan Islam dan mengharap syurga daripada Allah.

Jadi apa yang menarik dan memelikkan di sini, kenapa Fatah yang juga orang Pas menyaman orang Pas. Apakah kes membabitkan injuksi itu merupakan kes peribadi. Mari kita melihat ke dalam lagi mengenai kes ini selanjutnya.

Galari Tani SB sebuah syarikat berasaskan kepada pelaburan harta tanah dan developer. Ia ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, yakni selepas lima tahun Pas berjaya memerintah Kelantan. Pas berjaya menumbangkan BN dan mula memerintah Kelantan pada tahun 1990. Ertinya syarikat itu didaftarkan lima tahun setelah Pas memegang tampok pemerintahan, dan dikala itu Abdul Halim adalah TMB I, Kelantan manakala Fatah sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan.

Dalam cabutan itu tidak menyebut aset yang dimiliki syarikat ini dan menunjukkan kedudukannya. Bagaimana pun dalam siasatan saya, (dan maklumat yang sampai) injuksi itu berhubung pertikaian sebidang tanah berkeluasan 200 ekar. Seperti mana disebut Husam, injuksi itu mengenai tanah milik peribadi dan tidak ada kena mengena dengan Pas.

Jika ia semata-mata milik peribadi, macam mana Fatah boleh campur tangan? Apakah lokas standi (hak) yang ada kepada Fatah. Ini yang menjadi misteri dan tanda tanya. Kemungkinan tanah itu bertindeh haki milik antara individu dengan parti?

Sementara itu apa yang dipastikan kedudukan tanah menjadi rebutan itu ialah di pinggir Lebuh Raya Pair  Mas - Rantau Panjang, berdekatan dengan Kolej Komuniti dan bertentangan dengan padang ragut yang terletak di sebelah kanan menghala ke Rantau Panjang. Menurut harga pasaran semasa tanah itu bernilai antara RM100,000 hingga RM130,000 seekar? [wm.kl.6:11 pm 25/06/16]. Bersambung.

No comments: