Sunday, February 10, 2019

Sijil perlu tetapi bukan syarat utama dalam politik

ULASAN

Zuraidah dan Marzuki diserang dengan ijazah palsu.
TAMPAKNYA seorang demi seorang pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) diserang dengan mempertikaikan kelulusan akademik atau ijazah yang mereka perolehi. Isu ini seperti dirancang demikian rupa untuk menganggu pemimpin terbabit daripada menumpukan kepada kerja dan tanggungjawab masing-masing.

Kenapa ia dikatakan dirancang kerana kelulusan mereka dimasukkan ke dalam ensiklopedia on line (Wikipedia) tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka kemudia ia dipertikaikan dengan bantuan media massa milik pembangkang. Wikipedia ini bebas disunting oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa kebenaran individu tertentu.

Ia bermula dengan pertikaikan kesahihan ijazah dimiliki Setiausaha Agung Bersatu yang juga timbalan Menteri Luar Negara, Marzuki Yahya, kemudian diikuti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraidah Kamaruddin, Presiden Amanah yang juga Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, seterusnya Menteri Besar Johor Sapian Osman serta Adun Teronoh Perak, Paul Yong Choo Kiong.

Marzuki dipertikaikan kononnya beliau memiliki ijazah dari Universiti Cambidge. Walhal beliau tidak pernah mendakwa dirinya graduan Cambridge tetapi mengakui mempunyai sijil kurus jarak jauh dari sebuah institusi pengajian dikenali Cambridge International University (CIU).

Menurut Marzuki beliau mengikuti kursus jarak jauh CIU dalam bidang logistik untuk menambah pengetahuan beliau menguruskan syarikat miliknya di Pulau Pinang.

Walaupun beliau sudah menjelaskan duduk perkara sebenarnya, tetapi tidak menamatkan pertikaian itu. Media massa termasuk sebuah portal berita turut sama mencungkil dan mengali kesahihan pengajian Marzuki itu.

Zuraidah pula terpaksa menafikan yang beliau adalah lepasan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) seperti mana didakwa. Namanya dimasukan sebagai lepasan universiti itu oleh Wikipedia kemudia apabila namanya dicari dalam senarai lepasan universiti itu namanya tiada. Situasi ini memberi gambaran Zuraidah seorang pembohong.

Katanya beliau tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengaitkan dia sebagai lepasan NUS dan juga tidak bertanggungjawab kepada apa-apa kemasukan (intri peribadi) yang tidak benar dalam Wikipedia mengenari dirinya.

Presiden Amanah Mohamad Sabu yang juga dijadikan mangsa, secara jujur awal-awal mengakui beliau tidak mempunyai apa-apa ijazah. Katanya walaupun beliau menuntut di UTM tetapi beliau tidak mendapat apa-apa sijil kerana dipecat dari institusi itu. "Awal-awal saya mengakui saya tidak mempunyai apa-apa sijil", ujarnya.

Bagaimana pun orang menganggapnya mempunyai sijil diplmoa dan ijazah dalam bidang kulinari apabila beliau diketahui handal memasakkan dan masakannya mendapat pujian daripada Dr Mahathir sendiri ketika Dr Mahathir mengunjungi rumahnya.

Bagi Mohamad soal ijazah tidak menjadi sesuatu yang penting dalam politik apabila mengenangkan bekas Presiden Amerika Ronald Reagan walaupun tidak mempunyai ijazah tetapi dapat memimpin negara itu.

MB Johor Osman juga cuba dikaitkan dengan masalah ijazah. Ijazah perakaunan yang dimilikinya dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dipersoalkan kononnya institusi itu tidak menganjurkan kursus berkenaan.

Osman yang tentu lebih arif mengenai bidang pengajiannya hanya tersenyum bila diajukan perkara itu. Beliau tidak segera menafikan dan menerima dakwaan itu sebagai vandalisme politik.

Untuk apakah semua isu ini dimainkan walhal ijazah atau sijil bukan perkara mutlak dalam dunia politik. Seperti mana kata veteran yang juga bekas menteri kabinet Dr Rais Yatim, jangan menilai pemimpin berdasarkan kelayakan mereka kerana politik bukanlah bidang yang boleh diajar dan disekolahkan.

Katanya bidang politik timbul daripada peribadi seseorang itu yang mempunyai kebolehan memimpin, suka membantu serta berintraksi dengan manusia. Ini bermakna ijazah dan kelulusan bukan kriteria dan syarat utama untuk berjaya dalam politik.

Justeru katanaya untuk politik hanya perlu ada asas, mempunyai Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) sudah memandai. Beliau lantas memberi contoh, Allayrham Tun Ghabar Baba (al Fatihah) hanya mempunyai sijil SPM tetapi mampu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pencapaian oleh Ghabar itu menunjukkan bahawa sijil bukan jaminan untuk seseorang politik itu berjaya atau hebat.

Jelas di isni isu kelulusan akademik ini sengaja ditimbulkan untuk menganggu konsentrasi para pemimpin. Menggunakan modal sijil dan kelulusan menunjukkan mereka yang membangkitkan isu itu kekeringan idea dan ketandusan modal untuk menyerang pemimpin PH.

Manakala pemimpin terkait dengan isu itu seeloknya tidak memberi respon berlebihan. Kalau pun dirasakan perlu untuk menjelaskannya serahkan kepada pegawai, tidak payah perlu ada kenyataan akhbar khas kerana ia membuang masa.

Perkara paling penting, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mengambil peduli perkara itu. Penjelasannya mengenai kelulusan Marzuki itu, dengan beliau hanya berkata beliau masih belum tahu perkara itu, menjelaskan Dr Matahir tidak melihat isu itu serius.

Pun begitu, adalah penting bagi para pemimpin apa lagi bertaraf menteri tidak cuba memanipulasikan apa-apa butiran peribadi mereka. Beri tahulah perkara sebenar bagi mengelakkan ia dieksploitasikan sebagai isu di kemudian hari. Mungkin dari sudut ini ia perlu untuk menjaga integriti.

Sebenarnya mengenai kelulusan akademik ini jika ia diambil sebagai perkara penting, ramai di kalangan pemimpin termasuk Exco, menteri, dan Menteri Besar, butiran mengenai kelulusan mereka boleh dipertikaikan. Seorang Exco di Kelantan contohnya tidak mempunyai apa-apa sijil pengajian peringkat tinggi tetapi berjaya menjadi penceramah popular partinya. Sudah lima penggal menjadi wakil rakyat.

Bukan sahaja pemimpin dalam kerajaan hari ini, dizaman Najib Razak menjadi PM dahulu pun ia sudah timbul isu ini. Bahkan kelulusan Najib sendiri juga dipertikaikan.

Tetapi kerana pembangkang ketika itu tidak "merawa"kan semua benda menjadi isu termasuk sampah, kertas buruk, kulit pisang dan hampas tebu menjadi isu, mengenai kelulusan Najib itu tidak menjadi isu. Pembangkang di zaman Najib lebih berkualiti daripada pemimpin dizaman Najib menjadi pembangkang. [wm.kl.7:16 pm 10/02/19]

No comments: