ARTIKEL
Rumusan mesyuarat MT Umno 7 Julai 2021
Watak utama cemperai politik negara. |
Apa yang dinanti-nantikan, ialah sikap dan tindakan Umno terhadap kerajaan PN amnya, dan Mahiaddin Md. Yassin selaku perdana menteri yang telah diberi kata dua.
Sebelum itu Umno telah
memberi ultermate kepada Umno dalam
tempoh 14 hari. Dan pada 7 Julai itu genap 14 hari masa diberi. Dalam kata dua
itu, Umno meminta agar parlimen dibuka untuk membolehkan sidang parlimen
diadakan bagi membincang pelbagai masalah rakyat. Tuntutan itu apabila Mahiaddin seperti berkeras untuk tidak
mengadakan sidang parlimen.
Umno pula membuat tuntutan itu setelah tiga kali Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah menitah agar parlimen mengadakan sidang dalam masa terdekat, tetapi tidak dihiraukan oleh PN.
Kelengahan sidang parlimen itu
diterjemah sebagai helah dan muslihat Mahiaddin untuk menyelamatkan dirinya
daripada berhadapan sebarang masalah di parlimen. Yang ditakuti Mahiaddin ialah
undi bagi menentukan keabsahannya sebagai perdana menteri. Bertolak dari itu
Umno membuat tuntutan itu seperti menggugut Mahiaddin.
Ramailah orang menunggu keputusan mesyuarat itu. Akhirnya keputusan mesyuarat itu diumumkan oleh presiden Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan akhbar panjang lebar yang dibacanya menerusi dalam talian.
Intipati kenyataan akhbar itu ialah, Umno menarik
sokongan dan memutuskan kerjasama serta merta dengan Mahiaddin dan mendesak Mahiaddin berundur bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik.
Kenyataan itu dikira
mengejutkan, suatu yang berani. Kenyataan itu diiringi dengan tujuh alasan kenapa MT Umno
mengambil keputusan itu.
Dengan pernyataan akhbar itu, penantian mendebarkan itu pun berakhir. Umum melihat satu kenyataan berani dibuat oleh presiden Umno. Zahid yang sebelum ini dilihat pondan, kurang berani, dipuji sebagai berani dan kononnya beliau telah kembali ke dalam dirinya sebagai presiden yang sebenar.
Beliau dikira sudah
menggunakan kuasa proregatif sebagai presiden Umno dan merealisasikan mandat ahli Umno yang dicapai dalam PAU. Ada yang menganggap
dengan keputusan itu Zahid dilihat telah mengeluarkan keris
Jawanya yang selama ini tersimpan di belakang. Adat dan budaya orang Jawa
mereka menyembunyikan keris di belakang.
PH atau oposisi yang
juga menanti keputusan dan pendirian Umno itu, menumpang gembira dengan
keputusan itu. Dalam fikiran mereka dengan penarikan sokongan oleh Umno itu,
jatuhlah kerajaan PN pimpinan Mahiaddin. Memang secara taktikal apabila perdana menteri jatuh maka kerajaanya juga tumbang. Keghairahan itu menggebu apa lagi sebelum itu terdengar desas
desus akan wujud politik jajaran baru gabungan antara PH dengan Umno.
Maka, terbayanglah di
kepala puak oposisi serta rakyat yang tidak suka dan serabut dengan kerajaan PN,
akan pembentukan kerajaan baharu hasil jajaran baru itu. Rata-rata menanti pembentukan kerajaan baru dalam masa terdekat. Dan apa yang paling diharap
nanti Anwar Ibrahim akan dipilih menjadi perdana menteri. Sudah berlumut Anwar tunggu hendak jadi perdana menteri masih belum tercapai.
Kerana membayang itu ada yang
sudah menggosok kasut, dan mencari kot, blazer dan tie yang sudah lama di
campak ke dalam gubuk. Mereka kononya bersiap untuk jadi kerajaan semula?
Harapan tidak menjadi.
Harapkan guruh hujan tidak turun. Malang apa diharap tidak seperti yang diimpikan. Tidak sampai 48 jam keputusan penarikan sokongan Umno itu, keadaan sudah berubah. Umno perlahan-lahan memperbetulkan kenyataan yang dibaca oleh Zahid itu. Mereka menjelaskan naratif sebenar Umno disebalik kenyataan Zahid itu, bukan hendak merobohkan kerajaan PN tetapi hanya menarik sokongan kepada Mahiaddin. Sebenarnya pendirian sebegitu agak songsang dan pelik sedikit, ia sama dengan mazhab yang memakan telor tetapi tidak mahu kepada ibunya.
Kenyataan kemudian oleh para pemimpin Umno itu dilihat sebagai ralat atau memperbetulkan apa difahami umum seperti dibaca Zahid. Memperbetulkan naratif dan persepsi. Orang Umno yang tidak senang dengan Zahid mengecam presiden Umno itu dengan menuduh keputusan itu dibuat Zahid secara persendirian bukan kolektif.
Tiga pemimpin Umno terawal kritik tindakan itu ialah ahli ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa, ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz dan ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim. Ketiga-tiga mereka ini dilihat ada masalah dengan Zahid. Annuar Musa telah dipecat oleh Zahid sebagai Setiausaha Agung Umno apabila Annuar menggunakan jawatan itu sebagai membentuk agenda peribadinya dalam Umno. Nazri pula menuduh Zahid sebagai pengkhianat dan mungkir janji apabila ahli Parlimen itu terus menerima peruntukan untuk kawasannya, Bagan Datuk.
Kritikan tiga orang itu seperti mahu menggambarkan mereka mewakili ahli Parlimen Umno yang tidak bersetuju dengan keputusan Zahid itu. Inilah kepelikannya walhal keputusan dibaca Zahid itu adalah keputusan dibuat dalam MT Umno badan tertinggi dalam parti itu.
Di sini memberi gambaran betapa celarunya Umno, mereka sudah jadi setangkau tidak sebahu, sebantal mimpi berlainan. Kepentingan peribadi melebih kepentingan parti dan perjuangan. Kenyataan dan tindak tanduk ketiga-tiga ahli Parlimen itu dilihat cuba mempengaruhi ahli Umno bawahan agar menolak keputusan MT Umno. Ini dikatakan pelik dan songsang.
Selepas itu kritikan ketiga ahli Parlimen itu bekas presiden Umno Najib Razak juga menejalskan, Umno memutuskan kerjasama dengan Mahiaddin dan mendesak Mahiaddin berundur, tetapi tidak menarik sokongan kepada kerajaan.
Setiasuaha Agung Umno, Ahmad Maslan juga turut memperjelaskan lagi maksud kenyataan Zahid itu yang rata-rata telah ditafsirkan sebagai menarik sokongan kerajaan PN. Selepas itu timbul dan terbitlah berbagai pendapat mengulas berhubung perkara itu yang bercanggah, antara satu sama lain menjadi orang ramai keliru. Kenapa situasi sebegitu berlaku dalam Umno, seperti Umno sudah kehilangan kompas dan papan tanda menjadikan kehilangan arah. Ahli Umno dan orang ramai terkeliru dengan apa dipamerkan itu.
Sehinggalah terkeluar dua
rakaman suara dalam mesyuarat MKT Umno baharu keadaan menjadi tanda tanya itu terjawab.
Dua cuplikan rakaman suara yang dalam mesyuarat KT Umno itu, satu suara ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Rahman dan kedua rakaman suara Naib Presiden Ismail Sabri Yaakub
sendiri.
Penyebaran rakaman audio video itu membawa maksud dan tujuan sendiri. Ia sebenarnya sudah melanggar kod etika parti. Kerahsiaan parti sudah tidak dijaga dan kawal lagi. Memahami suara Tajuddin dalam audio itu beliau ingin menggambarkan bahawa keputusan seperti diumumkan oleh Zahid itu ditentang dalam mesyuarat tersebut. Bahawa keputusan itu tidak kolektif.
Tajuddin secara peribadi beliau sendiri tidak bersetuju penarikan sokongan
kepada Mahiaddin Md Yassin. Ahli Parlimen Pasir Salak itu beriya-iya menolaknya
sekaligus mempertahankan Mahiaddin sebagai perdana menteri. Beliau menggunakan
alasan belum masa tiba masanya.
