Penglibatan Yayasan Darul Hijrah (YDH) dalam membantu mangsa pelarian Syria meletakkan Ngo tersebut melakari peta dunia dalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaannya. Sebelum ini YDH dikenali dan dikagumi dengan penglibatannya dalam membantu mangsa banjir di Kelantan tahun 2014.
Omar berterima kasih atas usaha YDH. |
Penglibatan YDH meringankan beban mangsa banjir sekaligus meringankan juga beban dipikul oleh kerajaan Kelantan yang terkial-kial dalam menguruskan mangsa banjir. Peranan serta tanggungjawab YDH ketika itu ia dilihat mendahului agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya menangani bencana banjir.
Dengan rekod kejayaan dan keberkesanan Ngo itu merealisasikan bantuan kepada umum meletakkan ia menjadi kepercayaan dan keyakinan orang ramai untuk ikut sama berpartisipasi dalam berkebajikan menerusi YDH. Sudah tentu juga kepercayaan itu disebabkan amanah dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak pengurusnya.
Omar Musa dan Imad menyambut kedatangan kami. |
Misi kemanusiaan bertemakan Syria Di Hatiku yang berlangsung seminggu lepas dari 31 Disember 2016 hingga 8 Januari 2017 bagi membantu pelarian Syria yang bermukim di kem-kem pelarian menjelaskan Ngo berkenaan itu sudah bertaraf global (dunia). Paling menarik ia memberi signifikan kepada keupayaan insan-insan utama yang berada di sebalik tirai penubuhannya khasnya Pengerusi Kehormatnya, Husam Musa dan pegawai eksekutif yang lain.
Kejayaan misi Syria Dihatiku itu serta kepercayaan daripada beberapa Ngo di luar khasnya yang memainkan peranan membantu pelarian Syria kepada usaha YDH menyerlahkan keupayaanya.
Paling menarik sekali penglibatan YDH itu juga sekaligus memberi nilai tambah kepada Parti Amanah Negara (Amanah) khasnya dan Malaysia amnya. YDH kini dikenali sebagai antara Ngo Malaysia yang aktif berkebajikan membantu pelarian Syria.
Walaupun misi kemanusiaan Syria Di hatiku itu tidak ada sangkut paut dengan Amanah secara langsung tetapi posisi Husam sebagai tokoh penting dalam parti itu selaku penasihat Amanah Kelantan secara tidak langsung ia menjadi wakil kepada Amanah. Amanah harus berbangga dengan usaha murni Adun Salor itu.
Tidak keterlaluan dinyatakan dalam konteks ini Amanah telah mengungguli dalam memberi bantuan kepada pelarian Syria. Amanah telah menjadi duta kemanusiaan Malaysia di Syria menerusi Husam? Betapa tidak pada masa timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan membawa balik 3,000 pelarian Syria, tetapi Husam sudah pun menaja dua anak yatim piatu pelarian Syria sebagai anak angkat.
Usaha Husam itu mungkin terlalu kecil berbanding dengan angka disebut Zahid tetapi nilai kemanusiaan dan kesungguhanya sangat tinggi. Ia juga memberi simbolik bahawa bantuan terhadap pelarian Syria boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara asalkan ada keinginan.
Kebetulan misi kemanusiaan ke Syria baru lalu saya ikut serta jadi dapat melihat dari dekat kerja-kerja kebajikan dan misi kemanusiaan kelolaan YDH itu dan sambutan terhadapnya. Misi berkenaan sungguh mencabar sekali kerana keadaan di Syria tidak begitu kondusif ditambah dengan keadaan cuaca sejuk, dilanda salji waktu ini.
Pengerusi IDKA Abdulo Razzak mengalu kedatangan Husam. |
Apa lagi di Syria. Umum tahu keadaan di Syria ketika ini masih belum aman dan pintu-pintu masuk di sempadanan Syria - Turki Tenggara ke negara itu bagi tujuan bantuan kemanusiaan masih tidak dibuka sepenuhnya.
Walaupun sesiapa sahaja bebas untuk menghulurkan bantuan tetapi kawalan ketat oleh pihak bertanggungjawab ke atas khemah-khemah pelarian menyebabkan ia agak sulit untuk menyalurkan bantuan. Pihak berkuasa berhati-hati agar tidak berlaku sesuatu yang tidak baik. Keselamatan misi perlu diutamakan.
Tanpa ada kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa atau masyarakat setempat yang menguruskan kem-kem pelarian tidak mudah untuk menyampaikan bantuan kepada sasaran. Lantaran itu ada bantuan yang dipungut tetapi tidak sampai kepada sasaran.
Dalam hal inilah ia memerlukan kebijaksanaan dan rangkaian hubungan yang meluas untuk membolehkan saluran kemanusiaan dihulurkan sempurna dan berkesan. Di sinilah saya melihat kemampuan Husam dalam membina hubungan dengan beberapa buah Ngo untuk merealisasikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria. Berkat hubungan yang akrab, daya diplomasi itulah maka semua kerja kemanusiaan berlangsung dengan baik.
Apa yang jelas kehadiran Ngo seperti YDH itu sangat dialu-alukan bagi meringankan bebanan ditanggung oleh pelarian Syria. Keperluan bantuan kemanusiaan untuk pelarian sangat mendesak. Walaupun ia tidak menuntas semua masalah tetapi sumbangan YDH sangat bererti. Di Turki sahaja waktu ini terdapat 2 juta pelarian dimana 1 juta adalah kanak-kanak, hampir separuh menjadi yatim piatu.
Misalnya kerjasama YDH dengan Al-omari Orphans (www.alomariorphans.com) cukup berkesan sekali. Ngo ini yang dibangunkan oleh warga Syria sangat prihatin kepada nasib pelarian Syria yang telah memainkan peranan sejak awal melatusnya kemelut di Syria sejak dua tahun lepas. YDH telah menjalinkan kerjasama dengan Ngo ini di mana segala maklumat semasa berhubung pelarian dan masalah dihadapi pelarian di kem-kem pelarian diperolehi menerusi Ngo ini.
Al-omari Orphans ini bertindak menjadi mediator menyalurkan segala bentuk bantuan yang disumbangkan oleh YDH dan juga memudah carakan urusan bantuan kemanusian yang disalurkan.
Kekaguman Ngo ini terhadap YDH dinyatakan sendiri oleh Pengerusinya Omar Musa ketika kunjungan Husam ke pejabatnya di Istanbul semasa misi kemanusiaan lalu.
"Pelarian Syria sangat berterima kasih kepada usaha YDH dan Datuk Husam Musa atas bantuan yang disalurkan untuk membantu pelarian Syria. Saya bagi pihak mereka mengalungkan ucapan terima kasih tinggi kepada Datuk Husam," demikian lafaz Omar.
"Sudah tentu bantuan seperti ini dapat meringankan beban berat yang ditanggung oleh pelarian Syria. Hanya Allah jugalah dapat membalas budi baik serta keperihatian Datuk Husam," ujarnya lagi.
Menurut Omar lagi bantuan atau kerjasama kemanusiaan seperti dilakukan YDH sangat dialu-alukan bagi meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh pelarian. Keperluan yang sangat terdesak menurut Omar waktu ini selain untuk membeli makanan ialah untuk memberli pakian sejuk memandangkan musim ini musim sejuk.
Dalam kesempatan itu Husam juga sempat meninjaukan sekolah untuk anak-anak yatim yang diusahakan oleh Al-omari. Sebuah bangunan tiga tingkat yang telah ditinggalkan telah diubahsuai untuk dijadikan sekolah dan asrama anak-anak yatim yang menjadi pelarian. Omar menyebut bantuan masih diperlukan untuk pembangunan sekolah berkenaan.
Husam juga dibawa melawat ke sebuah sekolah yang dibangunkan oleh sebuah yayasan dikhas kepada anak-anak Syria termasuk pelarian. Sebanyakj 200 helai baju sejuk disumbangkan oleh YDH untuk murid-murid berkenaan. Kehadiran itu disambut dengan penuh kegirangan oleh pihak sekolah dan juga mnurid-murid.
Pengerusi sebuah Ngo dibangunkan oleh pemuka tempatan bandar Reynali, Abdul Razzak turut sama mengalu-alu kedatangan Husam dan misi kemansuiaan. Abdul Razzak juga menaruh harapan tinggi dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas komitmen Ngo daripada Malaysia. Apa yang kita semua lakukan ini katanya ialah kerana Allah dan persaudaraan sesama manusia.
Beberapa penempatan lain berhubung pelarian Syria sempat dikunjungi misi kemanusiaan berkenaan. Suasana paling menyedihkan juga ialah apa yang berlaku di dua rumah penempatan pelarian Syria yang cedera akibat perang. Kehidupan mereka sangat daif baik dari segi prasarana dan juga pemakanan. Mereka menghuni rumah berkenaan mengalami pelbagai kecederaan, ada yang putus tangan, kaki, menghidap barah kerana akibat bahan kimia dan sebagainya.
Di sepanjang misi kemanusiaan itu YDH telah menyumbang pelbagai barangan dan kewangan yang semuanya bernilai hampir RM100,000 hasil sumbangan orang ramai menerusi tabung Syria Dihatiku yang dikelolakan oleh YDH.0
Misi itu juga turut mengajurkan beberapa program kamunusia yang lebih bererti dan luas lagi seperti program penajaan anak yatim. Misi kemanusiaan dua juga akan turut dilancarkan dijangka akan diadakan Februari atau Mac depan.
Dalam pada itu Husam sendiri terharu dengan sumbangan dan komitmen dan kemurahan orang untuk membantu pelarian Syria menerusi YDH itu.
Beliau berharap sumbangan dan komitmen itu akan diteruskan menerusi beberapa program yang ditaja dari masa ke semasa. Bersambung. [wm.kl.5:21 pm 12/01/17
No comments:
Post a Comment