RENCANA KHAS
Salahuddin menekapkan jari meluncurkan Halatujuh MOA. |
Ia dirangka demi membina dan mensasakan kehidupan rakyat khusus di bawah naungannya.
Dengan terluncurnya Halatuju itu bermakna MOA kini sudah ada rangka atau pelan lengkap untuk dijadikan panduan kemudian dilaksanakan untuk memenuhi hasrat dan aspirasi kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan.
Sepatah tanggapan jauh Salahuddin sebelum pelan atau dasar MOA itu disempurnakan, kenapa kehidupan warga petani tidak berubah sebelum ini antaranya disebabkan kegagalan dasar diperkenalkan.
Makanya Halatuju dilancarkan itu dikira syumul dengan mengambil pandangan semua pihak dan penelitian yang mendalam.
Sepatah tanggapan jauh Salahuddin sebelum pelan atau dasar MOA itu disempurnakan, kenapa kehidupan warga petani tidak berubah sebelum ini antaranya disebabkan kegagalan dasar diperkenalkan.
Salahuddin bersama ketua-ketua agensi di kementeriannya. |
Dan bagi Salahuddin sebagai seorang menteri baru, kejayaan merangka pelan itu ia merupakan satu kesusksesan buatnya. Memang di luar sana setelah sembilan bulan memegang jawatan itu, orang menanti-nanti apakah perancangan dan blue print beliau di kementerian itu.
Penilaian awal terhadap jaya atau tidak beliau sebagai anggota kabinet dibuat ke atas pelan startegi halatuju itu. Halatuju atau pelan itu menjadi bahan penilaian awal.
Penilaian awal terhadap jaya atau tidak beliau sebagai anggota kabinet dibuat ke atas pelan startegi halatuju itu. Halatuju atau pelan itu menjadi bahan penilaian awal.
MOA dalam tempoh dua tahun 2019 hingga 2020, akan bergerak berpandukan kepada peta atau rangka tersebut. Halatuju itu adalah bingkai MOA yang dibina berasaskan amanah dan tanggungjawab berorentasikan Rahmatan li-alamin. Tempoh atau masa itu sangat singkat, justeru seluruh jentera dalam MOA perlu digerak secara optimum.
Halatuju itu sangat penting bagi sesebuah kementerian. Justeru semua jentera atau karyawan dibawah MOA, yang hadir semasa peluncurannya tempoh hari diharap hadir bukan sekadar memenuhi jemputan, mengambil hati atau menadah telinga, sebaliknya pulang dengan penuh iltizam dan komitmen untuk melaksankannya.
Sebahagian yang hadir di majlis peluncuran itu. |
Kini tidak ada alasan lagi kalangan pegawai dibawah MOA atau para "pemerhati cuak kementerian itu" untuk mengatakan mereka kabur atau ketidaktentuan halatuju ekoran perubahan tampuk kerajaan. Kerana idea, wawasan dan gagasan sudah terbina dan dibentang dengan luas dan jelas.
Tugas semua pihak sekarang ini ialah mengimplimentasikan segala dasar yang dibangunkan berlandaskan keutamaan dan kebijaksanaan — prioriti yang startegis.
Salahuddin diapit timbalannya dan KSU. |
Sementara menurut Ketua Setiausaha (KSU) MOA, Mohd Sallehhuddin Hassan pula Halatuju itu bukan wewenang tetapi ia dibuat setelah menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) analysis) Kementerian selaras dengan Matlmat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) dan membangunkan komiditi tinggi sebagai sumber kekayaan baharu kepada negara.
Ada lima halatuju besar digariskan sebagai latar belakang atau kompas perjalanan MOA dengan perincian dan huraian 18 strategi dan 51 inisiatif.
Lima Halatujuh ialah ialah:
1. Memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan, dan perikanan.
1. Memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan, dan perikanan.
Terdapat lima strategi dengan 16 inisiatif untuk mencapai halatuju ini.
2. Merancak penglibatan pelaburan swasta dan pertanian secara komersial serta meningkatkan dagangan eksport pertanian. Dalam halatuju ini mempunyai tiga strategi dan enam inisiatif.
3. Menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan Agroprenneur muda. Hala tujun ini mempunyai tiga stretgi dengan sembilan inisiatif.
4. Menambah baik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembangan untuk petani, penternak dan nelayan. Terdapat lima strategi utama dengan 13 inisiatif.
5. Memperkukuhkan struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah MOA untuk menambahkan sistem peyampaian dan tadbir urus (Governans). Ada dua strategi dengan tujuh inisiatif.
Golongan NGO dan pengamal media ikut menerima buku dasar MOA. |
Ianya ditunjangi oleh Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) yang ditubuh oleh MOA. Ertinya ia dizahirkan bukan tergesa-gesa melainkan setelah dibuat kajian dan analisa mendalam, untuk melihat sejauh mana praktikal dan logikal Halatuju atau dasar berkenaan.
Hanya yang diperlukan kini ialah pelaksanaan segala perancangan itu seperti dirancangkan. Perancangan yang mampan dan kemas tidak akan ke mana, kalau semua karyawan di bawa MOA tidak mengambil peranan masing-masing atau berbuat sambil lewa. Semua warga di bawah MOA dari pegawai rendah hingga ke peringkat tertinggi, Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Timbalan KSU ketua-ketua jabatan dan agensi menjadi implimentor, dengan sokongan padu petani, nelayan dan penternak.
Sama ada jaya atau tidak halatuju itu, ia terletak kepada sejauh mana peranan dimainkan oleh para implimentor itu. Yang akan menjadi tulang utama diperingkat penyampai ialah kesemua 12 agensi dan jabatan dibawa MOA. Setiap pegawai dan individu yang berada dibawah agensi itu pula diberi tanggungjawab dan akan dipertanggungjawabkan. Kegagalan MOA mencapai halatuju itu menjadi risiko mereka. Tidak kira apakah mereka dari lantikan politik atau terdiri dariapa kalangan pegawai kerajaan.
Kita yakin dengan peruntukan dan segala macam kemudahan, peralatan, tenaga manusia serta penglibatan gigih para petani, tidak ada sebab dan alasan lagi untuk tidak mencapainya. Seandainya berlaku kelemahan dan hasrat menteri tidak dicapai untuk membawa perubahan dan semangat baru dalam sektor pertanian dengan meletakkan sasaran utama membebaskan petani dari terus dibelenggu berpendapatan B40, kesalahannya terletak dibahu semua.
Apabila berbicara dan membayangi mengenai pelaksaaan ini, ucapan Salahuddin semasa meluncurkan Halatuju itu perlu dijadikan azimat. Semasa meluncur beliau menekankan komitmen semua peringkat agar bekerja dengan gigih penuh jujur dan ikhlas. Paling terkesan dan dirasakan, bahawa beliau serius dengan kementeriannya apabila memberi amaran tegas khas kepada pegawai MOA lantik politik dan juga kerajaan agar jujur dalam berkhidmat, tidak sesekali menggunakan kuasa dan kedudukan yang ada untuk kepentingan diri.
"Saya akan tegas dan tidak akan teragak-agak akan mengenakan tindakan hatta memecat mana-mana pegawai yang diketahui terlibat dengan melakukan rasuah," begitulah tegasnya.
Penegasan itu menjelaskan kesungguhan Salahuddin menjadikan MOA sebagai kementerian utama bukan sahaja mempertingkatkan daya saing dan pengeluaran makanan sebagai sumber kekayaan baharu negara, tetapi paling penting dari segala wawasan dan misi itulah, ialah membebaskan warga petani dari belenggu B40.
Atas kesungguhan itulah baru difahami kenapa semasa membaca surat Wak Ibas Hamud 78, dalam gimik peluncuran itu Salahuddin menangis dan mengalirkan airmata sebab beliau yang kamil dengan nasib dan derita petani yang terus diperdebatan walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun.
Beliau telah meletakkan dirinya berdosa jika tidak berjaya mencapai hasrat itu membebaskan pertani. Atas rasa itulah beliau tidak dapat menahan sebak dan menangis. Namun bagi mereka yang berhati kayu tidak dapat merasai kelembutan hati Salahuddin, dan tidak melihat apa yang berlaku itu dengan mata kejujuran, apabila ada yang menempelak beliau berlakon dan politik dalam tangisan.
Diulang sekali lagi kesempurnaan dan betapa syumulnya Halatuju itu ia tidak mencapai sasaran sekiranya warga MOA seluruhnya tidak ikhlas melaksanannya. [wm.kl.11:16 am 20/02/19]
Beliau telah meletakkan dirinya berdosa jika tidak berjaya mencapai hasrat itu membebaskan pertani. Atas rasa itulah beliau tidak dapat menahan sebak dan menangis. Namun bagi mereka yang berhati kayu tidak dapat merasai kelembutan hati Salahuddin, dan tidak melihat apa yang berlaku itu dengan mata kejujuran, apabila ada yang menempelak beliau berlakon dan politik dalam tangisan.
Diulang sekali lagi kesempurnaan dan betapa syumulnya Halatuju itu ia tidak mencapai sasaran sekiranya warga MOA seluruhnya tidak ikhlas melaksanannya. [wm.kl.11:16 am 20/02/19]
No comments:
Post a Comment