Bagi para makrifat politik sangat faham dengan langkah Tajuddin itu kenapa beliau beriya mempertahankan Mahiaddin. Tajuddin masih dalam edah disiasat SPRM. Mungkin beliau bertindak begitu kerana mengharap syufaat Mahiaddin sebagai PM agar melengsaikan kesnya dengan SPRM> Mana tahu dengan memberi sokongan kepada Mahiddin itu untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Sementara cuplikan rakaman kedua suara Ismail Sabri itu lebih untuk memperjelaskan keadaan dirinya yang dilantik menjadi TPM, yang dipertikaikan oleh setengah ahli MT Umno. Ada mengatakan Ismail Sabri tidak wajar menerima jawatan itu kerana konsensus telah dibuat mana-mana pemimpin Umno akan menolak jawatan itu.
Ismail Sabri cuba menjustifikasikan penerimaanya terhadap jawatan itu, setelah beliau mendapat kebenaran daripada presiden Zahid. Zahid menurutnya memberi kebenaran dengan syarat ia akan membawa apa-apa kebaikan kepada Umno. Dalam kepala Zahid kebenaran melanggar ketetapan sebelum ini hendaklah mendapat manfaatnya. Apakah Zahid juga mengharap syufaat seperti Tajuddin juga?
Apabila mendengar kedua-dua cuplikan rakaman itu dapat difaham situasi yang berlaku dalam Umno ketika itu dan terheret kini. Ia satu polemik dan pergaduhan besar dalam Umno. Umno gagal untuk mencari kata sepakat yang boleh menjadikan parti itu menjadi sebuah parti gah seperti dahulu.
Pemikiran pemimpin Umno (ahli MKT) terbata-bata dan terbahagi kepada beberapa kumpulan dan puak. Pemikiran pemimpin Umno sudah celaru dan bertaburan antara kepentingan parti dengan kepentingan peribadi. Slogan keramat tiga "B" Umno, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, yang dilaungkan selama ini sudah hancur dalam Umno.
Berdasarkan kepada rakaman suara itu dapat dirumuskan mesyuarat MT Umno seperti berikut:
- Keputusan yang diumumkan Zahid itu, adalah merupakan keputusan MT yang dicapai secara majoriti. Bagaimana pun ia ditolak oleh sebahagian yang lain dengan menganggap penarikan itu bukan masanya lagi.
- Isu pelantikan Ismail
Sabri Yaakub sebagai TPM, memang dirunding dengan Zahid, dan pelantikan itu mendapat
restu. Zahid mengharap dengan jawatan itu ada apa-apa kebaikan. Lebih jauh
dengan beradanya Ismail Sabri disitu, suatu hari beliau akan dilantik jadi PM dengan cara itu Umno akan berkuasa semula.
- Tentangan keputusan MT itu bukan daripada ahli MT Umno, tetapi ia dibuat oleh ahli Parlimen Umno di luar majlis itu, khasnya mereka yang memegang jawatan dalam kabinet. Kumpulan inilah yang menjadi masalah kepada Umno dan Zahid kini.
Dr Mujahid Yusof |
dalam Umno berhubung keputusan penarikan sokongan kepada Mahiaddin dan penerimaan pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM itu, sebagai satu agenda, ada kebenarannya juga. Menurut Mujahid pelantikan Ismail Sabri dan pengangkat Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan, secara tidak langsung Umno sudah berjaya melakukan kudeta terhadap Mahiaddin.
Martabat dan kedudukan MT tidak lagi gah dan hebat seperti dahulu kerana keputusan dan ketetapan yang diambilnya boleh dirombak dan dirungkaikan kemudian. Keputusan MT boleh dipersenda dan dipermainkan. Lebih dahsayat lagi dinafikan dan diperlecehkan, dan mereka melakukannya tidak dikenakan apa-apa tindakan. Seolah-olah biro disiplin dalam parti itu sudah bubar bersama hilangnya kerajaan mereka.
No comments:
Post a Comment