Setiap daripada kita pasti membaca surah Yassin. Biasanya malam Jumaat paling tidak khatam untuk satu kali. Tetapi apakah kita menyelidi dan menghayati kisah atau ibrah yang tertera dalam surah itu? Menyelami pengajaran yang tersurat dan disirat di dalamnya bagi memaknakan hidup ini. Mungkin tidak.
Makam Habib an-Najjar dalam lubang dalam masjid. |
Dalam surah Yassin ada dikisahkan mengenai "Rajulun" seorang lelaki disebut datang dari hujung kampung dalam keadaan tergesa-gesa. Kisah ini sangat popular yang diterakan dalam surah berkenaan. Populisnya sehinggakan dianalogikan surah Yassin itu sebagai surah lelaki berkenaan.
Berbagai-bagai tafsir dibuat terhadap lelaki berkenaan, dan begitu juga dengan tempat atau negeri disebut sebagai "hujung kampung" itu. Ia satu kisah yang cukup menarik, dapat menebalkan keimanan dan ketauhidan kita kepada Allah.
Ada ahli tafsir berpendapat hujung kampung yang dimaksudkan itu mungkin dari negeri arah Madinah? Begitu juga dengan tempat atau negeri terkisah Rajulun itu ditafsirkan berbagai-bagai tempat khasnya di Mesopatomia.
Masjid Habib an-Najjar berhampiran jalan besar. |
Ada ahli tafsir melakarkan Habib seorang lelaki gemuk pendek, berpenyakit kusta (canggu).
Beliau juga digambarkan seorang pemuda yang alim, baik hati, suka bersedekah walaupun keadaanya sendiri lebih memerlukan. Lebih jauh dari itu dia dianggap sebagai seorang yang cukup tinggi nilai keimanannya. Dia bahkan dianggap sebagai ulama terbilang serta seorang ahli suluk dan seorang abid.
Kehebatan Habib ini terserlah apabila beliau digelar tukang batu, etinya beliau seorang yang berketrampilan dalam bidang seni ukir menugkir. Kalau tidak masakan dia digelar sebagai tukang, yakni orang yang mempunyai kemahiran dan kepandaian luar biasa. Bagaimana pun tidak ditemui dalam mana-mana tafsiran menceritakan apakah benda (subjek) yang menjadi bidang ukirannya.
Habib an-Najjar bukan siapa-siapa dari segi nasab dan keturunannya. Dia adalah insan biasa sahaja. Dia bukan diutus khas oleh Allah seperti mana para Nabi yang sejak awal lagi kedudukannya dijamin, maksum. Kemuliaanya hanya kerana dia seorang yang taat dan patut kepada Allah, memperhambakan dirinya ke dalam dakwah.
Sanggup meninggalkan kampung halaman dan berkorban mengembara dan akhir menemui syahid di jalan hidupnya. Dia melawan kaumnya, pengikut di sebuah negeri yang enggan beriman kepada Nabi dan cuba membunuh Nabi-Nabi yang diutuskan.
Dalam kata lain Habib adalah seorang pembela Nabi.
Gapura untuk memasuki ke laman masjid. |
Atas pengorbanan itulah ahli tafsir membuat perkiraan Habib an-Najjar seorang "mukhlisin" yang mendapat kedudukan Syurga di sisi Allah. Seorang ahli tafsir menyamakan taraf Habib sama istimewa dengan Syaidina Ali Abi Talib atau mereka yang menentang Firaun.
Sememangnya sudah cukup baginya untuk mendapat jaminan itu bagi menandakan betapa tingginya keimanan dan ketauhidan si Rajulun itu. Maksudnya darjat dan kemuliaan seseorang di sisi Allah bukan berdasarkan keturunan, kekayaan, tetapi keimanan dan ketakwaannya kepada Allah.
Mengenai kisah Habib ini disebut dalam Yassih dari ayat 13 hingga 28. Daripada ayat inilah ditafsirkan untuk mengenali Habib an-Njjar dan juga menyelidikan tempat kejadian itu berlaku. Beliau dikenali dengan "Rajulun" lelaki yang datang dari dari hujung kampung dalam keadaan bersusah payah dan tergesa-gesa demi menyampaikan risalah para Nabi Allah. Dalam bahasa mudah Habib an-Najjar adalah seorang pendakwah dan pejuang di jalan Allah.
Kisah Habib an-Najjar dan kewujudan negeri dicerita itu memang jelas dan dapat disaksikan hingga ke hari ini. Ia bukan dongengan atau mitos. Usaha mencari dan menjejaki lokasi untuk menghayati kisah ini sedikit sebanyak mampu menguatkan ketauhidan kita kepada Allah.
Sekurang-kurang hasil telaah saya mencari kepastian tempat itu menerusi tafsiran berkenaaan menemui dua tempat atau negeri dimana kejadian itu berlaku. Kedua tempat ini sangat menyakinkan. Keyakinan besar ialah apabila terdapat makam di situ diterima sebagai makam Habib an-Najjar.
Satu tempat disebut Antahkiyah (Anthoche) yang kini berada dalam daerah Turki. Dahulu Antahkyiah (kini Antakya) berada dalam penguasaan Syria, ia menjadi milik Turki selepas perang dunia pertama. Alahamdulilah semasa bermusafiri misi kemanusiaan baru-baru ini saya menjejaki ke tempat itu.
Hari ini Antahkyiah dikenali dengan nama Antakaya. Ia berada di pinggir bandar Renynali, yang berjarak kira-kira 50 km. Kedudukan di lembah sebuah gunung yang dinamakan Sipulus. Usia bandar ini 11,200 tahun.
Tempat kedua ialah di Pompeyi terletak di lembah gunung Vesuvinis di Italy. Para ahli tafsir sependapat untuk menerima tempat si Rejulun itu di Antakya di Turki bukannya di Pompenyi di Italy.
Mungkin tempat atau negeri itu tidak menajdi masalah. Apa yang penting sejarah atau kisah yang dipanggung oleh Habib an-Najjar tentang kegigihan, keberanian beliau dalam menegakkan risalah Allah yang penting. Mengambil ikibar daripada apa dilaluinya itu lebih mustahak. Namun sekiranya tempat itu dapat dipastikan ia jadi lebih bermakna dan bererti lagi.
Mengenai bandar Antakaya semasa kunjungan singkat itu saya tidak dapat meninjau lebih jauh mengenai suasana bandar berkenaan kerana kesuntukan masa. Tetapi perasaan hati disapa oleh satu rasa unit sebaik tiba di bandar berkenaan. Bandar berkenaan yang asal telah hancur dimusanhakn oleh Tuhan bersama penduduknya kerana enggan beriman kepada Allah. Tetapi dalam singgahan sekilas itu tidak ternampak kesan kehancuran itu. Mungkin ia berada di sudut lain.
Antakya yang ada kini sudah moden. Lengkap dengan segala kemudahan. Kuda-kuda, gajah dan unta kenderaan dizamannya sudah bertukar menjadi teksi, bas atau pun metro.
Semuanya sudah berubah suasana. Namun apa yang tidak berubah, ialah makam Habib an-Najjar. Makam itu tetap kekal di tempatnya sebagai tanda dan sejarah mengenai kisah berkenaan.
Makam atau pusara Habib terletak di bahagian bawah di serambi sebuah masjid yang terletak dipinggir jalan besar di tengah bandar berkenaan. Masjid itu dikenali dengan masjid Habib an-Najjar, semepena dengan namanya. Untuk masuk ke pusara itu kena turun ke dalam, menjejaki kira-kira 15 anak tangga. Saya menganggarkan ke dalamannya sekitar 15 hingga 20 meter.
Makam Habib terletak di atas satu bongkah, di atasnya tertudung seperti gua. Ia dilingkupi dengan kain baldu berwara merah. Di bahagian atas diletakkan papan tanda tertulis "Habib i-Naccer" maksudnya Habib an-Najjar, yang siap disorot sport light.
Di sebelah kirinya ada satu lekuk, macam kotak. Tidak dipastikan apakah ia juga merupakan puasara seseorang.
Di permukaan sebelum turun ke dalam ada lantai, ruang semacam ruang untuk solat atau pun bersuluk. Keadaanya tenang dan damai. Aroma setanggi terhidu sebaik kaki melangkah masuk ke ruang berkenaan. wangi semerbak.
Pada masa saya hadir kami dipandu oleh seorang bertindak mutawif yang membuka pintu dan membawa masuk ke bahagian bawah. Mutawaif itu bernama Mustapa, usia lingungan akhir 60an, dialah menjadi tukang cerita sejarah si Rajulun itu dan siap memimpin kami untuk membaca Yassin sekali khatam untuk roh Habib an-Najjar.
Semasa membaca Yassin yang dipimpin oleh Mustapa, satu rasa menyelinap ke dalam nubari saya. Timbul perasaan sebak dan sedih apabila mengenangkan akan kemuliaan diterima oleh Habib an-Najjar. Dia disebut dalam Quran, menjadi penyaksikan akan kebenaran dan keagungan kitabullah.
Walaupun ada pihak menafikan makam itu bukan pusara Habib an-Najjar tetapi hati kecil saya mengesahkan ia sebagai pusara Habib an-Najjar.
Semoga doa dan bacaan Yassin kami untuk rohnya sampai dan Habib juga mendoakan untuk kami berada berhampiran dengan tamannya di Syurga kelak. [wm.kl 6:36 pm 15/01/17]
No comments:
Post a Comment