ULASAN LEWAT
Mahiaddin makin terdesak. |
Mungkin "mahiaddincicitbirit" menjadi tranding di media sosial semalam dan hari ini.
Kenyataan itu dilihat lebih utama dan penting daripada kenyataan dikeluarkan oleh Spekaer Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang memaklumkan mereka akan menasihati PM agar mengadakan sidang khas parlimen sebelum 1 Ogos.
Kenyataan media PMO itu sedikit menggelikan. Keikhlasan kenyataan itu disinis dengan gelak dan melecehkan Mahiaddin. Padahal menjadi tanggungjawab pejabat PM memakumkan apa-apa sahaja perkembangan tidak baik mengenai PM kepada umum. Tujuannya agar jangan salah sangka.
Mungkin diarrhea dialami Mahiaddin itu sedikit berat, kalau tidak masakan sampai perlu dihebahkan kepada rakyat. Bagi mengelakkan ada sesuatu (assignment) yang perlu dipenuhi Mahiaddin tetapi terhalang berbuat demikian, maka perlu ia diberitahu halangannya cirit birit.
Memang kalau kena cirit birit menyebabkan kita tidak senang duduk. Tidak selesa. Punggung jadi belengas masam terkena kueh pengat pisang. Jika di zaman dahulu kala penawar paling baik untuk "melandaikan" cirit birit dengan memakan pucuk jambu muda, atau pun rebusan akar akar senduduk putih. Insya-Allah selepas kena sedahan daun jambu dan seperdu akar senduduk putih diarrhea itu akan landai.
Kita harap perdana menteri sudah landai cirit biritnya dan sudah pun keluar hospital dan kembali bertugas seperti biasa eosk.
Yang perlu diberi perhatian dan dianalisa ialah kepada kenyataan bersama bersama Rais Yatim dan Azhar Azizah Harun itu, bukannya soal Mahiaddin kena cirit biriti. Mereka membuat kenyataan itu selepas selesai menghadap Yang diPertua Agong. Tiba-tiba sahaja Agong memanggil mereka berdua bersama timbalan masing-masing menghadap. Tentulah ada sesuatu mustahak hendak disampaikan.
Raja sebagai institusi yang berprotol bukan main-main dengan perintah dan titahnya. Ia bukan dibuat saja-saja dan jauh untuk berpolitik. Institusi Raja adalah institusi yang termulia dalam negara ini. Justeru kepedulian kepadanya perlu juga setanding.
Apabila selepas usai menghadap kenyataan demikian dikeluarkan bolehlah diambil faham Agong telah memberi pandangan berhubungan titahnya sebelum ini yang mahu sidang parlimen diadakan dalam waktu terdekat. Apabila Mahiaddin semacam liat untuk mengadakan sidang Parlimen, oleh itu dipanggilnya kedua speaker itu. Panggilan ke atas kedua Speaker itu adalah jalan terakhir dalam usaha untuk menyegerakan sidang parlimen.
Arahan agar sidang parlimen diadakan itu merupakan perintah yang ketiga kali dibuat Agong. Dengan memahami sudah tiga kali Agong menitah demikian menunjukkan keperluan sidang itu sangat-sangat penting. Ia tidak seharusnya dilengah-lengahkan oleh Mahiaddin dengan berbagai alasan. Betul juga kalau ada beranggapan pelengahan itu sebagai suatu perbuatan biadab kalaupun tidak sampai ke tahap derhaka kepada Agong.
Apakah Mahiaddin sudah sampai ke tahap biadab kerana hendak mempertahankan dirinya yang diragui jumlah sokongan diperolehnya?
Dalam hal ini nasihat dan pandangan diberikan sesetengah individu kepada Mahiaddin adalah silap tidak beradab dan sekaligus mencabar titah Agong itu. Misalnya kenyataan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan yang mempertahankan untuk tidak segera diadakan sidang parlimen dengan membangkitkan Agong tidak menyebut tarikh dan masanya secara spesifik.
Kenapa Takiyiddin cukup lemah untuk memaham bahasa dan titah Raja. Sebagai orang mengakui mengamalkan budaya Melayu sepatutnya tidak berlaku begitu. Dalam soal menjunjung titah dan perintah Raja, kita harus berbuat jangan sampai berulang cakap. Bak kata orang kerja Raja dijunjung kerja rakyat dikelek.
Bagi orang yang tinggi makrifatnya dan tidak berkepentingan atau dilanda gusar, Raja berdaham seharusnya mereka bersiap sedia menjalankan perintah. Apa lagi kalau Raja bersuara (menitah) tidak ada kudrat dan tidak cukup kaki untuk berlari melaksanakan perintah. Ini Takiyuddin tidak menujukkan ketaatan dan memenuhi adab itu sebalik mempersoalkan pula tidak ada tarikh tertentu disebut raja.
Kenyataan dan sikap Takiyuddin itu sangat dikesali. Beliau juga seakan tidak memahami apakah falsafah angkat sumpahnya di hadapan yang diPertuan Agong tempoh hari. Orang-orang yang berjiwa hampa dan nafi pengetahuan seperti Takiyuddin inilah juga yang menambah beban kepada Mahiaddin.
Jika pun Takiyuddin hendak jadi Pandir, jangan sampai ikut terjadi sama seperti Lebai Malang.
Sesungguhnya apabila Agong telah memanggil kedua-dua Speaker dewan itu - orang yang bertanggungjawab terhadap kedua dewan legislatif itu, ia cukup mencabar nilai dan darjat demokrasi berparlimen Mahiaddin Yassin sampai beliau perlu ditunjuk ajar hak dan kepentingan parlimen oleh Yang diPertuan Agong.
Dan kenapa Mahiaddin jadi "bangai" bukan kerana lain, melainkan kerana beliau dikejar bayangan ketakutan (phobia) untuk ada sidang parlimen bimbang kedudukannya akan tercabut.
Kalau Mahiaddin perlu menerima takdir itu, beliau hilang sokongan dan terpaksa berundur, undurlah dengan penuh tertib undang-undang. Beliau tidak perlu malu, segan dan rasa terhina. Terimalah takdir suratan Ilahi. Terimalah kita hakikat kita sebagai manusia tidak sempurna untuk menanggung akibat atas kehinaan diri kita itu sendiri.
Titik kata, persidangan parlimen kini tidak jadi penting dan yang ditunggu-tunggu lagi. Apa yang ditunggu kini ialah detik dan masa Mahiaddin menyerahkan SURAT PERLETAKAN JAWATAN kepada Yang di-Pertuan Agong. Persidangan parlimen sama khas atau biasa, tidak bernilai lagi kerana apa yang telah berlaku sudah berlaku.
Desakan adakan sidang parlimen, alasan-alasan atau janji untuk digunakan parlimen itu demi membela rakyat, melakukan semak dan imbang dan sebagainya adalah alasan sahaja. Yang sebenarnya puncak kepada kemahuan ialah Mahiaddin letak jawatan. Iya, letaklah secara terhormat. Sebaik-baiknya masa dan ketika betul diambil Mahiaddin untuk melepaskan jawatan sebelum sidang khas dipanggil. [wm.kl. 12:04 pm 01/072021].
No comments:
Post a Comment