Tuesday, January 3, 2017

Salam dari kejauhan

SALAM

[kemaskini] Sudah tiga hari saya dalam pemusafiran misi kemanusian ke Syria bersama Yayasan Darul Hijrah (YDH). Destinasi saya ialah ke Halab (Aleppo), Syria bumi yang terus diganyang dan berperang akibat kerakusan dan ketamakan kuasa manusia. Perbezaan aliran pegangan juga membawa manusia berbunuh-bunuhan.

Apa menyedih dan mendukacitakan di celah-celah ketamakan itu yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak berdosa. Di Turki sahaja terdapat 2 juta pelarian Syria, di mana 1 juta adalah kanak-kanak.

Ketika catatan ini dibuat rombongan kami berlian berada di bandar Reyhanli, di selatan Istanbul. Ertinya jarak untuk ke Aleppo kira-kira lebih 500 km.

Perjalanan esok insyaAllah akan menuju ke Saniulrfa bandar yang bersebelah dengan Aleppo. Doakan semoga perjalanan kami lancar dan selamat seperti mana dirancangkan. Sekian wassalam.

Alhamdulilah kami sudah tiba di bandar Ulfa. Perjalanan dari Reyhanli yang berjarak 500km memakan masa 4 jam 45 minit. Perjalanan menerusi lebuh raya yang lawas dan tidak begitu sibuk.

Sepanjang perjalanan juga tidak banyak kerenah. Hanya berhenti sekali sahaja di satu sekatan jalan raya. Pemeriksa tidak ketat setelah pegawai bertanya kepada pemandu, kami dibenarkan meneruskan perjalanan.

Wassalam. [urfa.tur. 12:29 04/01/17]

No comments: