Thursday, February 14, 2019

Warkah Wak Ibas harukan Salahuddin

CATATAN 

Salahuddin menjemput kehadiran Wak Ibas.
SEGMENT video gimik peluncuran Halatuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019 - 2020 yang berlangsung di MAEPS  Serdang hari ini meninggalkan kesan mendalam kepada yang menyaksikannya.

Vedio yang berdurasi tidak sampai setengah jam itu dihasilkan penuh kreatif oleh Unit Koporat MOA apabila ia menggambung audio visual (rakaman) dengan realiti.

Video yang ditayangkan sebelum Salahuddin membentangkan Hahatuju - Prioriti dan Strategi, mengisahkan kehidupan seorang petani bernama Ibas Hamud, atau dikenali Wak Ibas, 77.  Wak Ibas dari di Sungai Besar, Kuala Selangor dan bersama para kaum tani lain menghadapi bebanan hidup kini ekoran keadaan ekonomi tidak menentukan.

Kegetiran kehidupan Wak Ibas dan masyarakat petani, nelayan dan pekebun kecil, semakin dirasakan apabila kos sara hidup kini meningkat sementara penghasilan ladang dan tangkapan pula berkurangan.

Salahuddin khusyuk membaca warkah Wak Ibas..
Perubahan kerajaan dan tindakan drastik kerajaan baharu PH yang memotong beberapa subsidi atau pun mengurangkan bantuan sara hidup untuk mengseimbangkan kemampuan kerajaan yang berhadapan dengan krisis kewangan, menjadi kehidupan Wak Ibas dan kaum tani makin menderita.

Justeru beliau berusaha mengatasi nasib dan keadaan itu dengan mengambil inisiatif untuk melaporkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri. Cadangan Wak Ibas itu disokong oleh kawan-kawannya, peternak, nelayan dan juga penanam padi.

Salahuddin sedih, ditenangkan oleh Wak Ibas dan
isterinya, Fatimah.
Dari Sungai Besar beliau bermotosikal untuk ke Kuala Lumpur, ke pejabat Menteri bagi menyerahkan warkah mengandungi isi hati para petani itu. Dalam perjalaan itu motosikalnya kehabisan minyak dan terpaksa ditunda untuk mendapatkan minyak.

Kerana kesungguhan dan demi membawa pesan dan suara nurani para petani, akhirnya Wak Ibas sampai juga ke destinasinya untuk berjumpa dengan Menteri Pertanian.

Saat rakaman video Wak Ibas memasuki ke perkarangan kompleks MAIES, tidak saiapa menduga video itu bersambung secara realiti. Setiba di kompleks itu Wan Ibas ditanya oleh pengawal akan tujuannya. Beliau menjawab ingin berjumpa dengan Menteri dan pengawal itu memberi tahu Menteri berada di dalam dewan kerana menghadiri satu upacara.

Hadirin terkejut.
Wak Ibas dibawa masuk ke dalam dewan. Dan saat ini semua hadiran terkejut kerana sosok Wan Ibas yang kurus dan lunyai itu benar-benar muncul secara nyata dalam dewan itu, diiringi menuju ke pentas dimana Salahuddin dan isterinya Fatimah Taha sudah berada dipentas.

Begitu Wak Ibas menghampiri pentas, Salahuddin menyambut kemunculan Wak Ibas dan membawanya naik ke pentas, yang seakan pejabat atau rumah Menteri itu. Wak Ibas dihidangkan kopi tanpa kueh oleh isteri Salahuddin.

Disini berlakukan dialog ringkas, Salahuddin bertanya apakah tujuan kedatangan Wak Ibas. Wan Ibas memberi tahu dia datang membawa sepucuk warkah bagi menyampaikan suara hati kaum petani yang kini terjempit.

Salahuddin menerima warkah itu dan membaca dengan penuh perasaan. Antara lain warkah itu menjelaskan nasib petani yang kini terjempit dan memohon kepadanya berusaha mengatasinya. Isi warkah itu juga menyebut tentang pemotongan subsidi, harga ikan kembung mahal dan seribu kesulitan lain dihadapi petani.

Salahuddin membaca dengan penuh perasaan. Walaupun ia mulanya sekadar gimik tetapi isi warkah Wak Ibas itu menyentuh perasaan menjadikan Salahuddin sebak dan terharu. Dia tersendu dan menangis beberapa jurus. Salahuddin sebagai pemimpin dapat memahami isi nurani rakyat dibawa sana. Apa disebutkan oleh warkah Wak Ibas itu adalah satu realiti yang perlu ditelan walaupun pahit.

Kita faham kenapa kalau Salahuddin sebab dan sedih. Dia sedar bahawa nasib kaum tani adalah dibawah tanggungjawab dan amanah yang terpikul dipundaknya. Dan wajah Wak Ibas itu, wajah realis petani juga secara tidak langsung menyebakan jiwanya.

Berjurus juga Salahuddin terkesima dan airmatanya terseka di biarai kelopak mata. Melihat Salahuddin sebak, Wak Ibas dan Datin Fatimah yang juga turut terharu dan menenangkan Salahuddin beberapa ketika.

Apa yang berlaku di atas pentas itu turut diselami oleh para hadirin. Hadiran yang sebelum itu semacam berasa lucu dengan "angan-angan" Wan Ibas untuk berjumpa dengan menteri bagi menyampaikan hasratnya turut sama terkedu, dan ada yang ikut sama sebak dan mata tergenang air jernih. Sahabat saya Sdr Mohd Sobree Shefei yang duduk di sebelah saya, saya nampak beberapa kali beliau mengelapkan matanya.

Moral of story apa yang hendak dipesankan melalui gimik itu ialah, demikian realiti nasib rakyat bawahan yang perlu disedari oleh kerajaan. Dan apa yang perlu diambil perhatian, masalah dihadapi Wan Ibas itu adalah cerminan kehidupan kaum belayan, petani dan penterank dibawah tanggungjawabnya. Wak Ibas adalah simbolik kepada masyarakat yang terjempit dan memerlukan bantuan.

Pembelaan nasib kepada golongan Wak Ibas itu bukan sahaja tanggungjawab menteri, tetapi seluruh aparat kerajaan (MOA), daripada Timbalan Menteri, KSU, timbalanya dan semua ketua-ketua jabatan dan agensi dibawah MOA.

Semoga Tuhan memberi kekuatan kepada Salahuddin dan seluruh kerabat kerjanya untuk membuang mendung diwajah Wak Ibas. Insya-Allah sama-sama kita doakan mereka akan berjaya mengelus galang duka dan memadam menedung wajah Wak Ibas itu. Berilah mereka sinar dari sebuah azam Harapan Baru. [wm.kl. 9:27 pm 14/02/19]

No comments: